Jangan Bongkak

Assalamualaikum semua. Sebenarnya dah lama aku tergerak hati nak berkongsi cerita di sini.

Semalam aku ada baca satu confession “Aku Melayu” (https://iiumc.com/aku-melayu/), yang aku rasa nak berkongsi pengalaman yang bukan berkenaan racism tetapi lebih kepada culture kerja yang pada aku sampai sekarang aku masih tak faham, apa salah aku?

Nama aku Audiya (bukan nama sebenar), aku graduate pada 2 tahun lalu and selama 2 tahun ni aku dapat berpeluang untuk bekerja di 2 company start up yang popular di Malaysia.

Dan company yang kedua ni lah di mana aku rasa memang menggugat jiwa raga aku. Company ni lah yang dulu Syed Saddiq ada keluarkan kenyataan “Jangan bongkak” dan menjadi antara pilihan kita untuk digunakan semasa MCO ni.

Okay back to the story, aku sangat lah happy masa dapat bekerja di sini dan aku berazam untuk buat yang bersungguh untuk tetap di sini untuk masa yang lama.

Tetapi apa yang mematikan langkah ku adalah toxicity yang tak pernah aku nampak sepanjang aku hidup dan permainan tikam belakang yang aku tak sangka sebab aku ni mudah percaya orang dan selalu bersangka baik. Jadi disebabkan personaliti aku, mungkin kerana itu lah aku tak dapat berada di situ.

Pertama, bos besar dalam team aku memang dah mark aku sebab aku bukan pak turut, bila ada yang salah, aku suarakan untuk kebaikan bersama dalam team; itu memang niat aku.

Selama ni aku tak dapat fikir kenapa dia macam semua nak cari salah aku? Aku ingat aku ni memang tak good enough, apa yang aku perlu improve aku fikirkan masa tu. Sebab pada aku dia orang baik, tak nampak macam orang jahat yang ada niat jahat.

Aku dah terima, okay aku salah. Aku akan cuba buat lagi baik. Tetapi after sudah terang lagi bersuluh apa yang aku achieve, dia kata not good enough dan dia kata kena achieve mcm ni (dia bagi target) pastu baru dia akan confirmkan aku.

Aku kata okay, fair enough. Aku akan cuba terbaik, aku boleh! Sebulan kemudian, aku dah achieve target tu tapi instead of confirmkan aku, dia bagi aku PIP (ni untuk pekerja yang tak achieve target)

Dan sebab aku argue balik, aku kata this is unfair treatment, ada team kita yang lain lagi rendah dan tak achieve target pun kenapa aku yang dikenakan macam ni? Aku kata kat dia, aku tak faham. Tapi aku akur sebab dia dah buat keputusan, aku sign surat tu.

Kemudian, aku dipanggil balik sebab HR tak terima apa dia buat sebab aku masih under probation jadi aku takleh kena PIP tu. Jadi dia tarik balik tetapi aku diserang cara lain.

Dia lantik team leader yang tiada pengalaman lagi (takpe lah kalau takde pengalaman kita boleh belajar) tetapi team leader aku ni nauzubillah, aku taktau nak cakap. Aku mintak dia tak lalu kat depan aku sebab aku tak kuat nak tahan lagi kemarahan aku.

Kita bagi la nama team leader ni B sempena seekor haiwan ternakan yang popular.

Okay lah, B ni kata dia nak jumpa dengan aku untuk meeting pasal PIP aku yang cancel tu, dia nak tau cerita daripada aku sendiri dan pada masa tu aku rasa lega, ada orang neutral yang akan menjernihkan yang keruh. Kemudian bos besar aku ni kata dia nak join meeting sekali.

Aku pelik la kata nak dengar daripada side aku, kenapa dia nak join? Rupanya kengkawan, dorang nak tembak aku bersama-sama.

Bukan 2 orang ye, ada sorang lagi jugak guna speaker (dia ni sebelum B sampai dia ni interim team leader tapi dia takde pun kat tempat keje physically, dia kat area lain so semua online je), bersama lah menembak aku sampai speechless.

Yang B yang baru join berapa hari pun menembak dengan point lemah yang bagi aku mindblown sampai tak terkata. Bos besar aku banyak diam and dengan muka ketat and lagi sorang kat speaker tu dia jenis cakap laju and aku pun tak faham.

Kenapa dia hentam aku? Aku takde masalah dengan dia, aku buat keje okay, tapi kat sini dia nak pertikaikan oh memang aku achieve tapi ada yang ter key in 2 kali activity yang sama so tu lah point yang dia ulang2.

Lepas habis sesi menembak tu aku rasa nak menangis. Aku rasa apa salah aku?

Point yang mereka serang bukan lah banyak pasal kerja tetapi pasal personaliti aku, katanya aku tak join sosial gathering (sebab tak datang satu impromtu dinner yang pada masa tu aku memang tengah keje and last minute aku jauh jadi memang tak sempat),

Aku tak jawab phone (sekali je tak jawab sebab tengah meeting dengan client tapi aku message balik sebab after office hour) dan dipertikaikan kenapa aku takde kat office padahal aku keje outdoor.

Aku jadi low motivation and self blame lepas ni, dan aku dipaksa untuk dapat target lebih daripada apa company set, apa yang bos besar set itulah target aku. Tapi dia bagi masa 2 minggu untuk achieve bukan sebulan, terima kasih ye wahai bossku.

Yang si B ni aku tak faham kenapa dia attack aku dalam meeting tu jadi next week tu aku slow talk, dia kata dia dengar drpd bos besar semua benda negatif “She said she do this but no result..” “Someone said she did not reply message…”

Aku pada masa tu terkejut bila dia kata no result apa aku buat jadi aku tunjuk kat dia based on numbers, B kata okay nanti dia talk balik dgn bos besar.

Pastu aku kata lah interim team leader tu pun bagi aku terkejut bila dia hentam aku, B kata dia pun tak pasti sebab masa dia cakap dengan dia, dia kata “I dont know what to say lah, I’m not even here, her numbers okay, I don’t know much…”

Jadi kat sini conclusion is semua bos besar yang suap info dan yang lain takut dan follow apa bos besar nak. Kat sini tak kira numbers cakap apa, kalau dia dah mark memang hidup aku takkan senang.

Kenapa dia mark? Sebab aku berani suarakan pendapat dan berani betulkan dia. Kawan, mula2 aku tak salahkan dia pun, aku salahkan diri sendiri tetapi aku berkawan rapat dgn HR, dorang pun ada pengalaman buruk bila kena deal dengan bos besar aku.

Dia tak boleh kena tegur, jenis orang yang dia semua je betul. Bila HR cerita, baru aku terima, bukan salah aku. Aku dah cuba, dia memang tak boleh kalau orang tak kiss ass dia bak kata orang putih.

Jadi aku bukan jenis yang kiss ass lah, aku ada prinsip dan aku buat keje aku. Aku honest, aku tak menipu, aku tak tikam belakang, aku cuma nak bekerja mencari rezeki tetapi dalam dunia sekarang ni, kalau bukan cunning and kiss ass ni adakah kita akan climb the social ladder?

Aku taktau jawapan untuk soalan ni. Aku harap cerita aku kongsi ini dapat memberi pengajaran pada orang lain, dunia kerja lain sekali dengan apa yang kita fikirkan.

Aku tak sempat untuk bercerita lanjut pasal B tetapi dia ni kiss ass to the core, dia ikut je cakap bos besar macam lembu dicucuk hidung dan setiap apa aku kata takde makna pada dia, sebab sapelah aku ni. Dia rasa dia kat atas, aku kat bawah.

Company ini sungguh superficial dan memang tak jaga pekerja dengan baik. Tiada sesiapa boleh tolak apa yang management cakap, sebab kita takde suara. And management semua bukan orang Malaysia.

Betul lah apa Syed Saddiq cakap, jangan bongkak; tanpa orang yang bekerja dan membeli dekat bawah ni, company kamu takkan kemana.

Terima kasih kepada yang sudi membaca.

– Adam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *