Jangan Diungkit Kos Perkahwinan

Assalamualaikum admin. harap approved

kenapa parents kadang2 berhutang untuk buat kenduri kawin anak.

1. if rumah ada masalah, bumbung bocor atau sempit, mesti parents nak repair untuk keselesaan tetamu belum lagi nak cat dinding rumah yg berlumut (rumah2 kat kampung ya) normal 2-3ribu.

2. kad kahwin anak. ini jika anak buat donno je. parents juga kena keluarkan duit. RM0.50 x 500 jemputan dah rm 250.

3. doorgift untuk tetamu. busuk2 pun sebungkus Rm2. Rm 2 ni darab dengan 1000 tetamu (yg datang berpasangan)

doorgift untuk keluarga pengantin lelaki + kawan2 pengantin biasanya pengantin yg buat. (tapi dlm islam tak galak membeza2kan pemberian kpd para tetamu. )

3. khemah pengantin, kalau rumah sempit memang perlukan khemah. ni untuk keselesaan tetamu juga. dua khemah satu untuk lelaki dan 1 untuk perempuan dah makan rm500. belum khemah pengantin yg sah2 rm300.

4. kalau hantaran sikit, parents kena tanggung pelamin, almari dan katil pengantin. satu set perkakas bilik pun dah dekat rm3000. mini pelamin yg mcm tunang pun rm500. tapi susahlah nk jumpa pengantin yg x nak pelamin. mmg x bersanding tapi korang mesti nak bergambar juga kan. kawan aku yg berpurdah pon ada pelamin. katanya untuk bergambar n sbg simpanan peribadi.

5. lauk pauk, kalau ada 1000 tetamu darab rm5 satu kepla. lauk simple je. dah rm5000 (eh makan apa rm5 je. mKan nasi lemak telor mata plus teh o ais lepaslah)

aku bercakap dari sudut ibu bapa aku org biasa2 je. ayah aku buat bendang. aku tgok sendiri persiapan kawin yang diorg buat. aku minta yg simple, tapi diorg nak bagi yg terbaik sebagai hadiah paling bermakna dlm hidup anak dara yg diorng bela sejak kecik.

so, diorg start menabung bila aku dah bertunang.

yes aku ada hantaran rm10000 tapi duit tu parents bagi kat aku untuk beli emas, beli katil, pelamin. ada baki seribu diaorg minta untuk buat tambah lauk majlis.

sebagai anak perempuan, kesiankan tengok ibu bapa kita nak buat majlis yg indah untuk dikenang si anak.

tapi terpaksa berhutang (bagi yg tak mampu) apa kata korang pon tolong ringankan bebanan parents. kalau lelaki boleh menyimpan duit hantaran, y not korang sama2 menabung jumlah yg sama. separuh boleh tolong parents, separuh lagi boleh guna bila masuk rumah baru.

lagi satu, parents aku cakap… lauk kenduri tu sebagai tanda memuliakan tetamu. ada yang dtg dari jauh, takkan nak hidang bihun sebagai makanan. kesian kat tetamu.

tapi atas niat mahu memuliakan tetamu, Allah beri ganjaran lain. ramai orang kampung datang bagi sponsor. bagi gula, beras, kopi, ada juga yang bagi seekor lembu untuk tumpang akikah. alhamdulillah rezeki untuk aku yg nak bina masjid.

nak pesan sikit, if korang rasa nak mengungkit pasal kos yg habis beribu riban tu, ingatlah satu perkara. memuliakan tetamu dituntut dlm al quran. mungkin dgn cara ni hati korang yg panas akan sejuk .

mungkin mjlis ni juga majlis yg betul2 ibu bapa korang harapkan untuk korang bahagia sebelum menjadi milik orang lain.

pujuklah diri sendiri untuk reda.

– amna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit