Salam. Admin aku harap kau publish lah post aku. Sebab kat sini aku rasa semua Islamik kan. Even though kes ni hal terpencil, tapi aku terpanggil untuk bersuara bagi pihak yang lainnya.
Post aku kali ni berkisarkan mengenai permasalahan mental yang disebabkan atau berkaitan dengan gangguan jin. Mungkin certain orang tak percaya benda ni semua. Tapi mana batang hidung yang dah terkena tu, akan fahamlah rasanya macam mana. Hidup dalam denial mode. Hahaha
Ikut Al-Quran, jin tu dicipta dari nyalaan api. Know what. Kalau fikir straight , nyalaan api nie made up dari beberapa chemicals. Antaranya oksigen dan karbon dioksida. Then, ade hadis kan yang cakap jin tu boleh masuk dalam saluran darah. Kalau ikut straight, dalam darah ade haemoglobin yang boleh angkut kedua bahan kimia nie.
So ape pun jin tetap disturbance kepada tubuh disebabkan kehadirannya. Aku setakat ni jumpa 4 orang yang ada depression in same time ade masalah kaitan dengan jin.
Aku nak cakap tak impossible la bila jin yang theoretically in chemistry & biology boleh masuk ke dalam saluran darah tu menuju ke otak manusia. Lagi kalau manusia tu bukan Jenis yang zikir otak (ingat Allah).
Once kat otak, dia boleh ganggu chemical balance kat otak. Ganggu neurotransmitter, electrical impulse so on. Then no wonderla boleh berlaku penyakit kejiwaan. As example depression la. Memang la totally bukan semua depression disebabkan jin kan. Ade yg genetic factors, stress etc.
So berbalik kepada tajuk aku. Sebab stigma. Masyarakat yang ade depression tak mahu dapatkan rawatan dari psiakiatri. Walaupun time tu otak diorang nie dah boleh level meletup berkecai sebab masalah pemikiran nie. Uncontrolled thought, false thought, over thinking, hopeless ness maybe attract jin lagi mudah kuasai. Time pemikiran lemah.
Then orang-orang nie pergi berubat alternatif. Jumpa Ustaz perubatan Islam. Diruqyah sambil seru jin tu untuk munculkan diri dalam kalangan pesakit. Macam exorcist jugakla. In same time nak keluarkan jin tu kan. Jin akan menumpu kat otak. Drag energy dari badan. Kau ingat orang yang kena rasuk nie saja-saja nak jerit?
Actually apa yang aku nak nyatakan, bila dah jadi macam tu. Kestabilan otak ko terganggu. Mungkin ganggu chemical dalam tu? So dengan berubat ruqyah je tak mencukupi. Ye memang akan keluarkan jin tu. Tapi simtom secara klinikal/medikal.
Ade yang selepas berubat tu akan jadk delusional, hallucinations, trauma, become more depressed. Semua nie berkaitan dengan jasad Beb! Ade perawat yang bagi air herba untuk detoks. Tapi sejauh mana keberkesanannya?
Dengan pesakit yang dah jadi ting tong macam tu, aku marah kat perawat yang jenis suka sangat nak sumbat ilmu-ilmu Baru. yea, tak salah ko nak berdakwah/mengajar. Tapi kenapa taknak faham psikologi pesakit ko? Ade tak ko pernah nampak orang patah kaki lepas Dr. simen kaki dia , Dr suruh orang tu berlari? Agak-agak Dr tu normal ke mental ikut logik?
Dah bila pesakit ko sedar dari rasukan. Otak dia ting tong wei, TING TONG! Bagi diorang space untuk berehat. Jangan cakap banyak. Kecuali kata-kata harapan barang sepotong dua.
Ape yang aku jumpa ada perawat yang psiko pesakit dia mengenai benda yang kena imaginasi. Allahu. Bagi tahu pesakit dia akan jadi wali Allah la /tazkirah pasal dajjal lab/suruh hafal bacaan on the spot lab. Hmmm Rasa macam nak tampar je perawat tu.
Nie. Aku nasihatkan. Sakit2 mental macam nie, pergi 2-2 tempat. Yang utamanya hospital. Dr akan bagi ubat ikut masalah korang apa. Then untuk recovery get enough sleep and rest. Makan makanan yg berhasiat. Makan ikan sebab kaya omega 3 yg baik untuk otak.
Perawat ohhh perawat. Tolonglah faham!
– Survivor of Demonic Depression
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit