Jangan Fikir Gaji

Assalamualaikum, hai warga IIUM Confession semoga kamu semua dirahmati Allah. Aamiin.

Kalau kita baru apply satu jenis pekerjaan, kita dah tahu berapa gaji basic akan dibayar, kita tahu selok belok gaji epf socso semua lepastu jangan fikir lagi pasal gaji.

Hutang banyak/komitmen mengikat kita tetap bekerja tanpa fikir gaji.

Sebab, bila fikirkan sangat gaji kita akan rasa stress dan akhirnya kita malas buat kerja dek kerana gaji yang diberi tidak cukup untuk lunaskan hutang piutang.

Ibarat kita sedang berniaga, tak makan gaji, hanya harapkan keuntungan dalam sehari berniaga.

Kalau sambil berniaga sambil fikirkan berapa keuntungan kena hit/kejar target keuntungan mesti kita sebagai peniaga tidak boleh berniaga dengan tenang.

Begitulah, nak kerja dengan tenang kita kena fikir kerja sahaja, utamakan tanggungjawab sebagai pekerja bukan utamakan duit sebab duit termasuk dalam perkara yang tak pasti.

Contoh, dalam perjanjian antara kita dengan manager gaji basic ialah RM1700 tapi lepas sebulan kerja kita dibayar RM1600 misalnya.

Macam itu juga, gaji basic RM1700 tapi dibayar RM2,000. Unexpected.

Kerja mana yang boleh jamin gaji sampai juta2? Kerja mana yang sehari boleh bayar dekat kita lebih dari cukup?

Semua tempat kerja sama saja. Kerja kena cukup 26 hari, 30 hari, baru dibayar dan itupun based on kita punya kerajinan dan sikap yang bagus juga ya.

Jadi, wahai pekerja sekalian, tumpukan pada kerja kalian dan siapkan kerja kalian. Buatlah sehabis baik.

Hatta, kalau esok nak kiamat dan di tangan kita ada sebiji benih maka tanamlah juga biji benih itu. Sekian.

– Azim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *