Jangan Berhenti Berusaha

Daripada 11 tahun hingga umur 23 tahun aku duduk pondok usang ini. Nak bawa kawan-kawan datang rumah memang malu lah. Jadi ini aku jadikan “BIG WHY” untuk aku terus mengorak langkah.

DIA itu adil, DIA uji aku sekeluarga bersebab, DIA nak aku usaha sehabis baik.

“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya”- Surah An-Najm:39.

Disebab kan aku percaya janji DIA, aku berusaha, aku guna tenaga aku sehabis baik.

Tipu lah tiada saat jatuh masa berusaha.

Aku letak sepenuh harapan pada DIA bantu aku ringankan beban aku tapi DIA uji aku.

Permainan manusia di dunia ini hebat.

Aku hilang semua termasuk kasih sayang, aku loss.

Aku menangis, kenapa berat sangat ujian KAU bagi dekat aku Ya Allah, Aku tak kuat nak hadapi semua ujian kau ini.

“SEBAB KAU MAMPU LAH KAU DI UJI SEBERAT INI”.

Aku cuba untuk bangkit, aku tengok balik gambar ini,

“Kau perempuan kuat, kau kena kuat, biarla 1000orang tak suka kau, kau kena bangun Mimi”.

Saat semua menyepi , semua menghina aku terus berusaha.

Apa aku cuba buktikan hari ini, “Aku wujud, aku mampu usahakan, apa aku dapat hari ini adalah hasil usaha aku sendiri”.

Aku kerja 24/7, aku merungut penat tapi makin berat DIA uji aku jadi aku cuba lapangkan dada dan terus senyum walaupun penat hanya DIA yang tahu.

Isnin-Jumaat aku kerja sebagai IT Engineer.

Sabtu Ahad aku sambung kerja jaga booth dengan bayaran RM100-RM120 sehari.

Malam Isnin-Ahad aku jumpa client sama ada untuk repair laptop/pc ataupun perlukan consultation tentang kewangan.

Aku nekad untuk ubah hidup.

Kesilapan papa mama yang jadikan aku terus kuat.

Kalau aku susah sekarang, salah aku bukan salah papa mama.

Rumah yang papa mama sewa di Taman Medan dulu berharga RM25,000 jika dibeli.

Tapi sebab terlampau selesa, papa mama sewa rumah tersebut dan hari ini aku lalu rumah tersebut dan harga rumah itu berharga lebih RM300,000.

Saat di uji adik sakit teruk masuk ICU kami terpaksa balik kampung duduk dekat pondok buruk ni.

Daripada duduk rumah teres terpaksa duduk pondok buruk pegang dinding runtuh masa ni aku rasa “Kenapa ?”.

Seusia 11 tahun aku kena pergi menjual kuih tepi jalan, harta yang ada semua kena jual sebab adik perlukan kos hampir RM60,000.

Bila melangkah ke usia 13 tahun dengan bantuan biasiswa yang ada itu lah aku gunakan untuk beli baju sekolah aku dan adik-adik, itu lah guna buat bayar yuran sekolah.

Aku repeat benda yang sama sampai 17 tahun.

Semasa umur 16 tahun aku dah pandai meniaga tudung, baju, kasut.

Duit aku simpan dan duit itu lah yang tanggung yuran matrikulasi dan ijazah aku.

Jujurnya daripada umur 13 tahun aku tak pernah lagi menyusahkan papa mama.

Semua aku usaha sendiri.

Bila aku mula kerja pertama aku nekad nak beli rumah pertama tak kisah lah rumah murah sekali pun.

Tapi di Lembah Klang harga rumah mahal, jadi aku mampu beli apartment 900sqft dengan harga RM200,000 sahaja menggunakan pembiayaan bank dan rumah itu sekarang di sewakan mengikut kadar semasa.

Perjalanan aku untuk beli rumah kedua dan seterusnya Allah SWT permudahkan.

Ya Allah terima kasih atas segala nikmatMu.

Aku selalu minta papa mama doakan setiap langkah aku dipermudahkan, aku belajar untuk berhenti mengeluh dengan kata-kata “PENAT”.

“Jangan takut untuk berusaha walaupun macam-macam halangan kita hadapi. Sesungguhnya Allah SWT uji sesiapa yang mampu dan beri pada sesiapa yang berusaha”.

Jangan berhenti berusaha selagi tiada hasil, gagal itu perkara biasa dalam usaha tapi kejayaan selepas kegagalan adalah perkara orang luar biasa boleh buat.

“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan” – (Surah al-Insyirah:6)

Semoga bermanfaat.

– MIMI ROZMIZA ROZMAN

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *