Untuk part I, (https://iiumc.com/jangan-goreskan-luka-yang-tak-terpadam/).
Bagi yang pernah baca confession aku yang sebelum ni, terima kasih banyak banyak. Banyak komen positif dan semangat yang aku dapat daripada pembaca semuanya. Ini adalah sambungan kisah aku.
Benda yang sama masih lagi berulang kembali tapi dengan orang yang berlainan, benda yang sama perlu aku telan dan hadap selama satu tahun setengah.
Sesiapa yang pernah baca confession aku sebelum mesti dah boleh faham apa yang aku ingin ceritakan di sini, ianya mengenai sebuah perhubungan dan harapan.
Apabila berada di dalam perhubungan mesti akan timbul harapan tak kiralah lelaki ataupun perempuan, benda macam ni memang tak boleh dinafikan lah.
Siapa yang tak nak hubungan kekal sampai bila bila kan? Tapi tulah kalau Tuhan dah cakap tu bukan dia maknanya tu bukan dia lah.
Kadang kita sebagai hamba ni tanpa sedar menyalahkan Tuhan, menyalahkan takdir yang dah tertulis sejak luh mahfuz lagi.
Tak kira lelaki ataupun perempuan jangan berharap terlalu tinggi sangat kelak kalau jatuh tak disambut merana diri sendiri. Proses nak move on mengambil masa yang lama jugak tapi tengok atas kemampuan diri masing masing jugak.
Kalau rasa diri tak mampu nak teruskan perhubungan bagitau awal awal, ya hakikatnya sakit untuk ditelan bila hubungan putus di tengah jalan ni.
Kisah yang aku ingin ceritakan ini ialah mengenai orang yang pernah berada di hati aku sebelum ni. Dia seorang budak yang nakal boleh dikatakan badboy, dia ada bagitau aku darkside dia macam mana sebelum ni.
Tapi biasalah kita bila dah sayang seseorang memang dah tak kisah dengan dia punya kisah silam tu macam mana yang penting ada usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Aku pernah cakap kat dia sebelum ni aku tak kisah langsung pasal kisah silam dia yang sebelum ni sebab aku nak dia yang sekarang dan masa hadapan.
Aku dah taknak amik tahu siapa dia yang lepas. Aku nak kami berdua bahagia, tu je harapan aku sebelum semuanya musnah dalam sekelip mata saja. Sejak dia hilang ibu dia kehidupan dia berubah dalam sekelip mata, dia jadi memberontak sesuka hati dia.
Buat benda macam macam sampaikan hampir memudaratkan diri dia sendiri. Dia banyak kali bagitau aku yang dia bukan orang baik, dia jahat. Hidup dia tak macam orang lain, hidup dia penuh dosa dan dia sendiri kotor.
Aku banyak kali positifkan dia yang aku akan tetap terima dia seadanya dan sentiasa sokong dia sampai bila bila.
Aku terima baik buruk dia dengan hati yang terbuka aku sedar diri aku pun tak baik mana tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk membahagiakan dia.
Aku nasihatkan dia untuk bertaubat dengan dosa dosa dia yang silam sampai macam tu sekali aku berharap dia berubah. Aku cuba berikan sepenuh perhatian dekat dia sentiasa ada masa dia memerlukan aku sebelum ni.
Aku juga berkawan dengan adik dia sebelum ni hubungan kami sangat rapat. Masa bulan 9 haritu kami ada pergi bercuti di cameron sekali, aku dengan 2 orang kawan aku then adik dia dengan family dia termasuklah dia ada sekali masa percutian tu.
Dia taktau yang aku join sekali sebab awalnya aku yang ajak adik dia join dengan aku. Last sekali adik dia ajak abah dengan abang abang dia sekali. Bila sampai je cameron haritu muka dia tu macam speechless gila tengok aku ada sekali dengan kawan kawan aku.
Hari pertama tu dia buat tak kisah je hari kedua tu baru kiteorang ok sembang sembang bagai.
Oh lupa nak bagitau dia asal pantai timur je tapi dia dah balik utara stay dengan abah dia selepas kematian ibu dia, so abang sulung dengan adik bongsu dia yang perempuan ni tinggal dengan nenek diorang kat pantai timur.
Aku tengok dia pun happy je masa kat cameron haritu sebab last kiteorang jumpa masa seminggu sebelum raya haji haritu sebab dia balik utara sehari sebelum raya haji.
Tipulah aku cakap tak rindu dengan dia memang rindu gila sebab lama tak jumpa, kiteorang tak pernah pun loss contact before this.
Masing masing keep in touch melalui ws je. Sejak kat cameron haritulah aku kenal dengan abah dia ni, abah dia baik gila dengan aku.
Selama 3 hari 2 malam dok cameron tu dia yang selalu bayar bila kiteorang makan sebab tiap kali pergi mana mana kiteorang pergi sekali satu kumpulan. Aku rasa terhutang budi pun ada dengan abah dia tu.
Selepas balik bercuti hubungan kami masih lagi seperti biasa. Vc sebelum tidur and chat seperti biasa. Aku tunggu dia balik kerja apa semua tu seperti hubungan orang lain. Walaupun sesibuk apapun dia tetap akan vc aku kadang sampai tertidur apa semua.
Aku kenal dengan dia dah setahun lebih tapi sejak kebelakangan ni dia berubah secara drastik call tak angkat, video call tk angkat sama jugak dengan whatssap online tapi tak dibalas pun chat aku tu. Benda ni jadi hujung bulan 10 haritu, masuk je bulan 11 semua kelaut.
Naluri aku sebagai perempuan kuat mengatakan yang dia ada perempuan lain. Dia down secara tiba tiba aku tanya tapi dia tak pernah nak jawab.
3/11 haritu aku tiba tiba kena block dengan dia tanpa sebarang sebab. Aku call banyak kali tapi dia reject sampailah 5/11 dia unblock and whatssap aku mintak maaf bagai, merayu rayu supaya jangan tinggalkan dia.
Aku bluetickkan saja chat dia tu tapi banyak kali dia call aku merayu suruh angkat. So yaa, aku angkat. Macam macam dia bagitau taknak hilang aku lah, sumpah sayangkan aku lah.
Aku bagi dia peluang untuk betulkan keadaan, aku cuba maafkan dia walaupun hati aku hancur berkecai dengan perangai dia tu.
Aku layan dia seperti biasa macam takda apa yang jadi antara aku dengan dia sebelum ni. Aku kuat ataupun aku yang bodoh dalam hal ni?
Aku pun tak pasti mungkin kedua duanya sekali. Aku cuba lagi untuk berprasangka baik sehinggalah keesokannya dia buat perangai balik dia ignore aku and buat perangai sebelum ni.
Aku tak faham dengan keadaan dia tu sama ada depress atau memang ada masalah dengan diri sendiri. Bila aku nasihat dia macam macam tapi tetap tak jalan sehinggakan aku sendiri yang buntu. Aku dah nampak berubah dia tu makin lama makin kelaut.
Masa dia unblock aku haritu dia ada bagitau yang ex dia cari dia balik and aku ada suruh dia tak payah layan tapi tulah tengokla apa yang jadi sekarang ni sebab sampah boleh dikitar semula kan macam nilah jadinya. Last sekali aku yang ditinggalkan macam barang yang terbuang.
Aku call abah dia tanya keadaan dia macam mana kat sana sebelum aku tahu hal sebenar sebab abah dia ada berdekatan dengan dia je.
Aku ceritakan apa yang dah jadi antara kami berdua. Abah dia pun macam speechless dengan apa yang jadi.
Abah dia cuba sedaya upaya positifkan aku dia pun tak sangka anak dia boleh buat macam tu kat aku. Dia nasihatkan aku supaya berhenti berharapkan anak dia tu, dia suruh aku move on dan lupakan semua yang jadi selama ni.
Dia tahu benda tu susah tapi abah dia taknak aku berada dalam kesedihan yang terlalu lama. Abah dia nasihatkan aku macam macam dia dah layan aku macam anak sendiri, dia lebih kenal anak dia macam mana berbanding dengan aku yang orang luar ni.
Sejak benda tu jadi abah dia pun selalu call aku jugak tanya khabar aku, tanya keadaan aku macam mana okay ke tidak. Secara jujurnya tiap kali aku bercakap dengan abah dia tiap kali tulah airmata aku jatuh tak henti henti.
Abah dia cakap dia tak patut buat aku macam ni perbuatan anak dia tu memang tak matang.
Banyak kali aku bagitau abah dia walaupun aku dah takda apa apa hubungan dengan anak dia aku tetap taknak loss contact dengan abah and adik beradik dia yang lain tu. Aku taknak sebab dia sorang hubungan aku dengan yang lain pun terputus jugak.
Aku cuba untuk jadi orang yang matang dalam hal ni sebab aku taknak libatkan orang yang tak bersalah dalam hal aku dengan dia tu. Abah dia banyak motivate aku bagi moral support aku tak putus putus walaupun dia tau belah anak dia yang bersalah dalam hal ni.
Mungkin orang lain boleh cakap aku bodoh sebab tetap nak berhubung dengan family orang yang telah hancurkan hati aku, tapi mungkin benda macam ni ikut atas kemampuan masing masing sama ada mampu hadap ataupun tak bila berada dalam situasi aku ni.
Bagi aku tak salah untuk terus berhubung macam biasa lagi lagi dengan adik perempuan dia yang bongsu tu. Adik dia suka sangat keluar dengan aku sebab kami agak sekepala lagi lagi bab makan.
Kami suka sangat foodhunting sama sama adik dia tu takda kakak sebab tu adik dia anggap aku ni macam kakak dia sendiri. Aku boleh respect cara pemikiran adik dia tu walaupun student and baru umur 20 tahun tapi banyak pendapat yang boleh kami kongsi bersama.
12/11/2020 adalah tarikh yang betul betul menyesakkan dada aku, aku tengok story dia upload gamba ex dia benda tu buat aku jatuh terduduk rasa gelap gelita dunia ni. Aku hanya mampu menangis macam orang gila. Aku ditinggalkan tanpa sebarang alasan dan sebab.
Aku bingung kenapa dia buat macam ni dekat aku sedangkan hari sebelum tu dia cakap dia sayang aku and dia taknak hilang aku tapi hakikatnya semua tu dusta, omong kosong dari dia sahaja. Aku tertanya tanya mana silap aku sebelum ni sampaikan dia sanggup buat aku macam tu.
Kemana perginya kebaikan yang aku buat untuk dia selama ni? Adakah dah menjadi angin lalu sampai kan dia tak ingat semua pengorbanan aku selama ni kat dia ketika dia tiada sesiapa disisi?
Dia accident bulan februari haritu aku yang banyak ada di sisi dia, masakkan untuk dia, belanja dia bila dia tiada duit. Aku yang bagi sokongan yang tak putus kepada dia.
Family dia jauh dari dia sebab tu aku kesian dan sanggup melakukan apa saja untuk dia. Aku ada masa susah senang dia selama perkenalan kiteorang selama ni tapi ni balasan yang aku dapat?
Aku terkilan sangat sangat, Tuhan je yang tahu betapa hancurnya hati aku saat ni. Aku bermati matian ingatkan dia ada masalah lain rupanya dia down pasal perempuan lain.
Aku cuba untuk ajak dia berbincang settle hal kami berdua tapi dia elak dia ignore aku berhari hari tak tanya langsung khabar aku macam mana.
Dia menjauhkan diri dari aku walaupun dia angkat vc pun hanya sekejap buat muka meluat dekat aku and bagi aku macam macam alasan yang cliche. Dia layan aku macam orang bodoh
Dia pergi balik dekat perempuan yang dah hancurkan hati dia sebelum ni, ya Allah remuk hati aku teramatlah remuk! Habis tu aku ni siapa sebelum ni di hati dia? Tempat hilangkan rasa bosan? Bila dia bosan datang cari aku lepastu bila dia happy dia tinggalkan aku?
Macam tu ke? Mungkin sebab perempuan tu ada dekat dengan dia sebab tu dia pilih perempuan tu berbanding dengan aku yang agak jauh di timur ni.
Mungkin faktor jarak kami yang agak jauh membuatkan dia amik keputusan untuk tinggalkan aku dengan cara yang begitu.
Yang paling mengejutkan aku dia update di story ig dia gambar dia cium perempuan tu sambil perempuan tu tersengih sengih manja di samping dia. Allahuakhbar perlu ke sampai dia tunjuk dosa dia dekat public?
Kenapa rasa hebat kee dengan dosa dosa dia tu? Aku tk boleh nk brain langsung dengan perangai dia nii. Mungkin melalui hal ni Tuhan tunjuk dekat aku yang dia bukan yang terbaik untuk aku disebabkan tu jugaklah Tuhan jauhkan dia awal awal dari aku.
Aku percaya perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Bila tengok benda tu semua aku sedar aku hanyalah bahan mainan sahaja untuk dia. Aku sekadar tempat persinggahan dia selama ni dia bukan datang untuk menetap tapi sekadar untuk menyinggah.
Bila aku flashback balik semua ni berpunca dari dia sendiri, dia yang pilih jalan ni. Masalah berpunca daripada dia sendiri bukan aku. Aku dah beri yang terbaik tapi dia yang tak pernah nak menghargai aku sepanjang tempoh aku ada disisi dia selama ni.
Kononnya down sebab masalah lain tapi disebabkan perempuan tu dia jadi tak tentu arah macam ni. Sehinggakan kebaikan yang aku buat selama ni hilang jadi abu dengan begitu saja. Hebat betul penangan perempuan tu boleh buat dia macam tu.
Sebab perempuan semua ni musnah ya, musnah sampai macam ni sekali. Aku kena hadap benda ni sorang diri sampai ke sudah tertanya tanya mana silapnya semua ni sedangkan dia disana sedang bahagia tanpa memikirkan keadaan aku ni macam mana.
Aku dah delete semuanya mengenai dia gambar dia and semua benda yang berkaitan dengan dia aku delete. Aku dah tak sanggup langsung tengok dia. Sumpah hati aku hancur dengan apa yang jadi selama nii.
Tak kira lelaki ataupun perempuan bila kau dah tak sayang, dah tak cinta apa semua tu bagitau je dia. Jangan gantung anak orang tak bertali, ditinggalkan dengan penuh tanda tanya tu sakit terlampau sakit sangat nak dihadap.
Harini kau boleh cakap sayang tapi hari keesokannya kau boleh hilang tanpa khabar berita. Manusia jenis apa kau ni?
Dulu beria letak effort macam macam akhir sekali kau tinggal dia macam sampah. Kau layan dia macam patung yang takde perasaan, tolonglah ingat roda tu berputar apa yang kau bagi kau akan dapat balik sebijik.
Tuhan tu maha adil. Mungkin bagi aku cinta sejati tu tak wujud, mungkin takkan pernah wujud pun. Dah tak ingin untuk bercinta and kenal dengan mana mana lelaki dah lepas aku kena macam ni.
Aku jadi tawar hati dah dengan semua benda. Aku rasa kosong sangat sangat, nak move on perlukan masa. Jadi untuk sesiapa saja bersederhanalah dalam berperasaan tu, jangan mencintai terlalu dalam sangat.
Tolong sangat jangan hancurkan hati orang yang betul betul ikhlas sayang dan cintakan kau. Orang yang sanggup buat apa sahaja untuk bahagiakan kau selama ni. Hargailah dia sebelum kau kehilangan dia buat selamanya.
Aku redha, mungkin bahagia itu bukan milik aku lagi. Aku maafkan segala silap dia walaupun dia tak pernah bagi aku sebarang penjelasan apa pun mengenai benda ni.
Tak adil bagi aku sebenarnya tapi ni dah dia nak aku takda hak nak halang dia untuk pergi dari hidup aku. Aku takda hak jugak nak suruh stay dalam hidup aku.
Ya Tuhan, tolong hapuskan semua kenangan yang ada ni, aku berhak untuk bahagia walaupun bukan dengan dia. Aku cuba untuk bangkit balik dari kisah hitam ni, kisah yang sakit untuk aku telan sebagai seorang perempuan.
Aku sebagai seorang hamba aku tak berhak untuk menyalahkan takdir yang dah tertulis oleh Tuhan untuk hamba seperti aku ni. Aku cuba untuk mencari kekuatan dan hikmah diatas benda yang terjadi dalam hidup aku.
Pesan aku bersederhanalah dalam berperasaan ni, terlalu tinggi pengharapan semakin tinggi jugaklah kemungkinan untuk derita. Jangan terlampau mencintai sangat, sebab manusia ni berubah. Bila bila masa Tuhan boleh bolak balik kan hati sesiapa sahaja.
Untuk kau yang pernah ada dalam hidup aku sebelum ni terima kasih diatas segala kenangan yang pernah kita cipta bersama. Aku hargai semua tu aku hargai sangat sangat walaupun hati aku remuk dengan apa yang jadi.
Aku halalkan dan aku maafkan kau sebab hati aku layak untuk tenang walaupun kau tak pernah datang mintak maaf dengan aku dan tak pernah sekalipun bagi aku penjelasan.
Aku ditinggalkan dalam keadaan terkapai kapai macam tu je. Aku pun berhak untuk layak bahagia walaupun bukan dengan kau.
Tak payah rungsing aku move on daripada cerita kita ni. Aku perlu kuat untuk diri aku sendiri. Benda ni dah jadi sejarah yang pahit untuk aku. Aku harap kau bahagia dengan si dia tu. Dengan cepat kau berubah tapi takpa aku terima dengan hati yang terbuka.
Amik kisah aku dijaadikan pengajaran kalau dari awal dah ada tanda macam yang kt atas tlong cepat tinggalkan awal awal supaya diri sendiri tak merana.
Tolong doakan aku untuk kuat ya semuanya. Sebab aku kuatlah Tuhan bagi aku ujian yang macam ni. Ujian hati yang terlampau berat.
Mungkin Tuhan nak dengar aku merintih kepadaNya sebab mungkin Dia cemburu melihat aku sebagai seorang hamba yang taksub mengejar cinta manusia lain berbanding dengan cintaNya.
Walaupun sesakit apapun ujian yang kita terima hendaklah kita berlapang dada. Insyaallah disetiap kesulitan ada terselit hikmah yang kita tak duga.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit