Jangan cuma reti buat anak!

Assalamualaikum admin… Mekasih admin sebab sudi postkan confession aku. Bila tengok mcm2 confess dalam ni, aku pun tergerak nak meluah pwrasaan dalam ni.

Aku ade sorang kawan ni..baru grad,dapat keje terus kawen.. beliau baru je kawen dalam 5/6 bulan lepas.. baru2 ni dia dapat tau wife dia (kwn aku jugak) preggy. Lalu datanglah dia pada aku dan husband aku untuk mengadu nasib. Macam2 dia rungutkan.. dari perihal keadaan rumah sewa (kondo) yang tak selamat sampailah ke bab kos perbelanjaan dan tanggungan baby yang bakal diteran keluar dalam jangka 9 bulan akan datang. Aku dan suami yang mendengar tak tahu nak cakap apa. Sebab kami pun baru kawen…hukhuk.

Satu je aku nak cakap..JANGAN BUAT ANAK KALAU TAK READY! Berkahwin tu perlu dalam Islam.. anak itu pulak rezeki. ALLAH bagi rezeki pada mereka yang berkahwin..jangan pulak kau tolak2 dan rungutkan sampai berbakul bakul.

Sedang aku dan suami mengharap cahayamata, si kawan kami ni pulak asyik dok mengharap  wife dia xpreggy (walaupun UPT dah kata positippp). Dekat sejam kami bertiga berbual, aku dan suami cuba tenangkan beliau, mintak istighfar banyak-banyak dan bersabar. TUHAN pasti bukakan jalan, tapi apa yang keluar dari mulut beliau cuma “serabutnya aku”,”serabutnyaaaa”….x habis2 dengan serabutnya! Kami lagi serabut tengok prangai beliau!

ALLAH bagi rezeki, engkau tidakkan rezeki tu…jangan sampai ALLAH tarik semula rezeki tu dan tak bagi-bagi dah rezeki tu pada kau lepas ni!

SENGAJA BIARKAN DIRI DIKELILINGI HUTANG

Bagi aku silapnya langkah beliau ni bermula dari awal lagi, proses majlis perkahwinan belah perempuan,beliau yang keluarkan belanja. Yang belah diri sndiri pun beliau jugak yang tanggung. Sedangkan Islam dah wajibkan sejak awal lagi, yang belanja kahwin si anak perempuan tu si bapa perempuan yang tanggung. Dah kenapalah bendul sangat nak menyusahkan diri,dibebankan hutang untuk majlis kahwin dua-dua pihak.

Aku tak pergi ke kenduri beliau di Johor,tapi aku pegi belah perempuan (wifey beliau) kat Perak, memang granddddd kau kata mat salleh…aku rasa terbang jugaklah dekat 20k untuk majlis si perempuan saje, belum lagi majlis belah beliau sendiri..

Akibatnya, lepas kahwin, rumah depa ‘kosong’ tak de prabot. Lepas kahwin, sparuh gaji si kawan aku ni terbang ke bank,buat membayar segala hutang piutang yang bukan sedikit.

Bila insan baru nk hadir, beliau tak cukup persediaan…

MENABUNGLAH SEBELUM RANCANG PERKAHWINAN

Aku dan suami hanya ambil masa beberapa bulan untuk berkawan, kemudian once kami sentuh bab kahwin, aku dengan suami sudah mula sama2 menabung dan simpan duit. Pendek kata, sebelum bertunang lagi kami dah ada simpanan sikit demi sikit utk masa depan kami.

Tabungan kami sampai melibatkan lima akaun bank masing2. CIMB, Bank Islam, RHB, Tabung Haji, bank mana kami tak smpn duit? You name it. Semua bank kami jadikan tabungan simpanan.

Nak kahwin kan? So kenalah secure masa depan. MAKE YOURSELF READY. Kita tak tahu apa yang datang kat depan mata kita. So simpanan tulah yang akan membantu nanti. Lepas kahwin kita mesti nak menyewa rumah sendiri, nak juga ada privasi dengan pasangan kan? So deposit rumah tu nak cekau kat mana? Barang2 rumah macam penyapu, tong sampah, sabun2 segala macam, barang-barang beku, barang-barang pasar, mana nak prepare semua tu kalau duit tak ada? Itu tak sentuh lagi bab perabot macam tilam katil tv segala bagai….tulah gunanya menyimpan..

Aku kenal dengan suami dalam tempoh 2tahun 3bulan. Bertunang pulak tempoh setahun 4 bulan… Bermakna, 1 tahun 10 bulan kami ambik masa nak menabung.

BERKAHWINLAH DENGAN KEMAMPUAN

Buat sekadar perlu. UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI. Jangan kau dah tahu diri sendiri bergaji tak tinggi mana, tapi berangankan pelamin che ta. Dah tahu kerja biasa-biasa, dok pasang cita-cita nak keliling dunia cari design kad kawen dengan goodies.

Aku dan suami SEDAR DIRI kerja kami tak semenggah mana.Gaji pun cukup2 lepas nak bernafas. Senang cerita, kami masih ditahap miskin bandar (Gaji bawah masing2 RM3k ke bawah!) Tapi alhamdulillah majlis kami buat seringkas yang boleh. Wang Hantaran pon papa aku kata bagilah ikut kemampuan menantu kesayangan dia tu…sikit pun dia tak berkira.majlis belah aku, papa aku tanggung sendiri…Sebelum kahwin kami dah mula beli perabot kat Ikea dan pasang ramai2 kt rumah sewa baru dengan bantuan adik bradik(tak mampu nak upah staff ikea untuk pasangkan). Sebelum kahwin kami withdraw dari 1 akaun ke 1 yang lain. Cntoh, akaun CIMB untuk deposit rmh. Akaun Bank Islam untuk barang dapur. Begitulah ceritanya..

Sendiri nak hidup, kan.. jadi pandai2lah merancang. Ramai persoal aku, kenapa berani sangat simpan duit dalam akaun seseorang yang belum tentu sah jadi suami kita? JAWAB AKU MUDAH JE…kalau kita tak percaya dia, jangan rancang perkahwinan dengan dia. Dan lagipun… bukan aku je yang masukkan duit dlm akaun simpanan suami aku…suami aku pun masukkan simpanan dia dalam akaun simpanan aku..lepas masing2 menyimpan,aku bagi dia pegang kad bank aku and dia bagi aku pegang kad bank dia..Setel.

3 daripada akaun bank adalah milik aku. Selebihnya, encik suami yang punya.

Sekarang Alhamdulilah hidup berdua tidakla mewah macam retis, tapi tiap2 bulan cukup untuk kami berdua.

PERKAHWINAN BUKAN TRENDING.

Sekarang memang ramai kahwin muda. Bukak je fb berderet pasangan kahwin tiap-tiap minggu. Jangan kerana kita tengok orang itu kahwin, si polan ini dah kahwin, kita pun ikut sama nak kahwin. DUT TAK ADA!  Tapi sebab tengok mmbe2 sekeliling dah kahwin, kita pun ikut gatal sama nak mendirikan masjid. Pergilah kita merangkak cari bank sana cari bank sini untuk buat loan semata-mata nak kahwin.. pinjam sampai 10,20,30k…tapi semua untuk kahwin, lepas kahwin pulak macam mane? Ada tak terfikir?

Hakikatnya, kita tak sedia dari segi mental fizikal, tak sedia pikul tanggungjawab, tak sedia dengan sebarang kemungkinan dalam alam rumahtangga..

Akibatnya, belum apa-apa lagi kita tergelecek tersungkur….

– HT

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit