Assalamualaikum WBT. Nama aku Orked. Aku salah seorang nurse di salah sebuah sektor swasta.
Aku terpanggil untuk berkongsi beberapa kes yang aku pernah hadapi sepanjang bekerja disitu. Yang ingin aku kongsikan adalah keguguran.
Yaa dengar macam biasa, tapi luar biasa bagi aku kerana bayi itu tidak berdosa. Melainkan menghidap sakit yang melibatkan nyawa hingga terpaksa gugur maybe its okay. Nak selamatkan nyawa dan tak nak tanggung risiko di kemudian hari. Tapi gugur sebab tak nak bertanggungjawab tu tak okay. Dah buat dosa eh boleh pulak tambah dosa lagi.
Majoriti pesakit yang datang nak gugurkan kandungan adalah pasangan melayu dan belum berkahwin. Allahuakbar ! Sanggup pulak tu habis duit beribu ringgit hanya semata mata kerana tak nak melihat benih janin masih melekat di rahim itu. Allah. Mana iman dan akalmu wahai manusia. Sanggup kau buat dosa dan buang bayi yang masih bernyawa.
Aku terdiam sewaktu scan baby dan beliau mengatakan “kami belum berkahwin!” Allah, aku tampar perlahan pipi aku. Ya bukan mimpi, sejak dari itu aku sudah lali dengan semua ini. Risau melihat anak muda yang terlanjur, dan tidak berfikir panjang tapi ingin mengugurkan kandungan. Jadilah seorang yang bertanggungjawab please.
Sungguh, terlalu ramai pesakit yang scan baby tapi belum berkahwin ! See boleh bayangkan generasi akan datang andai tidak dikawal dari sekarang. Aku belum berkahwin, ya aku tak ada anak. Tapi risau bila melihat depan mata macammana kelak jika aku ada anak. Mampukah aku jaga dia sebaik aku jaga diri aku sendiri.
Bercinta itu tak salah, hak mutlak sendirian berhad. Tapi jangan kerana melayan perasaan cinta hingga ternoda. Kau akan menyesal kemudian hari, bila dia enggan bertanggungjawab kau terkapai-kapai seorang diri. Dan janin dalam rahim kau tidak berdosa dan dia nak kau tambah lg extra dosa untuk gugurkan. Allahuakbar think first before you did!
wanita tu keluar dari bilik dengan muka yang happy, mungkin teruja dan tak sabar ingin lahirkan sempurna. Tapi Si lelaki pula enggan bertanggungjawab dan suruh wanita tu gugurkan kandungan tu segera. Even kandungan tu dah besar dan risiko melibatkan nyawa jika dia gugurkan. Hampa wajah wanita itu aku saksikan. Kecewa mungkin.
Dari raut wajah dia tadi, aku lihat dia happy. Raut wajah berubah bila lelaki itu tinggalkan dia dan inginkan bayi itu digugurkan. Risiko nyawa kau masih nak wanita ini berkorban? Mana sifat belas kasihan kau. Kita tak tahu bagaimana hidupnya selepas ini. Berkorban jiwa raga hingga tergadai maruah aku rasa sudah cukup buat dia menyesal seumur hidup.
Lelaki itu kecewa mungkin kerana diberi nasihat untuk segera menghalalkan hubungan. Laju berjalan melulu meninggalkan pasangannya seorang diri. Dari sudut itu aku melihat mungkin dia tidak bersedia untuk jadi seorang ayah, tak nak beri sepenuh komitmen dan dia masih nak enjoy dengan life dia.
Girls, beware dengan lelaki seperti ini. Check pasangan anda, make sure dia betol betol ready to be in halal relationship. Dont waste your time ya. Cari lelaki yang ikhlas nak kan anda, bukan anda yang nak kan dia .
Dan aku, hanya mampu melihat babak lakonan manusia yang aku tonton sekarang dan berdoa agar lelaki tu bertanggungjawab dan tak melarikan diri macam drama Akasia pukul 7 tu. Serius sedih, sedih kerana melihat wanita dijadikan tempat untuk bersandar lalu pergi bila tak inginkan. Sudahlah kau ragut maruah dia, kau tinggalkan dia dan kau suruh pula dia gugurkan anak kau.
Allah, moga Allah bukakan pintu taubat untuk kau seluasnya. Moga kau jadi insan paling baik disisi Allah.
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
Surah al-Isra’, 17:32
Berkata Ibn Kathir dalam Tafsir-nya bahawa Allah melarang para hamba-Nya daripada melakukan zina dan juga perkara yang membawa dekat kepada zina seperti sebab-sebab dan seruan-seruannya. Rujuk Tafsir al-Azim (5/72).
Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، والقلب تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.”
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Jelaslah maksud “jangan mendekati” dalam al-Quran menunjukkan bahawa semua sarana yang membawa kepada zina seperti pandangan mata, sentuhan dan berkhalwat adalah haram dan dijauhi, walaupun dikira sebagai dosa-dosa kecil.
Di dunia yang fana boleh lah berseronok melayan perasaan cinta, tapi Akhirat jangan dilupa.
1.Mengikut hukum Islam, penzina yang belum pernah berkahwin disebat 100 kali sebatan sedangkan bagi yang sudah berkahwin, direjam sehingga mati.
2.Bagi mereka yang terlepas daripada hukuman dunia dan tidak bertaubat, para penzina digantung dengan kemaluan mereka di dalam neraka sambil dipukul kemaluan mereka dengan cemeti daripada besi sambil dicemuh oleh Malaikat Zabaniah.
3.Dicabut iman daripada dalam hatinya ketika berzina, seperti pakaian yang dicabut daripada tubuh.
4.Allah Taala tidak akan berkata-kata dengan orang tua yang berzina di Hari Kiamat, tidak mahu melihatnya (yakni membiarkannya), dan… 5.tidak menyucikannya daripada dosa-dosa dan baginya azab yang pedih.
6.Dianggap sebagai dosa paling besar selepas syirik kepada Allah dan membunuh nyawa tanpa alasan yang hak.
7.Dijadikan bekas seperti ketuhar dalam neraka bagi para penzina, yang sempit bahagian atasnya dan luas bahagian bawahnya, setiap kali disambar api mereka akan menjerit-jerit kerana panas yang melampau.
8.Kemaluan mereka akan berbau sangat busuk sehingga menyeksa para penghuni ahli neraka.
9.Iblis berbangga dengan para tenteranya yang berjaya menarik manusia melakukan zina hingga menganugerahkan mahkota istimewa kepada mereka.
10.Mendapat tiga keburukan di dunia; dihilangkan seri wajahnya, dipendekkan umurnya dan berkekalan dalam kefakiran.
11.Memperolehi tiga keburukan di akhirat; kemurkaan Allah, penghitungan amal yang buruk dan azab neraka.
12.Dijadikan sebatang sungai dalam neraka yang mengalirkan nanah dan muntah daripada kemaluan orang berzina yang menjadi minuman para peminum arak.
13.Dijadikan bagi mereka sebuah lembah di dalam neraka yang dalamnya ada ular dan kala jengking sebesar baghal, yang memiliki tujuh puluh duri yang berbisa yang mengengat para penzina selama seribu tahun sehingga terlerai dagingnya.
14.Dijadikan azab kubur baginya seperti azab separuh umat. Diharamkan syurga buat orang yang berzina sedangkan dia tahu perbuatan itu dilarang.
15.Selain itu, perbuatan zina juga boleh merosakkan nasab manusia dengan lahirnya anak di luar hubungan perkahwinan.
Semoga Allah mengampuni kita dan menjauhi kita daripada perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar. Wallahua`lam.
Bersihkan kembali dosa lampau, siapa tahu itu adalah dosa terakhir. Moga kalian istiqamah dan tak ulangi kembali dosa yang lalu. Bertaubatlah, Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Semoga yang membaca ini dapat ambil iktibar dari cerita aku yang tak seberapa ini.
Berkenalan, bercinta, bertunang bukanlah sesuatu yang membolehkan kita menyerahkan mahkota diri semudah itu. Yes bertunang, belum nikah lagi. Biar cinta yang halal selayaknya untuk kau serahkan.
Wanita, jaga diri sebaiknya. Jaga maruah diri & keluarga. Moga kita dipertemukan dengan insan yang baik, yang selayaknya untul kita.
Lelaki, jangan pula kau ambil kesempatan atas kebaikan dan kelemahan perempuan. Be a real man. Lelaki jaga diri jugak, jaga mata, Jaga iman.
Semoga lelaki yang membaca tidak terguris hati, limpa mahupun jantung. Coretan ini bukan untuk hentam semua lelaki, tidak weh tidak. Tapi untuk sesetengah lelaki sahaja. Lelaki mahupun wanita sama sahaja.
Akhir sekali,
Sebelum tutup tirai kisah ini. Mencintailah seseorang itu kerana Allah, kerana perasaan itu datang dariNya. Jangan cemari cinta tulus kerana nafsu. Kelak cinta itu akan mati dek kerana hilangnya perasaan itu tika kau sedari kau dikhianati jiwamu.
Terima kasih,
– Jelita Orked (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit