Jangan Biar Suami Selesa Sangat II

Untuk part I, (https://iiumc.com/jangan-biar-suami-selesa-sangat/).

Ramai la yang trigger ye, siap keluar hadis haa kata memperhambakan suami, ish3. Ada yang siap suggest tukar tajuk lagi. Aku tak reti bab menulis sebab bukan seorang penulis. Saja kongsikan dengan anda semua mungkin la membantu.

Yang rasa confession ini tak membantu sila la next kan saja. Oh, kalau admin approve confession yang ni juga. Terima Kasih. Bahasa aku bahasa rojak bahasa pasar. Aku cuba sehabis baik ni.

Yang confession aku yang first haritu, bff aku dapat teka tu aku haha i love you la bff. Aku seharian tak buka social media sebab agak sibuk uruskan hal harian aku.

Kalau dia tak share memang takla aku nak scroll cari siapa yang comment kat confession aku haritu. So ini confession aku yang terakhir.

Mak mertua aku tahu ke anak dia buat kerja kerja rumah ni? Yes, tahu dan sejak kecik lagi memang dorang ni buat kerja rumah. Basuh baju, mop lantai, semualah. Tapi masak je la tak. So bila kawen dengan aku, yes masak sekali.

The best part is, bila aku balik kampung dengan mak ayah aku, laki aku ajak kawan sekerja dia (team kerja dia semua lelaki dan aku kenal, haha) datang rumah makan makanan yang dia masak.

Power kan? Oh aku ada adik ipar 4 orang semuanya lelaki yang belum kawen lagi, mereka dah habis belajar dan sedang bekerja ye. Hahaha, semua ipar aku ni buat kerja rumah pun tip top. Sebab? Didikan mak mertua aku. Tak merajakan lelaki dalam rumah.

Family aku? Sebaliknya. Aku taknak cerita kang jadi lagi panjang pula. Sedih pula bila teringat mak aku urus rumah sorang, yang lelaki buat taktahu je. Ini adalah bahana bila merajakan lelaki.

Ada yang kata aku memperhambakan laki aku, aku nak kongsi apa aku buat pula, yela dari cerita aku nampak macam tak buat apa apa kan? Cuci tandas? Aku. Sepanjang aku kawen, aku sahaja yang cuci tandas. Setiap minggu. Bersihkan porch kereta? Aku. Kalau malam anak aku nak susu?

Aku ye bangun pergi buat susu. Laki aku kerja tak menentu masa. Pergi anak tidur, balik anak dah ready nak tidur. So siapa yang siapkan anak anak aku tu? Dari pagi sampai la ayah diorang balik? Aku la.

Pengalaman mengajar aku. Lelaki mesti sama sama buat kerja rumah. It takes two to tango hihi saling melengkapi. Tak setuju silakan. Aku memang jenis tak kisah apa orang kata kat aku.

Aku tulis confession ni sebab nak jawab comment sorang ni je, alang alang jawab juga comment yang lain yang mana aku sempat baca la, ‘tak tahu nak buat business apa’ lebih kuranglah comment dia.

Jujurnya aku dulu lepas berhenti kerja, aku tak pernah business. Ini lah first business dan lepas 8 tahun baru nampak hasilnya. Bukan skim cepat kaya ya. Esok dah jadi jutawan. Hihi.

So siapa yang surirumah macam aku ni, korang ada social media, jadi dropship dulu, tak payah bayar duit, untung sikit tu simpan buat motivasi untuk dapatkan lagi banyak sales.

Tips RAJIN. Produk? Korang suka makan? Jadi dropship makanan. Korang suka tudung? Jadi dropship tudung. Macam macam sekarang ni. Semua online. Tinggal nak dengan tak sahaja.

Selalunya dropship ni join free je. Tapi ada syarat mesti ada sales dalam masa 3 bulan. 3 bulan tu 90 hari. Takkan la takde sales kecuali korang malas. Ikot la syarat dropship tu. Setiap dropship tu berbeza.

Nak dapatkan sales pula. Ini adalah sk1ll, bila sk1ll ni kita kene buat buat buat berterusan sampai pandai sampai dapat. Jadi jangan tunggu esok. Buat sekarang, cari dropship apa nak buat, pilih, tekad dan buat. Tips kat sini. TERUS BUAT.

Ada yang tanya duit aku buat apa? Bila business mesti letak target, berapa nak capai, sebab ini lah yang akan berikan motivasi untuk terus berbusiness. Target aku business adalah untuk simpanan education anak anak aku. Salah satunya la.

So bila sampai masanya nak masuk universiti, boleh la pakai duit tu. Aku dulu masa belajar dapat biasiswa. Mak ayah aku bukan orang senang. Kalau takde biasiswa tu memang tak jejak la kaki ke menara gading.

Jadinya bila Allah beri aku kemampuan/ kelebihan aku dalam business ni, untuk ada simpanan education anak anak aku. Alhamdulillah. Quota biasiswa tu boleh beri pada yang lebih memerlukan kan?

Aku rasa sampai sini la perkongsian aku. Hope dapat la sesuatu dari apa aku tulis ni. Terima kasih pada yang kecam, terima kasih pada yang comment membina. Tiba tiba teringat ini…

Ulang kesilapan yang sama itu b***h.

Belajar dari kesilapan lalu itu pandai.

Belajar dari kesilapan orang lain itu bijaksana.

Terima kasih pada yang kata aku bijak. Aku biasa biasa je. Ibu yang cuba didik anak jadi manusia. Kadang terlepas juga. Tapi memang simpan impian nak ke PhD. Doakan ye.

Jaga diri baik baik semua. Moga kita dirahm4ti Allah.

– MakAnak3 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *