Jangan Dipersenda Rezeki Anak

Ini bukan cerita pasal orang yang dok tanya-tanya bila nak dapat anak ye. Ini cerita saya yang ditertawakan sebab dapat anak! Hah rare tak?

Begini ceritanya….

Pada tahun 2010, saya dan kawan baik saya,Cik Nuna, mengandung bersama-sama. Usia kandungan kami lebih kurang je. Kira punya kira, anak kami akan seusia la nanti insyaAllah… Boleh jadi rakan sepermainan gitu. Kitorang memang rapat dan selalu borak-borak tukar-tukar cerita & tips pasal hamil dan bersalin… Gembira sangat bila memikirkan keseronokan ada anak sebaya nanti… Boleh “playdate”… Jalan sama-sama….

“Fast forward”…. Anak kami membesar dengan sihat alhamdulillah. Anak saya, Fariz & anak Cik Nuna, Haikal, dua-dua boy… Ngam sangat lah kan jadi teman sepermainan. Jarak rumah kami tak lah jauh mana, dalam 30min… So bila-bila ada masa terluang terutama sekali hujung minggu, kitorang akan spend time sama-sama. Our husband pun boleh kamceng, so no problem nak lepak mana-mana rumah sambil borak-borak, masak-masak, anak-anak bermain…

Nak dijadikan cerita, tahun 2012, saya hamil anak kedua. Masa tu happy sangat, sebab walaupun Fariz baru nak masuk 2 tahun, tapi saya dan husband memang berniat nak “bagi adik” kat Fariz. Jangan tak tau, persiapan anak kedua kami boleh dikatakan lagi banyak berbanding anak pertama … Beli baby cot lengkap dengan bedding (Fariz co-sleep dengan kitorg), beli stroller baru dan sebagainya. Excited sangat nak bagi adik kat Abang Fariz.

Dalam kandungan saya menginjak usia 12 minggu, saya pun menyampaikan khabar gembira kat keluarga dan kawan-kawan baik melalui group whatsapp. Actually bestfriends ramai, cuma yang duduk dekat-dekat, saya dan Cik Nuna je. Yang lain semua duduk & berkerja di lain-lain negeri. Just in case korang tertanya-tanya hehe…

Maka berduyun-duyun lah ucapan tahniah, rata-rata semua happy sebab Abang Fariz tak lama lagi dapat kawan. Namun, sungguh tak sangka, respon dari Cik Nuna….

Cik Nuna: Rina, ko pregnant???

Cik Nuna: HAHAHAHAHAHAAHHA

Cik Nuna: Serious lah wehhh, anak kita kecik lagi laaaa…. Hahahahhaha

“HAHAHAHA”?

Saya tergamam. Tak sangka sungguh. Hati rasa tersiat dengan respon Cik Nuna. Ke tu sebab hormon eh? Saya pun tak pasti. Apa yang saya rasa… tersinggung sangat-sangat.

Group WhatsApp tu tiba-tiba jadi krik krik krik selepas respon Cik Nuna tadi. Mungkin dorang pun rasa…janggal? Entah lah. Tak nak keadaan “janggal” tu berlarutan, saya paksa diri membalas…

“Huhu ye Cik Nuna”

Dalam hati memang ber huhu la. Ucapan tahniah langsung takda. Ok takpa. Tak kisah.

Untuk pengetahuan semua, Cik Nuna ni orang nya sangat baik hati, jenis yang huha huha & easy going. Suka tolong orang selagi mampu….

Maka walaupun saya terluka disitu, saya anggap itu ucapan “refleks” dari dia. Saya takde lah nak persoalkan kenapa gelakkan saya? Tak nak mengeruhkan keadaan… Dan tak pula saya nak explain panjang lebar yang saya dan husband memang nak tambah zuriat.

Fast forward lagi….

2018 – Keluarga saya dah semakin membesar, anak pun dah 4 orang. Alhamdulillah… Rezeki bertambah-tambah. Tak lah kaya raya tapi hidup dengan selesa. Dulu menyewa, sekarang mampu miliki rumah sendiri.

Saya & Cik Nuna pulak masih seperti dulu, berkawan baik, dan sering berjumpa lepak seperti dulu. Acap kali jugak terdengar husband Cik Nuna gurau-gurau bila bermain bersama anak-anak kami, “Doakan rezeki uncle murah dapat bagi abang Haikal kawan ye…”

Ye, Fariz & Haikal dah pun berusia 8 tahun. Namun usaha Cik Nuna & husband untuk menambah anak belum lagi tertunai. Sejujurnya setiap kali terdengar “gurauan” sebegitu, saya terkenang saat Cik Nuna gelakkan saya dulu. Wallahi saya tak berdendam, tapi entah kenapa setiap kali teringat saat saya digelakkan, saya masih boleh rasa hati ni macam disiat-siat. Mungkinkah saya terlalu terluka pada masa tu? Jujur saya cakap, saya takda nak doa yang bukan-bukan hanya semata-mata saya tersinggung. Sumpah tak ada. Cuma sekarang ni, ada terdetik dihati….”Adakah ini balasan sebab ko gelakkan rezeki yang aku dapat dulu?”

Cuma terdetik dihati & tertanya-tanya. Itu sahaja. Saya sayangkan Cik Nuna dunia akhirat sebab dia kawan yang baik. Cuma tika itu sahaja dia melukai hati ini. Dah lama saya cuba lupakan tapi sentiasa teringat balik bila berbicara tentang rezeki zuriat ni.

Cik Nuna pulak memang berusaha untuk mendapatkan zuriat kedua tapi dia takda lah sampai nak tunjuk sangat. Saya pulak jenis tak akan bertanya sebab bagi sesetengah orang, benda ni sensitif. Cik Nuna pernah jugak up status kat FB pasal orang sekeliling yang tanya bila nak bagi Haikal adik. “kalau lah mudah mendapatkan zuriat…” So dari situ saya rasa benda ni sensitif, maka saya tak pernah nak tanya dia.

Sebenarnya, saya tak pernah luahkan cerita ni kat sapa-sapa, even suami sendiri or kawan-kawan baik yang lain. Saya sangat-sangat berharap dengan luahan ni, hati saya lebih terbuka dan saya boleh lupakan kisah yang menyiat hati itu.

“Cik Nuna, saya sayangkan awak. Saya doakan awak dikurniakan rezeki yang murah. Saya doakan Haikal cepat-cepat jadi abang. Kalaulah rezeki zuriat kamu tertunda disebabkan ini, saya maafkan kamu demi Allah. Saya mohon Allah kurniakan rezeki zuriat buat kamu.”

Your best friend,

– Cik Rina Dokeh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *