Jangan Ingat Lia Tak Tahu

Aku nak cerita sikit tentang my ex husband. Kitaorang divorce tahun 2020. Banyak sangat isu dan salah faham dalam 20 tahun perkahwinan.

Selain tu my ex memang jenis yang dingin dan tidak menunjukkan affection dan perhatian kepada seorang yang bergelar isteri. Untuk kebahagian aku, aku yang failkan penceraian itu.

Sebenarnya bermula tahun 2019 kami PJJ atas faktor kerjaya masing-masing dan my ex selalu juga selalu sebut hendak berkahwin lagi SATU. Banyak kali juga dalam tahun 2019,

Hari jumaat my ex akan turn off location (hari jumaat cuti umum di negeri tersebut). Sikapnya sangat menimbulkan kecurigaan namun aku diamkan saja. Aku malas memenatkan fikiran aku sendiri.

Selain itu, aku jumpa resit kredit card my ex check in hotel di Taiping. Aku menangis dan tawar hati namun tetap aku tidak confront dengan my ex. Aku hanya memerhatikan langkahnya.

Aku tahu pasangannya pada masa itu masih bergelar isteri orang, cikgu di Sungai Petani. Aku biar dan diamkan sebab aku dah ada exit plan aku.

So dalam pertengahan tahun 2020 ikatan perkahwinan kami terlerai. Aku mati-mati ingat my ex akan nikah dental wanita tersebut tapi rupanya mereka tidak berkahwin.

Tahun berganti kami teruskan co parenting anak-anak kami. Tahun 2022 aku dimaklumkan oleh anak-anak yang Abah mereka akan berkahwin. Aku ucap tahniah kepada dia.

Ye, aku hidup sendiri dan hidup aku pon ada banyak cabaran sebagai ibu tunggal.

Tahun 2024 dengan kuasa Allah aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang sangat baik. Kami baru saja berkahwin tahun ini. Alhamdulillah. Dia lebih muda 5 tahun dari aku tapi dia matang.

Aku menjadi wanita yang feminin dan manja. Tiada lagi bebanan kewangan dan tanggungjawab yang berat bila bersamanya.

Ya, aku wanita bahagia bila melepaskan sesuatu yang bukan dalam kawalan aku. Dulu rasa mengemis cinta suami sendiri, namun sekarang cinta diberikan dengan ikhlas tanpa manipulasi. Ya, aku ingin terus bahagia.

Entahlah, aku dengar my ex tengah menyusahkan isteri baru sekarang dan masih dengan perangai suka pasang side chick. Kesian lah dah umur 50 pon masih tak berubah. Aku tak hairan kalau dia gagal lagi dalam perkahwinan tu.

Untuk my ex, aku nak kau tahu yang aku tahu wujudnya perempuan itu walaupun tak pernah aku discuss apa-apa tentang perkara ini.

Aku nak kau tahu, aku tak perlu mengemis perhatian dan kasih sayang seorang suami sekiranya benar-benar ikhlas. Terima kasih atas pengalaman yang mematangkan.

– Lia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *