Assalamualaikum hye, sebelum aku ceritakan perkara yang aku ingin sampaikan, aku nak perkenalkan diri sebagai Nana….. Ok first aku nak ceritakan serba sedikit tentang apa yang aku hadapi dalam hidup.
Sepanjang aku hidup aku tak pernah chat atau mesej lelaki yang bukan muhrim sampai tengah malam. And aku tak pernah save no lelaki sebelum ni tetapi Allah nak uji aku masa tu aku rasa macam nak save no lelaki and up aku masuk kolej..
Aku ada kenalan dengan sorang lelaki ni tapi aku dengan dia kos berlainan and ada satu subjek tu aku dengan dia sekelas and masa tu lah aku dengan dia berkenalan dalam whatapp.. Aku yang start dulu hahahaha sebab masa tu aku tetiba nak save no dia.
Before aku masuk kolej aku pernah niat teringin nak ada kenalan rapat dengan lelaki di kolej.
And aku chat la dengan lelaki ni and up sampai tak berhenti aku chat dia sampai lewat malam bayangkan selama aku hidup aku tak pernah chat dengan mana mana lelaki sampai lewat malam sebab aku ni jenis tidur awal hahahaha (aku tak fikir panjang masa tu)
So hari hari aku chat dengan dia tak henti henti sampai aku tangguh kerja dan masa tu semua kerja aku tak siap disebabkan aku layan mesej dia (aku menyesal bila fikir fikir balik)
Sampai satu tahap bila dia tak chat aku sehari aku jadi risau sampai aku tak pernah rasa risau kat mana mana lelaki.
Tetapi dia lah manusia yang pertama sepanjang aku kenal dengan lelaki lain. Aku tak pernah risau sampai macam tu sekali sampaikan aku menangis hari hari. Aku buat kerja tak ada kualiti sebab selalu pandang telefon nak tengok mesej dia masuk..
Ye la sepanjang aku hidup tak pernah mana- mana lelaki chat aku tanya khabar hari-hari pastu bagitau semua apa yang dia buat ambil gambar kalau dia nak makan, boleh dikatakan semua apa yang dia buat dia bagitau aku,
Bayangkan perempuan mana tak cair kalau ada lelaki yang hari- hari beri perhatian tapi kami tak ada hubungan hanya kawan sahaja…..
Sampai aku rasa aku jauh diri dengan Allah, lepas je aku solat mesti aku akan pandang telefon sebab nak tengok mesej dia.
Selama beberapa bulan aku still mesej dengan dia, aku sedar sepanjang aku dengan dia hari- hari aku tak lalu nak makan sebab fikirkan dia.
And up, aku baru tahu dia ada contact dengan kawan -kawan aku. Sapa je tak rasa perasaan cemburu sebab hari -hari dia tanya khabar aku.… then lepastu aku dapat tahu yang dia chat dengan kawan kawan aku rupanya sama macam mana dia chat aku.
Bayangkan masa tu aku dah rasa feeling sebab sepanjang aku hidup aku tak pernah ada lelaki yang mesej aku hari – hari (tanya khabar) then lepas aku tahu aku menangis. Teresak-esak tapi dia tak tau aku menangis.. Bayangkan aku pendam perasaan aku.
Last – last ter kantoi dengan roomate aku. Dia banyak motivasi aku and kawan sekelas aku yang aku paling rapat banyak motivasi aku sebab aku memang tak ada semangat.. Masa tu aku yakin ni ujian Allah swt nak beri kepada aku.
Malam tu aku bangun aku tahajud memang masa tu Allah nak gerak aku untuk bangun malam supaya luah segala- galanya kepadaNya.
Sambil air mata aku menitis and aku terbaring kat atas sejadah aku mohon dengan Allah jika dia bukan jodohku jauhkan diriku dengan lelaki yang macam tu..
Sampai masa tu aku dah tak boleh fikir apa- apa sebab sepanjang aku ke kolej hari hari aku hadap dia bayangkan bila aku kena hadap hari – hari sakitnya hati aku bila ingat balik apa yang jadi sebelum ni.
Tapi dia tak sedar apa yang dia buat kat aku. Bayangkan terus menerus dia mesej aku macam aku ni gf dia sampai la semester 3.
And lepastu mungkin Allah pelan -pelan dalam mengabulkan doaku dan aku sendiri yang tak layan segala mesej – mesej yang dia beri and apa yang dia tanya dalam mesej aku hanya jawab sepatah sebab nak elakkan hati tengah sakit.
Alhamdulillah sekarang aku bersyukur dengan Allah kerana dia telah memberikan aku ketenangan yang aku impi kan selama ni. Biarlah dia tak tahu apa yang aku rasa, aku harap dia takkan buat lagi benda ni kepada orang lain aku doakan dia bahagia.
Setelah itu sampai sekarang alhamdulillah aku rasa tenang dan aku sudah seperti yang dulu dan masa -masa aku dengan Allah swt sangatlah banyak dan aku hargai.…
Sebenarnya panjang lagi aku nak ceritakan tapi aku hanya boleh ceritakan separuh sahaja kepada anda semua dan wanita di luar sana agar, lebih berhati- hati dengan lelaki yang buat hati anda rasa ada orang yang sayangkan anda.
Tetapi tidak sama sekali hanya indah khabar dari rupa, apa yang penting kat sini tanya dia dulu kalau mesej hari hari tanya khabar untuk apa?
Tanya dia macam tu supaya anda dapat berhati – hati dengan lelaki yang macam tu. Kadang dia hanya nak hilangkan bosan dia and macam – macam lagi.
Semoga lepas apa yang terjadi aku dapat temukan lelaki -lelaki yang betul dan dia lah jodoh yang Allah swt sudah tetapkan.
Dan saya doakan kalian yang sudi membaca ini saya doakan anda bertemu dengan lelaki yang baik dan dapat mencintai dan dicintai dengan yang halal..
Terima kasih,
Semoga anda dapat iktibar dari kisah ini dan mendapatkan jodoh yang terbaik.
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
For me la kan, lelaki macam ni memang jenis manis mulut gitu. Mana yang sangkut, itu dia ambik.
Vdisbdjsbsjbsks
Aku terbalik.. aku minat sorang perempuan ni.. kita org dh couple dh.. muka2 semua ok.. tiba2 selepas 20 hari dia tiba2 mcm berubah 360.. dia suruh aku cari org lain.. pastu setiap kali aku chat.. dia nk reply pun dekat 6-12jam… aku pening hari2 dok fikir dia.. sampai hari2 menangis.. aku pun pelik ngn diri aku ni..