Salam semua, aku NonaManis, seorang isteri berumur 29 tahun dan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta.
Hubungan aku suami isteri sangatttt baik. Suami aku sangat baik orangnya. Aku rasa macam baru kahwin, walaupun dah lama, sebab tu lah, suami aku still sweet sampai sekarang. Hahaha, saje nak bagi yang single rasa nak lipat bumi. Btw, kitorang belum ada rezeki anak, doakan kami ya.
The problem is, aku rasa encik manager kat tempat aku tu something fishy. Bukan aku je yang perasan, baik staff lelaki, baik staff perempuan, ada yang perasan and suruh aku hati-hati sebab aku wife orang and encik manager tu bujang.
Aku baru setahun lebih kerja kat sini. First time aku masuk, staff lama dah cerita pasal encik manager ni, biasalah, staff lama akan cerita perangai atasan diorang dekat budak baru, takut budak baru buat silap kan.
Menurut cerita mereka, encik manager ni seorang yang sangat serious, tak banyak cakap, garang, dingin dengan staff. Aku pun beria angguk-angguk macam burung belatuk nak hafalkan perangai sorang2.
So, first time aku jumpa manager ni, betul lah apa yang mereka cerita. Aku pun okay je, tak ambik port, asalkan tak kacau kerja aku. Tapi nya, kali kedua jumpa dan sampai sekarang, apa yang mereka cerita meleset sama sekali.
Encik manager tu dah berubah, dengan aku especially, dia jadi banyak cakap, banyak cekadak, suka gelak, and suka menyakat. Pelik kan? Benda tu staff lama cakap 90 darjah terbalik tau, selama ni nak nampak dia senyum pun susah, sekarang nak tengok di serius pulak yang susah.
So, macam biasa lah, akak2 bawang tu mula lah bergosip bukan2. Aku malas nak ambik port sebab niat aku nak kerja, bukan nak menggatal or nak mencurang.
Lepas tu, ada satu hari hari suami aku tak boleh jemput, so aku decide naik grab. Eh, mamat manager ni nampak aku tak balik lagi, mula la dia soal macam2. Bila tau aku nak naik grab, dia beria-ria nak hantar.
Aku tolak dengan baik, aku cakap aku dah order grab, and aku takkan cancel order, kesian kat driver grab. Gila apa, mungkin ada yang cakap “alah, orang tu nak tolong hantar balik je”..
Oh, no okay. Aku takkan bukak ruang macam tu, kita ada option lagi baik. Aku tak nak ada gosip2 liar or memulakan sesuatu yang tak manis dipandang.
Next, banyak lah kejadian2 yang macam menunjukkan mamat manager ni macam nak mendekat dengan aku. Aku pun tak faham, aku ni isteri orang kot. Status whatsapp aku dia rajin komen, sampai aku hide dia, hahaha..
Selalu belanja aku makanan, and of course aku tak makan. Aku tak berani, aku bukan bersangka buruk tapi lebih baik berhati-hati. Aku akan bagi dekat kawan2 yang lain tanpa encik manager tu nampak.
Benda ni jadi nampak ketara, sebab sebelum ni dia tak pernah baik dengan staff macam ni tapi bila dengan aku dia buat benda2 yang tak pernah dia buat.
Benda ni aku tak cerita kat husband, tapi tapi naluri suami kot, dia dapat agak. Sebab office aku ni selalu jugak buat gathering sesama staff. Annual dinner, family day. So, time tu of course aku bawak husband aku, kat situ husband aku boleh perasan, and dia cakap kat aku.
Dia boleh rasa encik manager tu ada hati wife dia, aku pun cerita lah apa yang jadi sebelum ni. Mujur suami aku cool, dia cakap kalau ada gangguan lagi bagitahu dia and terus resign. Mujur dia bukan jenis baran tak bertempat.
So, point aku kat sini. Aku sendiri kena kuat iman. Aku kena sedar diri aku dah bersuami and jaga jarak dengan staff berlainan kaum ni. Benda ni takkan jadi curang kalau dua2 tak melayan.
Aku dah ada suami yang perfect 10 pun dah cukup baik. Ya, dari segi kewangan, mesti si manager tu lagi bagus, suami aku kerja biasa2 tapi sikapnya sebagai suami sangat luar biasa. Aku sangat menghargai suami aku. Aku takkan jumpa sikap baik dia ni dekat lelaki lain.
Aku selalu cakap kat suami aku, “sayang tahu abang bukan orang senang, tapi sangat menyenangkan sayang”, tu je ayat aku selalu ulang bila dia mintak maaf sebab tak mampu mewahkan aku.
Lastly, semoga readers semua doakan rumahtangga aku sentiasa bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh solehah.
– NonaManis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tahniah sis, teruskan perjuangan! semoga sis dilancarkan rezeki dan dipermudahkan urusan kalau sis kena cari kerja lain nanti. semoga sis suami isteri bahagia selalu, aamiin! :)
Allahuakbar semoga sis dilindungi Allah selalu.
.
Bahaya org macam tu aka psiko, tp staff akk sgt supportive utk inform tp kalau sy dulu bila sy cerita kat staff lain yg sy kena duk nganjeng lagi plus director company buat xtau je sbb manager tu bff dia sampaila sy sndiri angkat kaki sbb harrasment satu lagi tak bayar caruman