Jangan Bodohkan Diri Wahai Isteri Yang Dicurangi

Aku juga ingin membuat confession dengan harapan dapat memberikan semangat buat kaum isteri yang dianiayai suami.

Kisah aku sangat panjang dan umpama sinetron. Sebab melibatkan indon. Yeah. Biasa dengar indon merampas suami orang? Kali ini tepat sekali kena batang hidungku sendiri.

Aku dan suami kenal pada tahun 2007, masa awal matrikulasi. Aku jatuh cinta pada dia dan tak pernah sekali membeli peluang kepada lelaki lain untuk menghampiri aku kerana AKU TERLALU SETIA.

Kami bernikah seminggu selepas final exam, final year, dengan nilai hantaran yang sangat rendah kerana ayahku faham keadaan kami yang baru sahaja habis belajar, tak ada duit langsung.

2 bulan kemudian aku mengandung, aku gugur pada usia kandungan 3 bulan. Selepas berpantang, 2 bulan kemudian aku mengandung semula. Lahir anak sulung aku berurut dengan seorang Indon ni.

2 tahun kemudian aku mengandung pula anak kedua. Anak kedua umur 5 bulan aku buat satu bisnes, rezeki Allah nak beri bisnes aku menjadi.

Awal bisnes ni aku upah seorang budak Indon yang lahir di Malaysia tolong buat kerja, iaitu anak Indon yang urut aku. Budak ni anak luar nikah, ayah dia Pakistan jadi ada rupa sikit lah.

Budak ni masa tu selebet, badan berbau, pakai tudung memang ke belakang habis, dengan jendulnya, tak habis sekolah rendah sebab tak boleh amik UPSR.

Aku kutip dia jadi pekerja dan anggap seperti adik. Apa aku makan dia makan, apa aku pakai aku belikan, kadang baju2 cantik baru untuk aku, aku belikan, merasalah dia hidup senang.

Watak dia naif, macam tak pandai apa-apa, yelah sekolah rendah tak habis, nampak bodoh-bodoh alang tapi hati dia keji. Satu lagi jenis melayan jantan.

Kisah tragisnya bermula, bulan Mei 2020, kantoi yang dia rupanya dah bernikah dengan suami aku bulan Oktober 2019 (masa ni anak ketiga baru 3 bulan).

Alasan suami aku kata nak tolong budak ni sebab terlampau kesian walhal aku yang dalam proses turun naik JPN macam nak mampus menguruskan sijil kelahiran budak ni sebab dia lahir kat sini.

Bayangkan sebelum tu mak dia tipu aku RM5000 sebab katanya dia boleh carikan maid dari tempat asal dia Bandung.

Rupanya mak dia tipu dekat 20k duit orang lain. Lepas tu terus lenyap, dia tinggalkan anak dia yang bekerja dengan aku sebab dia tahu aku memang anggap budak ni macam adik.

Dia percaya aku. Walaupun mak dia dah tipu aku, aku masih membela budak ni baik nak mampus. Aku pulak terlampau baik hati campur bodoh, mudah percaya orang, tapi aku tak menyesal dengan apa yang terjadi.

Selepas 3 jam aku torture biawak betina ni barulah dia mengaku rupanya dia nikah dengan suami aku bulan 10 tahun lepas. Nikah sindiket, entah sah entak tidak. Bawa imam Indon masuk Malaysia dan bernikah. Sesak nafas aku.

Terbayang 7 tahun perkahwinan aku, bagaimana aku bekorban jiwa dan raga aku, tak pernah diberi nafkah bulanan sebab aku redha.

Sumbangan kewangan di dalam rumahtangga jangan cakaplah banyaknya kerana Allah kurniakan aku rezeki yang melimpah ruah.

Melahirkan 3 orang anak perempuan yang bijak, sihat, sempurna sehingga bentuk badanku tidak lagi menarik.

Bayangkan aku tak pernah hantar anak-anak ke nurseri atau pengasuh. Aku membesarkan anak-anakku dengan tangan aku sendiri.

Aku menyusukan anak-anakku sehingga 2 tahun usia mereka dan yang paling kecil sekarang masih menyusu dengan aku.

Perniagaan aku semakin berkembang sehingga aku mampu menggaji pembantu rumah dan pengasuh tanpa dibantu langsung suamiku.

Aku balik rumah selepas aku tahu staff yang aku anggap adik tu madu aku, aku tak marah suami. Entahlah kesabaran jenis apa yang Allah kurniakan. Aku bersimpuh di kaki suami tanya kenapa abang kawin dengan biawak tu?

Suami aku mula cakap yang aku abaikan dia. Sebabkan aku terlampau positif, aku macam boleh terima yang aku boleh jalani hidup bermadu. 2 bulan tu aku berubah jadi yang terbaik untuk dia tapi aku tak mampu tipu diri sendiri.

Aku bukan wanita yang terlalu mulia untuk terima poligami menyakitkan ini. Aku pecat biawak tu hari tu juga.

Bahkan suami aku cakap dia dah pindahkan biawak tu ke tempat jauh daripada aku supaya aku tenang. Tapi suami aku penipu. Rupanya dia duduk sekitar pejabat suami aku, suami aku hari-hari jumpa dia.

Apa yang menjijikkan ialah suami aku cakap dekat kedai aku ni ceruk mana je dia tak sondol biawak tu. Aku tahan je. Aku rasa laki aku ni mental dan nafsu binatang.

Dia cakap budak 17 tahun ni boleh layan dia banyak round satu malam sedangkan aku tak mampu begitu.

Anak 3 orang kau rasa kerja aku nak melayan laki setiap malam ke? Kalau laki sediakan semua A to Z bolehlah aku layan 10 round tapi dalam rumah tu balik kerja dia hanya goyang kaki.

Lepas kantoi kawin dua barulah rajin nak tolong masak ape lah, tak guna.

– Adibah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *