Jangan Biarkan Kami Mato Seorang Diri

Jangan Biarkan Kami Orang Lelaki Mati Seorang Diri.

Salam semua. Aku Sulaiman, berumur 24 tahun. Aku ambil peluang ini untuk luahkan apa yang kami kebanyakan lelaki rasa. Berdasarkan pengalaman daripada kawan kawan lelaki dan orang yang lebih tua. Confession ini ditujukan untuk lelaki dan perempuan. But mostly ditujukan untuk orang perempuan.

Cita cita kami orang lelaki adalah untuk gembirakan orang yang kami sayang.

Kami tak kisah perlu bekerja siang ke malam, 24 hours non stop untuk mencari sesuap nasi dan keperluan buat orang yang kami sayang. Ibu, ayah, adik, abang, kakak, isteri, anak.

Ada antara kami yang sanggup korbankan masa waktu malam untuk buat kerja tambahan. Ada antara kami yang bekerja seminggu 7 hari, sebulan 30 hari tanpa henti. Semua untuk orang yang kami sayang.

Ada antara kami yang terpaksa korbankan masa bersama keluarga. Ada antara kami yang menangis dalam diam semasa bekerja sebab rindukan keluarga di rumah. Ada juga antara kami yang jarang pulang ke rumah kerana mencari rezeki. Bila sampai rumah, kami ingat nak luang masa dengan keluarga. Tapi kami tahu, hari sudah lewat malam. Masa untuk ahli keluarga tidur berehat.

Masa gaji masuk adalah masa kegembiraan buat kami. Kerana kami dapat bawa pulang rezeki dan dikongsikan bersama ahli keluarga.

Tapi akhirnya kami terpaksa juga pulang ke tempat kerja semula. Habiskan kebanyakan masa daripada 24 jam di tempat kerja. Sebab kami sedar, kami bukan orang senang.

Kami tak minta minta banyak. Cuma kami minta jadilah manusia yang berperasaan. Kalau kamu seorang anak. Cantikkanlah bahasa depan orang tua lelaki kamu. Kamu boleh minta apa sahaja. Orang tua lelaki pasti usaha sehabis baik untuk tunaikan permintaan kamu. Tapi janganlah marah orang tua lelaki kalau dia tak mampu beri apa yang kamu mahu. Kamu tak tahu betapa sakit hati dia bila tak dapat tunaikan permintaan kamu. Dia akan rasa dia lelaki yang tak berguna. Tak mampu gembirakan anak anak. Tak mampu buat anak anak bangga.

Kalau kamu seorang isteri, jadilah isteri yang berperasaan dan prihatin. Tak salah kamu minta sesuatu. Tak salah kamu tersengih sengih bila tiba waktu gaji masuk.

Tapi apa salahnya kamu prihatin sikit. Bila minta duit, tanya dulu keadaan suami kamu. Kerja dia macam mana. Cukup ke tidak gaji dia untuk dia survive sampai bulan depan. Ini tidak, kamu selamba khinzir minta duit nak beli itu ini. Soal makan dia di tempat kerja, kamu tak peduli. Soal tambang dia ke tempat kerja kamu tak pernah tanya.

Tapi walaupun kamu tak tanya, akhirnya dia bagi juga walaupun sebenarnya tak cukup. Dia simpan sendiri dalam hati. Bagi dulu, baru cari jalan kemudian. Dan dia pun mati seorang diri. Tahan lapar. Berhutang dengan orang tanpa pengetahuan isteri. Sebab dia taknak kecikkan hati isteri.

Kegembiraan orang yang kami sayang adalah kegembiraan kami. Apa pun jadi dengan diri kami, kami tolak tepi.

Kami tak merungut. Kami cuma minta tolong jangan biarkan kami mati seorang diri.

– Muhammad Sulaiman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit