Jangan Bandingkan, Indahkan Hubungan

Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan confession ni.

Membaca luahan hati puan confessor pada tajuk ‘hubungan yang dingin’ (https://iiumc.com/hubungan-yang-dingin/), terasa terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman. Mungkin ada sebahagiannya boleh dijadikan panduan.

Aku sudah berkahwin memasuki usia 7 tahun. Memiliki beberapa anak-anak yang masih dalam fasa golden age. Apa yang aku ingin kongsikan adalah, bagaimana kita sebagai menantu perlu pandai membawa diri bersama keluarga mertua.

Jika dikirakan, family aku dan in law agak jauh berbeza. Kami sama-sama orang kampung tapi dari segi pembawaan diri agak berbeza juga. Dari segi keadaan rumah, cara membesarkan anak-anak, dan sebagainya. Aku tak mengatakan bahawa family aku lebih baik daripada in law tetapi perbezaan-perbezaan tu membuatkan aku selalu menyebut-bandingkan kedua-dua keadaan tersebut pada awal-awal perkahwinan.

Sebagai contoh, emak aku akan marah kalau anak-anak bangun lewat sehingga membawa kepada tengahari, tetapi mil tak marah anak-anaknya bangun lewat. Cuma tegur-tegur manja saja. Tapi yang membuatkan aku tak selesa, mil buat kerja dari pagi lagi. U name it. Membasuh mengemas memasak menyidai menyapu… semualah kerja rumah. Dan anak-anak akan bangun dan makan.

Aku pernah tinggal sekejap dengan in law. Semasa aku tinggal di sana, pagi-pagi bila dengar je mil dah sibuk kat dapur, aku akan keluar bilik dan bantu dia. Dan bila macam tu, kita masih muda, mestilah rasa tak puas hati kenapa anak-anak dia seronok je sambung tidur tapi kita ahli keluarga baru sibuk tung tang di dapur. Ok, sampai situ je.

So by time, aku pun mencuba berfikir dan bertindak lebih matang, sebab ini adalah family aku juga. Suami yang aku sayangi itu adalah sebahagian daripada family ini, dan emak dia inilah yang dah bersusah payah lahirkan dia dan didik dia sehingga dia berjaya dan jadi suami aku sekarang.

Ok mula-mula, aku pasakkan dalam hati, semua orang berbeza. Adik beradik pun tak akan sama, apatah lagi family lain yg kita baru saja kenal. Jadi kita kena terima perbezaan tersebut.

Kedua, berbaik-baiklah dengan mak mertua. Sayangi dia seumpama kita sayang emak kita sendiri. Memanglah tak akan sama, tapi sayangilah dia dengan cara yang sepatutnya. Apabila kita rapat dengan mil, mudah untuk kita berbual-bual, memberikan pendapat, menasihati dan memberikan buah fikiran apabila kita rasa benda tu perlu dibaiki.

Seperti sekarang, sebagai menantu kedua (pangkat tinggi lagi haha) , dan kakak ipar, aku selalu memberi pendapat kepada mil mcm mana cara nak uruskan rumah, minta anak-anak tolong buat kerja rumah, supaya mil boleh rehat. Aku selalu kata, benda dah lepas (sikap lepas pandang mil untuk suruh anak-anak buat kerja rumah dari kecil) nak buat macam mana. Tapi tak apa masih ada masa lagi nak betulkan.

Ketiga, berbaik-baiklah dengan adik-adik ipar. Kita sebagai ahli baru kena tunjuk contoh yang baik, kena ikhlas dalam menjalinkan hubungan. Kena ingat pernikahan bukan sekadar penyatuan dua hati, tapi juga penyatuan dua keluarga. Kena anggap adik-adik ipar seumpama adik-adik sendiri juga yang kita kena sayangi dan nasihati.

Seperti keadaan confessor, jangan jemu menunjukkan contoh yang baik tentang solat, ttg jaga kebersihan. Ikhlaskan hati, aku tunjuk keranaMu ya Allah, bukan kerana aku marah atau menyampah dengan apa yang aku lihat ini.

Keempat, hormati dan taati suami. Jaga mulut kita daripada berkata-kata yang tidak enak tentang ahli keluarganya. Sekiranya ada perkara yang tidak kena di mata kita, berbincanglah dengan sebaiknya. Berilah buah pendapat tanpa merosakkan perasaannya. Seburuk-buruk ahli keluarganya pada kita, tetap sebaik-baik hubungan darah yang dia miliki. Itu ahli keluarganya yang dia habiskan masa sejak dari kecil.

Benar, berteori lebih mudah daripada melakukannya tapi berkat doa, usaha, ketulusan hati, insya Allah keadaan menjadi lebih baik walaupun tidaklah sesempurna yang kita harapkan.

Kepada puan confessor semoga dipermudahkan urusan, diberikan kebahagiaan dunia akhirat. Aminn…

– Seorang Menantu

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *