Jangan Berlama-lama Dalam Membenci

Assalamualaikum kepada warga IIUM Confession sekalian.

Dalam hidup ini, kita tak boleh lari dari ujian. Bila sebut ujian, apa yang tergambar di fikiran kita ialah sakit, sedih, kematian, kemalangan dan sebagainya. Ya, betul, itu ujian.

Nikmat juga termasuk ujian. Namun, tergantung bagaimana kita berhadapan dengan ujian tersebut.

Jika kita sabar, kita akan bahagia tapi kalau kita tidak sabar maka kita sendiri yang undang masalah.

Dulu confessor mempunyai kawan baik tapi sekarang dah jadi “bekas”, sudah lama tidak berjumpa.

Last jumpa masa kat surau, itupun tak lama dan dia pula tak bersembang dengan kita sebab tengah layan Uztaz buat rawatan Islam untuk pesakit.

Confessor memang benci perangai dia sejak dari zaman sekolah menengah lagi sampailah habis SPM.

Banyak kesalahan dia pada kita tapi kita tak nak lampirkan di sini, kesalahan paling besar yang dia pernah buat ialah menuduh kita menggunakan sihir kerana lulus paper subjek Sains.

Tapi, dalam kita berdendam dengan dia, Allah datangkan seorang manusia yang rapat dengan saya dan buatkan saya happy. Bila birthday, dia bagi hadiah bahkan sebelum birthday lagi sudah banyak hadiah dia bagi.

Walaupun begitu, kawan baru saya tetap ada kekurangan (saya tak perlu ceritakan apa kekurangan dia), bukan kekurangan fizikal tapi kekurangan dari sudut sikap.

Dia seorang yang baik dan sesuai dengan “selera” saya tapi ada juga hal-hal yang tidak menyenangkan saya.

Dia tahu yang saya tak suka sesetengah perangai dia, namun apakan daya, manusia berhak untuk merajuk…haihh.

Lama kelamaan, kita pun fikir:

“Aku benci kat bekas kawan baik aku, takkan kawan baik aku yang baru inipun aku nak benci sedangkan dia dah banyak buat baik kat aku.”

Dalam kita tak suka pada ex-bestfriend, Tuhan rawat hati kita dengan bestfriend baru. Tapi bila dah dapat yang baru takkan kita masih nak kotorkan hati lagi? Inilah yang kita maksudkan.

Kita lama juga fikir… maka kita dapat simpulkan bahawa kebencian itu tiada apa-apa nilai selain daripada menyeksa diri sendiri.

Memang kita akan dapat something yang boleh rawat jiwa kita dari sifat-sifat mazmumah (tercela) tapi kita kena ingat bahawa apa-apa pun selain Allah mesti ada cacat celanya.

Kita tak boleh expect yang kita akan sentiasa happy, lapang dada, hati tak sakit dan jiwa tak merana, sebab kehidupan dunia ini sentiasa mengalami perubahan dari masa ke semasa.

Namun, saya bersyukur kerana ada orang baru dalam hidup saya, sekurang-kurangnya dapat saya merasai kemurahan Allah supaya lebih dekat kepada-Nya.

Pada masa yang sama, mungkin Allah nak ajarkan saya untuk maafkan orang lain walau sejahat mana pun orang itu pada kita.

Ingatlah, walau seteruk mana pun orang itu dan selagi dia ada hubungan akrab dengan kita, cubalah berdamai. Kalau rasa tak tahan sangat, Istikharah, minta Allah bagi petunjuk.

Kesimpulannya, hiduplah dengan hati yang lapang walau apa pun yang kita hadapi. Kita boleh membenci tapi tak usahlah sampai mati.

Kalau dunia pun berubah, apatah lagi manusia. Dulu jahat, sekarang baik. Dulu baik sikit, sekarang baik banyak. Wallahu a’lam.

– Mainem (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *