Jangan Bunuh Keyakinan Diri

Assalamualaikum

Terima kasih IIUM sudi siarkan cerita aku. Aku lahir dalam keluarga yang bahagia namun kurang dari beberapa aspek.

Sejak kecil, ibuku sangat kuat berleter terhadap kami adik beradik. Jika berleter seperti biasa itu tidak ada masalah, namun sering kali disebut perkataan yang tidak sepatutnya such as ” tak boleh diharap”, “lembap”, “hitam”, “gemuk”, dll. Selain itu jika kami membuat silap di hadapan orang luar, ibuku tidak terlepas membebel sebegitu rupa tanpa mengambil kira air muka anak-anak. Jadi aku membesar dalam keadaan percaya aku adalah apa yang ibu aku sering katakan. Namun ada antara adik beradikku apabila meningkat dewasa, mereka bertindak kurang hormat (dari segi percakapan) dengan ibuku. Itu aku katakan kesan penderaan emosi – protes mungkin.

Namun setelah kami berkahwin, ibu semakin menjaga tutur katanya mungkin kerana segan dan hormat dengan pasangan kami. Tambahan suamiku yang sangat sopan melayani orang tuaku dan lemah lembut bicaranya, menyebabkan ibuku hampir mustahil hendak berleter dihadapannya sekarang. Mungkin juga faktor usia menyebabkan ibuku lebih tenang.

Aidilfitri lepas, berkumpul kami satu keluarga. Aku melihat salah seorang dari adik beradikku mewarisi sifat ibuku. Menengking anaknya yang masih kecil dihadapan kami semua termasuk kedua org tuaku. Selain itu memperlekehkan kekurangan adik beradik yang lain dihadapan orang ramai, disambut dengan ketawanya serta pasangannya.

Aku yang kenal sifatnya dan kekurangan dirinya, hanya menahan diri dari menyebut dan mentertawakan semua kekurangan yang ada pda dirinya. Pasti aku akan membenci diri sendiri jika aku membalas kembali perbuatan jahatnya, kerana apalah bezanya kami.

Jadi aku keep on positif dan istighfar. Aku sabar kerana masih ada rasa sayang terhadap saudara kandungku. Aku juga sedar ego yang meninggi pada dirinya. Selain itu, aku percaya orang yang suka memalukan dan merendahkan orang lain, sebenarnya mereka ini mempunyai self-confident yang rendah. Maka bagi mereka, jika dapat merendahkan orang lain, mereka akan kelihatan lebih hebat. Maka golongan ini harus dikasihani, bukan dibenci. Hehe

Jadi ada beberapa perkara yang ingin disimpulkan:

1. Membebel itu tidak salah, tapi jangan dilabel anak-anak dengan panggilan yang negatif kerana anda sedang membunuh keyakinan diri mereka; and of course kata-kata ibu itu doa yang makbul.

2. Respect your children. Anak kecil ada maruah, ada air muka. It’s ok to marah anak yang nakal depan orang luar kalau anda rasa itu yang terbaik. But for me it’s better to marah-marah dengan manner yang betul serta tidak menjatuhkan air muka anak.

3. Aku selalu bertembung dengan family yang adik beradiknya membuli sesama sendiri. Macam mana tu? Biasanya dalam ahli keluarga pasti ada seorang yang kekurangan something, seperti paras rupa or education or even not up-to-date dengan fesyen semasa. Tapi tu bukan lesen untuk mereka dibuli, dikutuk dan diperlekehkan. Percayalah, sikap ini akan berlarutan diikuti anak-anak anda. Kalian sedang mengajar anak anda bagaimana mendera emosi orang lain.

Sekian

– Aku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit