Salam buat semua pembaca IIUM Confession. Nama aku NR, aku seorang perempuan. Tujuan aku buat confession ni, khas untuk mereka yang putus cinta.
Kehidupan kita ni penuh dengan kisah duka, pahit dan manis. Setiap orang mempunyai ceritanya yang tersendiri. Kalau nak cakap pasal bab bercinta, masing – masing ada kisah tersendiri.
Bila orang tanya aku, kenapa aku tak ada boyfriend? Kenapa aku tak kahwin lagi? Aku jual mahal ke? Jujur aku cakap, aku dah bosan dengar soalan macam ni. Come on lah, umur aku belum masuk 30 – an lagi. At least bagilah aku kukuhkan ekonomi aku dulu, memandangkan aku baru je kerja. Pula tu, dulu aku pernah alami kisah duka – putus cinta. So semua ni take time. Kepada yang bertanya, dan selalu bertanya, terima kasih. Doakan satu hari, aku dipertemukan jodoh.
Setahun setengah yang lepas, aku pernah berkenalan dengan seorang lelaki (En Q). Aku kenal dia tak lama, rapat lepas tu masing – masing ada perasaan suka. Tapi tak lama lepas tu, dia cakap dengan aku ni semua salah faham. Siap sound aku, tuduh aku macam – macam. Aku speechless sangat masa tu.
Aku terus menangis, teruk juga. Mulanya aku seorang yang hati kebal, susah nak nangis. Tapi bila dah putus cinta, aku jadi sayu. Menangis tak berhenti. Makan tak nak. Dunia aku seolah macam rasa kosong. Masa tu, aku hanya layan perasaan kosong aku, sampai aku alpa dengan kesihatan aku. Aku jatuh sakit. Kadang solat pun, sampai rasa tak khusyuk sebab sayu sangat. Doa pun, boleh mengalirkan air mata.
Hinggalah satu hari, aku bertanya pada diri aku sendiri, sampai bila aku nak macam ni? Sampai bila aku nak menangis untuk sesuatu yang tak pasti. Satu hari, Allah gerakkan hati aku untuk singgah ke masjid. Balik je kelas (masa ni zaman aku study lagi, setahun setengah yang lepas), aku terus pergi masjid seorang diri. Aku solat, aku doa dan aku menangis. Lama juga aku buat macam ni. Jika ada waktu lapang je, aku singgah masjid. Alhamdulillah, tak lama lepas tu aku rasa macam aku dah ok sikit dan boleh tumpukan perhatian pada pelajaran. Akhirnya aku kuatkan diri dan tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran aku. Alhamdulillah, aku dapat habiskan study tepat pada masanya.
Nota: Bukanlah nak cakap aku solat sebab putus cinta. Tak. Alhamdulillah aku jaga solat aku, cuma masa tu Allah gerakkan hati aku untuk lebih dekat dengan dia. Macam – macam aku buat untuk aku rasa dekat dengan Allah.
Nasihat aku, janganlah terlalu melayan sangat perasaan sedih. Kalau kau hilang kawan, atau hilang boyfriends sekali pun, tak apa. Sebab mungkin tu bukan rezeki kau. Jangan salahkan diri sendiri dengan apa yang terjadi, kerana ini semua ketentuan Allah.
Kalau kau meroyan sekali pun, kekasih kau takkan patah balik. Kalau kau update apa – apa dekat laman social kau pun, kekasih kau takkan pulihkan hubungan tu. Kau percaya tak, jodoh tu Allah tentukan? Kalau percaya, percayalah akan ada yang lebih baik untuk kau pada masa akan datang. Allah dah tetapkan pertemuan, jodoh, ajal dan maut. Kanapa kita perlu takut?
Kita baru putus cinta, belum lagi bertunang, belum lagi berkahwin. Bila dah bertunang, macam – macam dugaan kena tempuh. Lagilah bila kau dah kahwin, dengan nak jaga hubungan kau dan suami, nak jaga hubungan kau dengan keluarga kau, nak jaga hubungan kau dengan mertua kau, nak jaga hubungan kau dengan kawan – kawan kau. Macam – macam lagi tau, perkara lagi penting lepas berkahwin (aku tahu dari kawan – kawan aku yang dah kahwin dan mempunyai sebuah keluarga).
Ada banyak cara untuk move on dekat internet, even ada seorang penulis ni ada tulis buku, 27 cara nak move on (kalau tak silap aku). Percayalah, walaupun kau baca segala tips untuk move on, tips untuk meluapakan seseorang, kalau diri kau cakap kau tak nak move on, benda tu takkan terjadi. Perkara pertama, tolong kuatkan diri untuk move on. Macam mana nak kuatkan diri, dengan dekatkan diri pada Allah, dengan solat dan selalu berdoa. Di samping itu, jika ada kesempatan ambillah Al – Quran dan luangkan masa untuk membaca tiap ayat dalam Al – Quran tersebut. InsyaAllah, lambat – laun hati kau akan kembali pulih.
Moga posting kali ni dapat memberi manfaat pada semua. Jangan kecewa sangat ok. Sayang kat diri kau dulu, barulah orang akan sayang pada kau. Kalau kau murung 24/7, macam mana kau nak sayang diri kau. Come on guys, banyak lagi benda yang perlu kita fikir dari nak berduka.
– NR
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit