Hai semua Assalamualaikum, aku berumur 22 tahun masih bujang ditipu hidup-hidup oleh kawan baik aku sendiri. Dia meminjam sejumlah wang yang agak besar.
Aku dulu memang naïf dan percaya dia pasti akan bayar hutangnya kembali. Aku siap tolong carikan wang yang dia mahukan.
Namun, setelah mendapat wang itu, dia melarikan diri dari aku. Mungkin dia tidak mampu membayarnya, tetapi tidak perlulah nak melarikan diri.
Hati siapa saja tak patah teruk bila nampak orang kita dah percaya dan rapat elakkan diri dari kita.
Bukanlah aku nak paksa dia bayar sekaligus langsai, bayar slow-slow sedekad pun tak apa, aku tak kesah asalkan ada usaha.
Janganlah kita buat salah pada orang, kita jadi segan dan menyorokkan diri sebab bagi aku, itu jauh lebih menyakitkan,
Seolah-olah aku ini tiada harga langsung sebagai kawan dan terus aku rasa diperbodohkan hidup-hidup oleh orang yang aku percaya.
Aku down teruk sebab bukan duit sahaja lenyap, malah kawan baik aku juga. Aku pun ceritalah kat atuk aku masa aku tengah makan dengan dia, tapi tak bagitahu namanya. Atuk aku cakap, jangan risau tuhan akan membalasnya.
Orang yang jenis buat salah tapi tak mahu bertanggungjawab ini memang tidak akan belajar dari kesalahannya. Orang hanya akan belajar dari silapnya jika mereka own their mistake and take the consequences.
Ada betulnya juga, kalau setiap kali buat salah duduk larikan diri, next time akan repeat benda sama dan tak akan belajar sebab tak rasa susah/lelahnya nak selesaikan masalah betul-betul.
Antara Tuhan boleh lagi nak minta ampun tapi kalau dah libatkan manusia memang payah.
Bukan setakat dia pinjam duit sahaja, malah perit lagi dia buat aku rasa macam diri aku tak deserve layanan yang sewajarnya.
Its not about the money, its about you running away after you hurt me. Huhu sedih kena bodohkan dengan kawan sendiri.
Tapi atuk aku cakap juga, orang-orang macam ini bila dah tua nak bertaubat baru rasa bersalah itu menghantuinya.
Muda-muda fikir nak selamatkan diri sahaja tak fikir perasaan orang lain, dah tua dia pula mencari-cari kita nak minta maaf dan betulkan keadaan. Itu pun kalau jumpa balik huhu.
Apa aku nak cakap dari pengalaman aku ini, rasa sakit tu bukan sebab kau tak dapat bayar balik wang yang kau pinjam, tetapi layanan kau after kau buat salah pada orang tersebut.
Kalau malu tak dapat bayar balik, cukup buat baik pun dah okay.
Make la amends macam tolong apa-apa yang boleh, luangkan masa bila orang tu perlukan kau etc. Atleast orang yang dah susah payah sacrifice untuk kau rasa juga dihargai walaupun duit lambat/tak berbayar.
Tambahan pula kalau kau itu kawan baik yang tahu betapa aku sayang dan percayakan kau.
Adeh sakit wo keluar air mata terus trauma ada trust issues, sebab kawan aku boleh buat bodoh dan elak macam aku ini tak pernah wujud dalam hidup dia.
Itu sahaja lah aku nak cakap. Aku faham memang ada setengah manusia suka elakkan diri malu sebagai cara penyelesaian masalah antara manusia.
Once kau dah start elakkan diri dari seseorang itu, faham-fahamlah yang kalian sedang melarikan diri dari bertanggungjawab/ melakukan hal yang betul dan harap orang itu lama-lama boleh memaafkan dan melupakan.
Salah sama sekali sebab dengan cara keji itu lah yang menyebabkan aku lebih terasa dan berdendam.
Jadi untuk kalian diluar sana, ada tak orang yang kalian berusaha mengelak dari berjumpa sebab rasa bersalah atau malu?
Kalau ada, ini mungkin petunjuk untuk kalian beranikan diri dan selesaikanlah masalah, sebab perbuatan kalian jauh lebih menyakitkan huhu..
– RARA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit