Assalamualaikum dan salam sejahtera, ini bukan kali pertama saya confess kat platform ni. Saya rasa dah masuk kali ketiga cuma berbeza tajuk confession.
Confession saya kali ni pun masih berkaitan dengan personal life saya jugak.
So macam ni, saya ni seorang yang introvert. Sejenis berat mulut untuk senyum dan bertegur dengan orang yang jarang2 jumpa atau baru jumpa.
Tapi macam mana pun, kalau orang tu senyum saya mesti cuba balas balik (kadang2 saya terbagi senyuman agak bitter) dan kalau orang tegur pun mostly saya akan jawab dan respond. Sama ada dengan bercakap atau reaction.
Tapi, saya tak faham kenapa ada sesetengah individu yang seakan meletakkan golongan introvert ni sebagai golongan yang anti sosial.
Minta maaf ye saya cakap, sebab saya sangat tak setuju dengan fakta ni. Walaupun ada fakta yang menegakkan begitu, tapi hakikatnya kami yang introvert ni sangat berusaha untuk lawan situasi kami ye.
(Minta reader komen kalau setuju) dan saya pulak tak pasti sama ada cuma saya je atau semua golongan introvert ni tak minat dengan extrovert.
Bagi saya la kan, bila kita bergaul dengan extrovert, kita akan rasa diri kita kecillllll sekecil kuman yang kena duduk dalam dewan peperiksaan atau dewan kuliah. Dengan suasana bingitttt, saya serabut. Sebab saya lebih sukakan kedamaian.
(Walaupun ini pilihan, tapi saya terpaksa memilih untuk kahwin dengan orang extrovert. Yang tahap extrovert dia macam boleh buat sakit hati. Sebab dengan semua orang pun dia boleh menegur. Eg; kawan perempuan @ bekas awek dulu2)
Tapi saya taknak explain lebih part ni sebab bukan issue semasa. Hahahaha, saya pun lebih memilih untuk diam jelah. Ok stop part atas.
Kite nak mula part kenapa terjadinya confession ni.
So, bila kita ni introvert betul ke kite tak pandai melawan atau balas balik semua kata kata keji atau sebagainya yang dilontarkan masyarakat dekat kite?
Sebab saya jenis boleh hadam pulak. Contohnya macam ni la ye, saya ni memang tau saya memang ada banyak kekurangan dari segi akademik.
Jadi nya untuk dapatkan kerja2 semua agak susah la bagi saya. (Sebenarnya bagi orang luar yang suka sibuk hal saya)
Kiranya orang luar berfikir, “ohh dia ni mesti jenis kerja supermarket je yang layak. Kerja2 ofis ni dia takkan dapat lah, sebab takde qualifications”
Tup tup experience saya adlam clerical and admin task kira excellent laa. Jadi manusia2 ni tak puas hati.
Sebab yang ni memang saya ada dengar, mulut2 cakap belakang lah. Tak nafikan, memang saya pun tak bagitahu pun tahap education saya.
Cuma masa interview saya akan research betul2 background company baru dan saya akan gunakan apa2 experience saya yang related dengan industri company tu.
So far saya rasa, sepanjang saya bekerja tak pernah ada issue padal education. Sebab saya perhati, orang yang highly educated pun bebal. Bukan semua laa, suku suku separuh.
Jadi bila saya dengar orang cakap pasal masalah saya, saya diam. Tak balas, tapi saya berfikir.
Kenapa orang suka cari kesalahan saya sedangkan dia tahu level dia lebih tinggi dari saya. Kenapa dia insecure dengan apa yang saya cuba capai?? Tolong komen, ini masalah hati atau masalah benci?
Kedua, saya ni jugak bermasalah dalam soal zuriat. Bukan bermasalah dari segi penyakit la.
Sebab saya dah check, memang tak ada apa apa masalah. Saya pernah juga keguguran, saya anggap masih bukan rezeki saya.
Dan saya enjoy je life saya walaupun serba serbi kurang. Tapi macam saya cakap lah.
Akan ada orang yang tak puas hati. Walaupun tengok saya dan suami bahagia.
Allah, saya betul2 tak faham. Sebab saya diam ke orang senang bagi setepek kat saya.
Baru2 ni, saya ada jaga anak buah sekejap. Sementara kakak saya balik kampung suami beberapa hari.
Jadi saya tolong jagakan kebetulan saya pun tengah apply annual leave. Saya bawa dorang ke taman, dan terjumpa dengan kenalan yang tak rapat dan jarang2 bertegur.
Dia tegur “hai (nama saya rahsia) tahniah dah ada anak dah awak. Berapa lama tunggu ye? Lama juga kan, alhamdulillah akhirnya rezeki awak kan?”
Saya senyum lebar (senyuman yang bukan bitter, sebab saya suka orang cakap macam ni. Saya anggap doa) dan saya jawab,
“Aamiin aamiin yarabalalamiin, tapi ni anak buah je. Tolong kakak jaga kejap. Btw terima kasih tegur, takpe jgn risau saya tak ambil hati” sambil tepuk2 manja bahu dia.
Sebab perasan muka kita macam tersentak lepas saya jawab bukan anak saya.
Maybe dia serba salah waktu tu. Tapi dengan laju dia balas “laaa iye ke?”
“Saya tak tahu. Maklum laa lama sangat tak jumpe kan.”
“Tapi takpe laa awak rajin jaga2 kan anak orang kan. Yelaa nak tunggu pun berat jugak.”
“Lagi pun kalau awak jaga tak rasa penat sangat macam mak2 betul jaga. Sebab kejap2 je, tapi boleh la buat2 dengar riuh suara budak.”
“Kalau kite ni hari2 dengar tepuuu jugak”.
Saya balassss dengan gelak tawa je. Sambil tengok anak dia dan anak buah saya main kat taman permainan tu, dia diam termenung.
Saya agak dia mesti diselubungi rasa serba salah. Hahahahaha tapi rupanya dia cakap,
“Yelaaa, lagi pun kan beranak tu sakit.”
“Ibarat berapa ratus tulang dipatahkan serentak. Sakit dia bukan main2.”
“Untung awak jaga anak buah, tak rasa sakit beranak. ”
Sumpah masa tu saya bitter.
Dalam hati saya menjerit meronta menangis. Tapi luaran saya hanya mampu senyum kelat.
Saya cakap, “inilah kelebihan dan kekurangan saya yang Allah rezekikan untuk saya rasa. Takpe rezeki kita semua lain2”. Saya bangun sebab anak buah jatuh dan bergegas ajak anak buah beli aiskrim.
Sambil jalan saya angkat tangan lambat dekat kenalan lama tadi. Dia senyum sambil mengangguk pelan je.
Tak mampu saya nak hadap situasi tu. Hampir2 air mata saya jatuh.
Sedangkan suami saya tak pernah sekali pun tanya tentang rezeki. Orang luar tanpa serba salah bertanya ye.
Hahahaha, tapi sebenarnya ada lagi banyak yang saya dengar cerita kat belakang saya.
Ada yang doa baik2 (ramai yang doakan, sebab circle saya semua positive alhamdulillah, kalau bukan semua mungkin 80% adalah yang positif ) kenapa 80% sebab lagi 20% tu bercakap dan doa yang tak baik.
Contohnya, dalam keluarga side suami ada yang cerita yang saya tak mampu bagi zuriat dalam rumahtangga saya. Ada yang cerita sejarah keguguran lama buat saya susah nak melekat.
Ada yang kata kena kuat makan jamu baru mantap, buat apa2 terus melekat (macam dia) banyak lagi. Ada yang siap bergurau yang konon kelakar ya, “nak aku bagi tips tak ?”
Macam kite bodoh tak tahu sangat. Hahahaha, kadang stressss tapi saya biarkan jadi angin lalu.
Diam tak diam 8 tahun juga saya biar jadi angin lalu. Entah laa, saya ni nak kata diam lembut sopan sampai orang senang pijak tu takde la. Sebab saya kadang outspoken jugak.
Cuma mungkin sebab saya introvert jadi dorang tak nampak identiti sebenar saya. Atau dorang memang suka buat kerja tuhan.
Sebenarnya, achievement dalam pekerjaan saya dah hampir capai dah.
Achievement dalam life saya pun dah hampir 100%. Achievement dalam soal zuriat pun dah terjawab.
Cuma saya tak pilih untuk expose semua ni. Walaupun bukti ni boleh buatkan semua mulut terdiam sambil mata terbeliak, tapi takpe.
Saya memang tak berminat nak expose segala achievements saya. Biarkan mereka sibuk dengan hidup mereka yang suka ambil kerja tuhan.
Jangan kita yang ambil kerja Tuhan.
– HAMBA KERDIL (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
yes sis.. pekakkan telinga butakan mata saja pada org yg jenis buat kerja tuhan ni.. sy doakan semoga sis dan family sentiasa sihat dan dilimpahkan rezeki yg baik. amin2