Salam 1 Malaysia, Singapura, Brunei suma la kalau ada. Terima kasih admin sudi approve dan siarkan nukilan sekerat dari aku ni. Cerita ni panjang mengalahkan cerita sinetron dan mungkin jugak boleh lawan cerita Dendam Aurora yang ada 100 episod tu. So terima kasih pada yang sudi membaca cerita ini.
Fuh, tajuk cerita aku ni mungkin akan menyebabkan ramai yang sentap sebab depa tau depa bodoh tapi sombong. Maaf kalau kedengaran kasar bunyi bodoh tu tapi mpa suma tau kan maksud bodoh sombong tu? Kalau tak tau mai nak habaq. Maksudnya seseorang yang tak tau permulaan sampai hujung pangkal sesuatu benda yang jadi tapi belagak macam dia pandai dan tau suma siap boleh jadi pengkritik/judge. Jadi cerita aku harini ialah pasai penyakit mental, depression.
Ramai orang tak faham maksud sebenar depression ni. Yang depa tau depression ni jadi sebab stress, iman tak kuat sebab solat selalu tinggai. Oh tidak. Bukan macam tu. Depression ialah penyakit mental yang ada ubat untuk mengurangkan sakit tapi belum tentu 100% dapat menyembuhkan penyakit. Sebab apa? Sebab sakit ni melibatkan otak dan jiwa. Melibatkan otak sebab secara saintifik dalam otak ni ada 1 bahagian yang kawal semua emosi kita. Bagi orang yang ada depression dekat bahagian yang kawal emosi tu ada lebihan bahan kimia yang mencetuskan penyakit ni.(aku bukan doktor sebab tu guna ayat mudah. kalau tak faham jugak, p buat research sendiri or tanya pakar). Sakit jiwa/hati pulak pasaipa? Sebab asyik selalu pendam masalah sorang2. Pendam peram macam ikan pekasam berbulan2 bertahun2 sampai merana diri sendiri. Tapi mpa kena ingat. Pesakit depression ni bukan saja2 nak peram/pendam masalah depa ni. Depa pendam sebab bila depa cuba reach out/minta pertolongan/cerita masalah tapi orang tak percaya kat depa dan dapat jawapan alaa tu semua sebab hang stress ja, lepas solat nanti lega la tu.
Mpa rasa apa perasaan si pesakit bila dengar jawapan macam tu? Tak membantu langsung. Ni la masalah dia. Cuba jadi pendengar sebelum jadi pengkritik. Tanya dia awat pasaipa? Ada masalah ka? Masa tanya soalan tu pon tanya elok2 lembut2, jangan p tanya mcm gangster nak cari gadoh pulak. Kalau dia tak mau cerita jugak just cakap aku ada untuk hang. Kalau ada masalah habaq jangan pendam sorang2. Ha kalau depa dengaq lagutu lega la. Baru keluaq suma cerita dari A-Z. Pesakit depression ni hati tisu mpa kena guna tektik reverse psychology supaya depa rasa selamat nak cerita masalah depa.
Aku bagi contoh paling senang mpa paham betapa hati tisunya pesakit depression ni. Contoh kalo mpa lepas clash/break dgn gf/bf. Apa perasaan mpa? Sakit hati kan? Pedih kan? Frust menonggeng kan? Lepas tu apa mpa buat untuk move on? Meratap merayu balik kt ex mintak couple balik ka? P enjoy shopping, tengok wayang utk rewards yourself sbb dah bebas atau masuk bilik menangis sorang2 sbb pedih hati tu? Lepas menangis tu mpa rasa lega dan boleh move on terus dak? Kalau boleh move on makna kata mpa kuat dan reda dgn ketentuan ALLAH. Tapi tak kepada pesakit kemurungan ni. Depa tak kuat bkn sebab iman tak kuat, tapi mental tak kuat. Kalah dengan perang mental sendiri dan akibat dia kemurungan.
Depression ni boleh berlaku sebab banyak faktor seperti kehilangan/kematian orang yang disayangi, trauma (dibuli, diculik, diseksa), sakit yg tak dapat diubati(cancer), kehilangan kerja mata pencarian rezeki, tak lulus dengan cemerlang masa ujian dll. Banyak faktor sebenarnya dan lain orang lain penyebab dia.
Pengalaman aku sendiri, kehilangan/kematian abang kandung sendiri secara mengejut masa umur 19 tahun. Umur 19 tu bagi aku masih kanak2 riang, nak bermanja lagi dan selalu huha sana sini. Tak pernah terpikiaq langsung yang ALLAH akan ambil abang aku masa tu. Hari2 selalu sembang dan bergurau senda tup2 esok lusa tak leh sembang langsung. Fuh, kau rasa? Memang kosong, gelap terus dunia aku. Aku memang rapat dengan allahyarham abang aku. Masa tengah diuji dgn kehilangan abang aku tu jugak macam2 masalah nak timbul pada masa yang sama sampai aku sendiri tak sempat nak menangis meratapi pemergian abang aku. Banyak masalah timbul serentak dan aku kena handle/selesaikan dulu masalah2 tu menyebabkan aku tak sempat nak kawal perasaan/emosi stress aku. Aku terpaksa move on sebelum sempat menangis dgn apa yang dah berlaku. Aku pulak selalu habaq kat diri sendiri yang aku kena kuat dan lawan perasaan ni. Last2 jiwa aku yg menangis sorang2.
Aku ni jenis cakap banyak, bkn aku tak cuba reach out/mintak tolong tapi bila aku bukak mulut kata aku sunyi/lonely, aku dapat jawapan cliche spt sunyi sat ja nanti ok la tu, nak sunyi pasaipa semua lain orang ada. Memang orang lain ramai dan kawan2 aku ramai tapi aku masih sunyi. YA. AKU SUNYI. Sunyi yang kosong dan masa tu aku tak tau sebab apa. Dan aku terpaksa pendam dan peram perasaan sunyi tu sorang2. Bila dah dengaq jawapan cliche macam tu teruih aku diam dan bila depression aku semakin teruk, bawak p kat 2 pakar psychiatrist (kerajaan&swasta) Pabila depa tanya apa masalah, aku tak reti nak jawab sbb aku mmg tak tau sbb apa aku sunyi.
Yang paling aku ralat sekali bila jumpak Dr ni depa tak tumpu perhatian 100% kt cerita aku. Aku tau tu kerja Dr kena catat apa yg aku cerita tapi takleh ka tulis lpas dgaq aku cerita sampai habis?
Dr kerajaan vs dr swasta sama ja dua2. Dr kerajaan siap kena tukaq2 dr. 3 kali aku p dapat 3 org dr yg berbeza dan aku kena ulang cerita yg sama setiap kali jumpak. Aku paham pesakit ramai, kalo takat sakit demam besa tak apa la nak tukaq2 dr. Ni penyakit kemurungan kena la ada personal moment pesakit&doktor. Bukan doktor2 tu tak bagus tapi aku jadi tak yakin depa boleh jadi pendengar setia. Habis2 depa bagi ubat ja. Last2 aku bukak mulut kat kaunselor aku sbb dia sorang ja yg sudi bg tumpuan 100% nak dengaq luahan hati aku. Dia yg byk membantu pulih semangat aku.
Jadi, seksa menanggung penyakit ni memang real. Proses nak lega memang ambil masa. Siapa yang ada ahli keluarga kemurungan kena banyak bersabar sebab memang mencabar. Dan penyakit tu tak akan sembuh 100% sebab kemurungan tu mungkin akan jadi balik (relapse).
Now alhamdulillah aku dah ok. Dulu memang teruk. Hari2 menangis dok dalam bilik sorang2, makan, mandi pon tak jaga sampai makan ubat pon tak membantu sgt. Sampai kena mkn ubat antidepressant yg dosage tinggi sebab penyakit aku mmg dah kronik. Mak&ayah aku sampai buntu tak tau nak tolong macam mana lagi
Macam aku kata kt atas. Depression ni ialah satu penyakit di mana ada ubat untuk mengurangkan dan belum tentu 100% dapat menyembuhkan. Aku bersyukur sebab ada mak ayah, adik beradik, kawan2, lecturers,kaunselor dan doktor yang penyayang dan memahami. Sekarang ni aku dah jadi diri aku balik seperti sebelum kehilangan allahyarham abang aku. Seorang yg happy go lucky selepas 5 tahun struggle lawan penyakit mental ni. Sat ja dah 5 tahun.
Tapi yang paling penting, moral support dari mak ayah,adik beradik dan keluarga la. Sebab kadang2 punca tercetus kemurungan ni pon sebab desakan dan ketidakfahaman ahli keluarga. Komunikasi bersama memang penting. Nama ja keluarga tapi belum tentu kita tau luaq dalam mak ayah, adik bradik, anak2 kita. Sebab kita tak tau apa yang ada dalam fikiran depa.
So kalo sapa2 yg depress & ada masalah, pm or wasap aku. Insyaallah aku akan jadi seorang pendengar yang setia. Orang yg depress ni hanya perlukan pendengar dan bukan pengkritik. Kita hanyalah manusia biasa yg tak sempurna dan ada kelemahan masing2. Jangan biarkan kelemahan tu makan diri sendiri. Suma benda boleh bawak bincang. Paling penting jangan pandang serong/ hina seseorang sbb diri kita sendiri pon tak sempurna. Dan ingat setiap benda yang berlaku ada hikmahnya. ALLAH uji sebab ALLAH sayang dan Dia tau mpa kuat, boleh hadapi masalah tu.
Peace yo. Sekian from me. Terima kasih sekali lagi sebab sudi membaca nukilan sekerat aku ni.
Tkah~
– Tkah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit