Jangan Ganggu Tiha

Aku perantau,bekerja jauh dari keluarga. Atas kesilapan masa lalu, sekarang lahirlah seorang anak perempuan,tiha sekarang dah umur 2 tahun 5bulan. As usual,seronok sama-sama bila si perempuan mengandung,lelaki akan hilangkan diri. Yup situasi itu juga berlaku pada diri aku. Bila dia suruh aku gugurkan tiha,aku menolak sekeras-kerasnya. Maka dengan itu dia tinggalkan aku.FB, WhatsApp,Call semua lelaki itu block aku. Kami tinggal di bandar yang sama,malah aku juga tahu lokasi rumah keluarga dia. Tapi it is okay,aku tak de pun pergi merayu meratap depan rumah keluarga dia. Dah orang tak sudi bertanggungjawab,aku bawak diri,aku bertanggungjawab atas dosa sendiri.

Aku lalui sendiri, keluarga juga tidak tahu

Dalam aku menghitung hari tunggu kelahiran tiha,dapat perkhabaran lelaki itu telah selamat menikahi wanita lain. 5 hari selepas itu,tiha lahir kedunia. Air mata gembira dan sedih bercampur. tiha mewarisi lesung pipit milik aku,tapi mata,warna kulit cerah,hidung,mulut semua mewarisi milik lelaki itu.

Alhamdulillah selama hadirnya tiha, allah murahkan rezeki aku. Aku berpeluang menunaikan umrah dan memilki rumah sendiri di bandar ni. Hiduplah kami anak beranak bahagia berdua. Ada yang cuba datang menyinggah,tapi aku terlalu bahagia dengan tiha,sehingga aku tak perlukan kasih sayang seorang lelaki dalam hidup aku lagi. Lagipun adakah lelaki yang sanggup menerima prempuan sehina aku?pakej kahwin seorang dapat free anak seorang? Ayah instant? Aku sedar diri…sebelum terjerat dengat perasaan hati,awal-awal aku jauhkan diri.

Aku khabarkan pada keluarga dan rakan,tiha anak angkat yang aku jaga sejak baby. Alhamdullillah keluarga sayang sangat pada tiha. Setiap bulan kena balik ke utara,kalau tidak atok dan nenek bising,rindu pada tiha.

Dari jauh dapat perkhabaran,2 bisness lelaki itu lingkup,bisness kedai makan jugak gulung tikar. Dari 3 buah kedai aircond kini hanya berniaga di tepi jalan sahaja. Dari isterinya goyang kaki dirumah,kini bersama-sama berdiri di jalanan. Aku abaikan perkhabaran itu bagai angin lalu. Tiada apa lagi yang perlu aku ambil tahu. Sebolehnya aku elak untuk lalu di kawasan perumahanya dan di kawasan dia menjaja.

Tapi sejak aidilfitri lepas. Lelaki itu menelefon kembali. Dia tagih kemaafan dan hak anak pada aku. Dikhabarkan pada aku,dia sudah insaf dan bertaubat. Sepanjang perkahwinan mereka belum memiliki anak,rezeki susah nak menyinggah. Ditagihnya kasih sayang dari tiha. Disampaikan niat untuk jadikan aku isteri yang kedua,mahukan anak kedua yang secomel tiha. Adakah aku kilang pembuat anak untuk kekurangan kamu bardua?Haruslah aku tolak,kata sudah taubat,mesti kau tahu antara kau dan tiha,halal untuk kau kahwini. Jadi tiada istilah darah daging antara kau dan tiha. Muka tiha seiras dia,sukar untuk aku bohong tentang status tiha.

Panggilan telefon berakhir tanpa kata sepakat. Dia berkeras,aku berdegil. Tiha hak aku seorang. Hari demi hari,aku diganggu di telefon dan fb. Isterinya juga mengganggu aku. Sehingga waktu pulang kerja,aku diekori dari office. Separuh perjalanan,allah sedarkan aku,ada kereta mengekori. Bila aku membelok ke balai polis,terus hilang kereta itu. Mereka terdesak untuk tahu tempat tinggal aku.

Baru ini, satu panggilan telefon di office aku,bertanyakan alamat rumah aku dan menyampaikan fitnah.. Ada antaranya fitnah yang ditambah-tambah untuk sedapkan cerita. Wah rupanya sebegitu sekali mereka terdesak untuk dapatkan tiha. Sehinggakan aku dipanggil oleh top management dan disoal siasat.

Kini aku dipandang hina. Sehingga kini aku masih nafikan cerita itu,tiha bukan anak yang lahir dari perbuatan terkutuk aku. Bertalu-talu soalan mengenai status tiha diajukan pada aku. Bertalu soalan kenapa aku masih membujang,walhal umurku sudah lewat 30an. Tak sanggup lagi aku bertahan disini. Namun masih belum ada rezeki untuk aku dapat tawaran kerja lain. Maka bertahanlah aku pada pandangan sinis rakan sekerja.

Dahulu bukankah kau yang mahu membunuhnya? Cukuplah kamu berdua suami isteri menggangu hidup aku dan tiha. Kau dah musnahkan masa depan aku,tak perlu lah kau musnahkan periuk nasi aku. Itu sahajalah sumber pendapatan untuk aku dan tiha hidup. Tak ada sekelumit pun kah rasa belas dalam diri kamu berdua?

Aku tidak bersuami seperti perempuan sebaya aku yang lain..susah,sakit sempitnya wang,semua aku tanggung sendiri. Tiada satu sen pun duit titik peluk kamu berdua mengalir dalam darah tiha. Aku tidak menyebarkan aib kita pada keluarga mertua dan keluarga kau.. Masih tidak tahu bersyukur kah kamu berdua??Sedaya upaya aku tutup aib kita,semudah itu kau buka?

Aku lemah,aku tak berani melawan. Bila top management nasihatkan aku untuk ambil tindakan undang-undang,aku kaku,aku kelu. Mana mungkin aku buat begitu. Tindakan itu hanya akan dedahkan siapa tiha yang sebenarnya. Keluarga aku bagaimana?kerjaya aku bagaimana?

Maafkan ibu sayang,mereka gelar tiha anak haram,anak kotor. Tak sayang,tiha sesuci kain putih. Tiha anak yang baik,sepanjang 2 tahun 5 bulan,tiha anak yang paling senang untuk ibu besarkan seorang diri. Sepanjang 9 bulan,sangat senang mengandungkan tiha,ibu tiada alahan ,ibu tak mengidam benda mahal-mahal. Tiha terlalu kecil sehinggakan rakan sekerja tak perasan ibu usung tiha kesana sini dalam perut sewaktu bekerja. Allah mudahkan ibu. Maafkan ibu sebab terlalu penakut untuk mempertahankan tiha. Moga allah beri balasan setimpal pada mereka.

Readers,tolonglah doakan kesejahteraan aku dan tiha. Moga allah sentiasa melindungi kami berdua dari fitnah,khianat dan dengki manusia.

Tak mudah besarkan anak seorang diri….

– ibu tiha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit