Hai semua. Aku berumur awal 30 an tahun ni, manakala suami pula muda setahun dari aku, ada anak seorang umur 3 tahun.
Bulan 12 ni genap 6 tahun kami berkahwin. Kami suami isteri yang bekerja.
Aku ada kisah yang mungkin membuka mata semua wanita yang dah berkahwin.
Sebelum ni dari awal-awal kahwin sampai la tahun ke 5 kami suami isteri tinggal sekali dengan ibu aku dan adik perempuan ku seorang. Ayah dah lama meninggal dunia.
Suamiku sejenis suami yang sangat sangat romantik dan lemah lembut terhadap aku. Boleh dikatakan suami aku adalah suami yang terpaling sempurna di dunia ni.
Jika di rumah memang akan suami and adik aku yang akan jaga anak aku 99%, manakala tugas aku hanyalah menyusukan anak walaupun tidak sepenuhnya.
Memandangkan kami tinggal bersama2 ibu dan adikku, ibuku yang akan memasak makanan kami sekaluarga, menguruskan hal2 rumah seperti mengemas rumah, melipat pakaian.
Ibu jugak menjaga anakku ketika kami suami isteri bekerja. Kadang2 jika kami suami isteri mahu me-time berdua ketika hujung minggu ibuku dan adikku akan menjaga anakku.
Suami ku seorang yang sangat memanjakan aku, tidak pernah sekalipun dia akan menyusahkan aku dengan melalukan kerja2 rumah,
Selama kemana2 memang dia akan hanterkan aku walaupun aku mempunyai lesen kereta, jika aku dapat pulang awal suami akan usaha juga untuk curi2 pulang awal dari tempat kerja kerana aku tidak suka menunggu.
Bahkan ketika setiap kali anakku demam dia yang akan bangun setiap jam untuk menjaga dan mengelap badan2 anakku dengan tuala basah supaya suhu badan anak tidak naik mendadak,
Tidak pernah sekalipun sepanjang lebih 3 tahun ni suami ku mengejutkan aku untuk menjaga anak yang sakit.
Di media sosial juga, suami ku adalah suami yang terpaling romantik dan sweet di mana kesemua story-post ku akan di like dan di comment oleh suami ku seperti “I love you. I love you both etc”
Di page2 lain juga suami ku akan sentiasa comment dan tag aku mungkin tidak seperti suami2 yang lain.
Suami ku jugak selalu datang ke pejabat ku menghantar surprise2 makanan/minuman ke office ku.
Jika sesiapa yang melihat post2 daripada instagram suami ku yang selalu meng’expose’ isteri dan anaknya pasti akan merasa suami ku adalah suami yang paling perfect.
Suami ku juga seorang yang sangat menghargai penat lelah isteri, bahkan ketika anakku berusia 1 tahun suami ku menghadiahkan iphone 12 pro sebagai penghargaan untukku yang melahirkan dan menyusukan anaknya.
Suami juga seorang yang suka bercerita dan berkongsi apa2 sahaja dengan aku,
Jika ketika aku work from home dia akan menelefon aku ketika dalam perjalanan pulang dan akan bercerita apa2 sahaja, seperti tidak puas hati dengan abang gemuk yang mengambil tempat parkingnya di parking rumah.
Telefon aku ketika dalam perjalanan untuk bermain badminton mengadu yang dia baru sahaja terlanggar kucing. Boleh dikatakan semua perkara yang berlaku suami akan bercerita kepada aku.
Handphone dia pun aku akan check setiap masa, and aku akan sentiasa check jika dia ‘online’ atau tidak, untuk mengelakkan sesuatu yang mencurigakan.
Jika pada waktu malam aku juga tidak akan benarkan dia berada di dalam bilik dan hanya benarkan dia berada di ruang tamu bersama sama aku dan hanya akan masuk bilik ketika aku sudah mahu tidur.
Ini semua aku lakukan sepanjang perkahwinan kami untuk mengelakkan dia melalukan sesuatu di belakangku ketika di dalam bilik.
Suami ku juga seorang yang sangat rapat dengan keluargaku memandangkan dia satu2 nya lelaki di dlalam rumah kami yang menjadi sumber harapan kami sekeluarga.
Kerap kali kami bercuti suami akan membawa sekali ibu dan adikku untuk bercuti bersama.
Setelah sarat mengandung dan hampir 2 tahun usia anak kami, suami ku tidak pernah menyentuhku dan tidak akan meminta kerana aku tidak mahu untuk bersama.
Suami ku yang sangat memahami tidak pernah persoalkan perkara ini kerana katanya jika dengan itu boleh mebuat kami suami isteri bergaduh dia tidak akan bertanya lagi perkara2 sedimikian.
Akhirnya pada tahun lepas, rumah yang kami beli bersama telah pun siap. Kami tidak lagi tinggal bersama-sama ibu dan adikku.
Seperti biasa suami ku masih lagi memanjakan aku, tidak sesekali dia memaksa aku untuk memasak untuknya.
Jika hari bekerja kami akan makan di rumah ibuku sebelum pulang ke rumah kami ataupun kami bungkus sebelum pulang ke rumah.
Jika aku work from home, suami akan menghantar anakku ke rumah ibuku untuk memudahkan aku bekerja dari rumah.
Namun langit tidak selamanya indah.. Pada suatu hari ditakdirkan suami ku kantoi denganku sedang bersayang2 dengan seorang perempuan.
Bagaimana kantoi biarlah rahsia, rupanya2 hubungan mereka sejak awal 2021 lagi dan aku mungkin tidak dapat menghidu memandangkan aku telah mengawal segala tingkah laku nya, dan juga routine checking handphone nya setiap hari.
Pengajaran yang aku dapat, tidak semestinya jika tiada apa2 di whatsapp bermakna suami and setia.
Suami ku akan delete semua chat2 di whatsapp, clear call log sebelum pulang ke rumah setiap hari dan tidak save nombor skandal nya.
Jika whatsapp suami anda clean, sila check segala application lain seperti IMessage (iphone user), telegram, wechat etc. Jangan mudah berpuas hati jika anda lihat telefon anda tidak ada sesuatu yang mencurigakan.
Pengajaran yang aku dapat ialah, jangan sangka suami perfect seperti novel ini takde udang di sebalik mee :)
Padahal rupanya dengan semua orang dia bersayang dan romantik dengan perempuan2 lain juga.
Sekian kisah aku, harap dapat dijadikan pengajaran untuk semua wanita.
– Insan Tertipu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit