Assalamualaikum…
Nama saya Ainun, umur 37 dan baru berkahwin. Saya terkesan tentang Saudari confessor yg menulis mengenai andartu pada umur 27. Rata2 komen memberitahu yg umur 27 bukan dikira andartu. Ada yg umur 30an & 40an masih lagi belum berkahwin tapi relax je. Semua bagi kata2 positif walaupun umur dah lanjut tapi masih belum berkahwin.
Saya pun berpendapat begitu sebelum ni, pada saya kerja bagus, gaji besar dan boleh dapat apa sahaja selagi mampu (cth:melancong,shopping barang mewah dsb) Saya sangat selesa dengan kehidupan seperti ini. Pengalaman bercinta memang banyak, ada manis & ada yg pahit. Tapi yg pahit lagi banyak. Hahaha, yg boleh membuatkan serik nak bercinta dan serik untuk untuk menuju ke arah perkahwinan.
Walaupun hidup membujang agak lama (yg sepatutnya berkahwin umur 20an tapi tak kahwin2 lagi) bermula umur 30 saya isi masa lapang dengan pergi kelas agama, kelas mengaji dan solat jemaah di masjid selepas habis waktu kerja(maghrib & isyak). Pada saya waktu umur 20an dulu dah puas enjoy, hehe. Jadi umur 30an waktu beribadat pula. Saya istiqomah isi waktu lapang saya cari ilmu agama sampailah pada umur 36 saya masih lagi membujang. Tapi saya mula rasa serba tak sempurna walaupun pada luarannya serba sempurna. Hehe.
Selama ni agama Islam ajar kita supaya bina keluarga bahagia & mempunyai zuriat. Malah dalam al quran & hadis banyak memperkatakan tentang perlunya untuk berkahwin atau berkeluarga. Jadi mengapa perlu membujang sedangkan Islam sendiri menggalakkan umat untuk berkahwin. Saya berpendapat berkahwin itu sangat penting.
Pada umur 36 saya doa bersungguh sungguh moga Allah temukan saya dengan pasangan yg baik dunia & akhirat. Bila umur dah masuk 37, dalam usaha mencari pasangan hidup saya didatangkan dengan ramai calon. Kenalan daripada kawan2 sepejabat, kenalan kawan sekolah lama dan macam2 lagi sumber kenalan lain. Hahaha. Siap buat list nama2 calon lagi.
Ajaibnya, bila rasa betul2 nak berkahwin ramai pulak calon yg datang. Hehe. Dugaan jugak ye nak memilih pasangan hidup ni. Saya solat istikharah dan selamat berkahwin dengan salah seorang calon2 tu. Dia bujang, umur 39 dan berkerjaya. Orang cakap saya ni kira kena jackpot lah.. walaupun lambat kahwin tapi dapat yg terbaik. Hahaha.
Ok, Saya bukan nak cakap yg saya kahwin lambat semata mata untuk dapat pasangan yg macam tu, tapi yg sebenarnya lebih dari itu semua rezeki dari Allah. Saya redho, apa yg kita minta dari Allah itu lah yg sebaik2nya apa yg kita terima. Nasihat saya, berkahwinlah kerana ia adalah sebahagian dari agama Islam. Lengkapkanlah islam kita. Banyak pahala yg kita dapat dengan berkahwin & banyak sunah2 Nabi yg kita boleh amalkan dalam perkahwinan. Kalau kita boleh sentiasa positif walaupun masih bujang, kenapa kita tak lebih berpositif untuk berkahwin.
Saya perhatikan orang Amerika sendiri menggalakkan orang muda nya berkahwin. Yg bukan islam beriya2 nak berkahwin awal, ada yg selepas habis prom terus berkahwin. Kalau pernah tengok movie A Walk to Remember salah satu list yg heroin tu nak sebelum mati ialah untuk berkahwin. Betapa penting nya perkahwinan pada heroin tu kan.
Berkahwinlah kerana itu adalah fitrah semula jadi yg Allah ciptakan. Sekian.
– AinunNisa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit