Jangan Goreskan Luka Yang Tak Terpadam

Assalamualaikum terima kasih kepada admin jika confession aku ni disiarkan.

Pertama sekali confession aku ni ditujukan kepada semua genre tak kira kau lelaki ataupun perempuan. Kalau baca tajuk aku tu korang mesti dah tau apa yang aku cuba sampaikan ni. Zaman sekarang ni susah nak jumpa lelaki ataupun perempuan yang baik.

Bila umur dah makin meningkat ni sejujurnya semua orang mahukan seseorang yang benar benar ingin dijadikan pasangan sehidup semati kan. Macam tu jugaklah aku. Mungkin confession aku ni lebih kepada nasihat dan tentang pengalaman aku yang sebelum ni.

Semua orang pernah melalui fasa fasa jatuh bangun dalam alam percintaan kan, tak semua hubungan akan kekal sampai ke jinjang pelamin. Bercinta bertahun tahun pun belum tentu dia jodoh kita. Genggam sekuat mana pun kalau Tuhan cakap tu bukan dia, bermakna bukanlah. Siapa kita yang nak menidakkan takdir Tuhan.

Pada awalnya semua orang boleh tunjukkan effort tu tapi apabila sampai pertengahan jalan?” Mulalah timbul awak terlalu baik untuk saya”, “kita dah tak sehaluan”, “perasaan saya terhadap awak sudah tiada”. Ni antara ayat ayat cliche yang sesetengah orang akan cakap untuk mengakhiri sesebuah perhubungan.

Kau, aku atau sesiapa sekalipun akan pernah alami benda macam ni. Kalau kau tak pernah alami, bermaksud kau manusia yang sangat beruntung sekali. Tiada siapa yang mahu hubungan yang dibina putus tengah jalan.

Ya aku pernah bercinta sebelum ni tapi hubungan kami tidak panjang, aku ditinggalkan tanpa sebab. Aku taktau mana salah aku selama ni, aku ditinggalkan terkapai kapai tanpa jawapan. Proses nak move on tu mengambil masa yang sangat lama sekali. Bukan seminggu atau sebulan tetapi memakan sampai bertahun jugak.

Ya ia mungkin sebab tiada jodoh, tapi aku tertanya tanya dimana silap aku selama ni? Aku dah cuba beri yang terbaik tapi ni balasan yang aku dapat? Betullah apa yang orang cakap terkadang manusia ni awal je manis tapi lama kelamaan semakin tawar dan last sekali perasaan tu lenyap sama sekali.

Benda yang paling susah manusia nak buat ialah untuk “jujur” dan meminta “maaf”,  nampak ringkas tapi hakikatnya tak ramai yang mampu untuk jujur. Jujur tentang hati dan perasaan, tak perlu menipu sebab nak menjaga hatii. Orang yang tak matang je akan buat macam tu. Aku berpegang pada prinsip berani kerana benar takut kerana salah. Kalau kau takde rasa sekalipun bagitau kat dia hal sebenar.

Pada awalnya memang akan sakit tapi lama kelamaan benda tu akan lenyap dengan sendiri. Tiap benda ambik masa nak sembuh lagi lagi soal hati dan perasaan macam ni. Kalau tak nak cakap dari awal kan senang, jangan bagi orang lain berharap terlalu dalam.

Ditinggalkan terkapai kapai tanpa penjelasan itu sakit. Teramatlah sakit sekali. Macam mana nak tahu salah kita? Silap kita kalau tak diberitahu? Macam mana nak mulakan hubungan dengan orang bati nanti? Nak baiki apa yang perlu dibaiki?

Kalau tak mampu nak teruskan daripada awal, tak perlu nak berikan harapan tinggi menggunung. Kau buat hati orang lain terseksa. Tak perlu nak berjanji bulan bintang kalau kau tak mampu nak tunaikan. Diibaratkan kau yang bina tapi akhir sekali kau yang memusnahkan benda tu, nampak tak yang semua tu sia sia? Meninggalkan itu nampak mudah bukan?

Kau buat dia jatuh cinta dengan kau tapi last sekali sakit yang dia dapat. Kau takkan tahu betapa hancurnya hati dia. Betapa susahnya dia kutip balik hati dia yang kau telah hancurkan selama ni. Kau lenyapkan kepercayaan dia untuk kau. Nak bina balik kepercayaan tu bukan sesuatu yang mudah bagi aku sendiri.

Bila aku muhasabah diri dan terus bersangka baik, ya mungkin ada hikmah dengan apa yang jadi. Mungkin Tuhan telah selamatkan aku dari orang yang salah. Dia bukan untuk aku dan aku bukan untuk dia.  Sebab tu Tuhan jauhkan dia awal awal dari aku. Mula mula perhubungan semua nampak indah, semuanya manis. Tapi bila berakhir sebuah perhubungan sebaliknya yang jadi. Habis aib dibuka, dicanang. Itulah manusia.

Banyak baik buruk dia yang aku tahu, macam tulah juga dia. Dia tahu baik buruk aku macam mana. Apa yang jadi selama ni tersimpan rapi dalam kotak ingatan aku. Sakit nak telan semua ni sendiri. Terkadang jugak fikiran ni macam terkenang benda yang lepas. Aku cuba untuk kuatkan diri sendiri, cuba fokus mana yang penting untuk hidup aku sendiri. Kenangan tetap menjadi sebuah kenangan yang memang takkan boleh diputarkan kembali.

Aku mohon sangat kepada korang tolong jangan mainkan hati dan perasaan orang lain. Soal hati ni jangan diambil mudah. Silap silap boleh menjadi dendam kepada orang yang kau tinggalkan. Luka hati ni seolah olah kau toreh tapi tak berdarah. Diri sendiri tu yang rasa sakit, orang lain takkan rasa apa yang kita rasa. Hargai orang yang banyak bekorban untuk korang, berikan sepenuh perhatian.

Bagi aku tak kira perempuan dan lelaki apa yang mereka nak ialah perhatian dan kasih sayang. Fokus apa yang ada kat depan mata. Tak perlu cari orang yang sempurna sebab kita sebagai manusia ni memang tak sempurna. Baiki selagi boleh baiki apa yang patut.

Tiada istilah awal awal je beria kalau kedua belah pihak letak effort yang sama dalam perhubungan. Kalau salah sorang je yang beria tapi sebelah pihak tidak serius akhir sekali semua yang dibina boleh musnah dalam sekelip mata.

Soal ego tolong tolak ketepi, jangan perajakan ego tu lagi lagi ego seorang lelaki. Ego seorang lelaki ni memang tak boleh dibawak bincang langsung. Sebab egolah kau hilang orang yang sayang kau, orang yang terima seadanya kau. Dalam kes aku ni dia teramatlah ego sampaikan taknak mengaku silap dia sendiri. Dia salahkan aku balik dengan apa yang terjadi sebelum ni.

Aku diibaratkan buruk dimata dia, semua yang jadi salah aku. Dia canang keburukkan aku kat orang lain, seolah olah dia tidak bersalah dalam hal ni. Aku redha walaupun sakit sangat nak terima semua ni. Silap aku jugak terlampau percayakan dia selama ni. Susah sebenarnya nak terima orang baru. Aku taktau nak nilai macam mana sebab bila kena macam ni rasa taknak kenal dengan sesiapa lagi dah. Aku takut kecewa, terkadang rasa macam kisah silam menghantui aku.

Buat yang sedang berduka diluar sana aku harap korang tak selamanya tenggelam dalam kesedihan. Berhenti salahkan takdir dan diri sendiri. Tuhan dah susun cantik cantik jalan kita semua. Usah terlalu lama bersedih kerana ianya boleh memudaratkan diri kita sendiri. Buat Apa nak terus menerus bersedih? Sedangkan sebelah pihak sana bahagia tanpa kau?

Tolong bangkit dan terus fokus ke hadapan, berhenti berpaling ke belakang sebab cerita dulu dulu sudah lama habis. Sekarang ni terlalu banyak benda yang indah sedang menunggu korang. Percaya dengan perancangan Tuhan untuk kita. Aku doakan Tuhan berikan sinar dan kebahagiaan yang baru untuk orang yang sedang berduka. Aku berharap juga yang Tuhan akan temukan aku dengan orang yang menerima segala kekurangan aku seadaanya dan mencintai aku sepenuh hatinya.

Pesanan aku buat kaum lelaki kalau kau betul sayangkan dia, jangan sesekali kau sentuh dia. Halalkan dia secepat mungkin, jangan gantung dia tak bertali. Jangan biarkan dia jatuhh tak bersambut kalau kau tiada niat nak sambut dia.

Untuk kaum perempuan pula jangan terlalu berharap sebab manusia berubah. Harini boleh kata sayang tapi esok lusa sayang tu dah melayang. Jaga maruah diri anda, jangan terlalu percaya dengan ayat manis si lelaki. Bercinta biar berpada pada, jaga hati untuk orang yang selayaknya.

Untuk si dia yang pernah ada dalam hidup aku sebelum ni, terima kasih dengan setiap pengajaran yang kau berikan kepada aku. Kau jadikan aku lebih kuat daripada sebelum ni. Kau pengajaran yang bermakna dalam hidup aku. Aku boleh maafkan kau tapi untuk lupakan semua yang telah kau buat selama ni tu susah.

Aku percaya pada kifarah, apa yang kau bagi kau akan dapat balik. Buat Tuhan buat kerja Dia. Aku doakan kau semoga bahagia dengan orang yang kau pilih, jaga dia baik baik. Jangan mainkan dia macam kau mainkan aku sebelum ni.

Doakan aku semoga dijodohkan dengan orang benar benar mencintai aku, menerima setiap kekurangan aku. Semoga aku terus kuat untuk hari hari yang mendatang. Aamiin

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *