Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Ini artikel yang ke berapa aku pun tak ingat. Last hantar 2016 rasanya. Pastinya bukan nama yang sama. Artikel yang berbeza, nama yang berbeza. Tapi orang tetap yang sama.
Aku Ahli Neraka yang masih hidup. Perempuan. Berumur pertengahan 20-an. Seorang peniaga sambilan dari rumah secara sepenuh masa.
Aku punya kekasih. Kami baru sahaja berkenalan 2 bulan sudah. Jadi, bagi umumnya kami dalam fasa dilamun cinta setinggi gunung Everest. Ahh…. Indahnya..
Tetapi itu bukan hakikatnya, tidak pernah sehari kami tiada perbalahan. Seminggu pertama berkenalan tiada perbalahan.
Tetapi masuk ke minggu kedua dan sehingga kini, setiap hari adalah ‘perang’ yang harus dimulai di permulaan Whatsapp dan kemudian setelah beberapa jam berbalah, kami akan berbaik dan kemudian diakhiri kembali dengan perbalahan.
Sungguh. Aku keletihan. Mental aku disedut-sedut dan perniagaan yang aku jalankan terjejas dek kerana melayan kerenah dia yang tak sudah-sudah.
Namun begitu, aku tak boleh meninggalkannya. Walaupun berkali-kali aku menyatakan ingin putus darinya. Tetapi dia berjaya pujuk aku kembali. Ego aku kuat meronta ingin mneyelamatkan diri tetapi hati aku tetap ingin tetap teguh dengannya. Ini betul-betul gila!
Tambahan pula, aku telah memberi beberapa gambar dan video bahagian sulitku kepadanya. Aku tahu, kali ini aku betul-betul b*d*h. Ada dalam jiwaku meronta-ronta inginkan nafsuku dipuaskan. Maka, tanpa berfikir panjang aku beri selepas dipujuk rayu.
Kami juga melampiaskan nafsu menggunakan panggilan telefon, Whatsapp dan panggilan video. Mujur sahaja hubungan ini jarak jauh. Kalau tidak, pastinya lebih dari ini kami akan pergi.
Aku tahu, kalian akan katakan aku b*d*h. Aku pun tahu ini satu keb*d*han yang nyata. Tetapi aku sudah ketagihan.
Aku juga mempunyai sejarah silam dan dia pun sama. Aku fikir kami akan sama-sama berubah. Tetapi nampaknya, selepas mengetahui sejarah masing-masing. Kami terjebak dalam kancah yang sama.
Pada permulaanya, keterlanjuran aku dan dia membuatkan aku rasa bersalah kepada Tuhanku yang Maha Melihat segalanya.
Aku bersujud, bertaubat dan berjanji tidak mahu mengulangi semua ini lagi malah aku pujuk dia untuk tidak memujuk rayu aku untuk melakukan perkara terkutuk itu. Tapi dia enggan. Maka, aku tewas lagi dan lagi.
Aku menangis dan aku tertekan dengan apa yang berlaku. Menambahkan rawan di hati, saat aku menyelak helaian lembaran di dalam Kitab Muhimmah ada menyatakan, salah seorang manusia yang tidak akan diterima segala ibadah buat selama-lamanya adalah seorang PENZINA!
Saat itu, segala apa yang berkaitan agama aku ketepikan. Solat taubat atau bercakap mengenai Tuhan aku elakkan. Ahli neraka seperti aku pastinya tidak layak untuk berbicara mengenainya waima mengenangkannya pun.
Tetapi yang lebih menyakitkan aku, saat kami usai melampiaskan nafsu, dia masih boleh berbicara mengenai Tuhan sepertinya hubungan terlarang yang baru sahaja selesai adalah ibadah yang murni.
Aku merasa sinis. Dia sedar atau tidak, sesuatu yang kotor tidak boleh bercampur dengan sesuatu yang bersih.
Sudahlah melakukan perbuatan yang terkutuk, tegar lagi berkata seperti Tuhan itu akan menyebelahi dia dan aku di sana selepas apa yang berlaku.
Jujur, aku jijik diingatkan tentang Tuhan saat dia telah mengheret aku lembah jahanam yang pedih ini. Menghancurkan aku dan ibadahku yang cuba aku tegakkan dengan jerih dan perih yang bukan sedikit tetapi bertahun lamanya.
Aku menyayanginya tetapi cinta di dalam hati mula sirna sedikit demi sedikit. Aku tidak mahu meneruskan hubungan ini ke alam perkahwinan dengan najis zina.
Tetapi tidak pula aku ingin mengakhirkan hubungan ini, setelah dia mendapat segala gambar dan video milikku meski dia sudah berjanji dia tidak akan menyebarkannya.
Aku tahu, aku tak boleh mempercayai kata-kata ini. Tersilap langkah, seluruh dunia akan menonton kejijikkan aku selamanya.
Ahh..sekarang aku terjerat. Dalam diam aku hancur. Aku sudah tiada apa-apa lagi. Harga diri aku sudah remuk dan hancur dan jiwaku sudah penuh dengan nafsu sehingga aku ketagihan kerana dahagakannya.
Aku bukan sengaja tidak mahu diingatkan tentang Tuhan. Malah jauh di sudut hati, aku rindu untuk rebahkan jiwaku di atas sejadah dan membaca segala bait kalam mukjizat kepadaNya.
Tetapi dengan dosa sebesar ini dan berterusan tanpa henti, aku jijik dengan diri aku menghadapNya dan berpura-pura semua penzinaan ini hanyalah sekadar mainan hidup.
Bagi aku, kalau mahu menjadi jahat..jahat sepenuhnya. Kalau mahu menjadi baik…baik sepenuhnya. Tiada tengah-tengah. Ambil agama bukan separuh-separuh.
Sakit tahu tak menjadi hipokrit di hadapan manusia lain sedangkan Tuhan itu Maha Tahu betapa jijiknya aku ini berbanding manusia lain.
Tudung yang aku sarungkan di kepala, baju labuh yang aku pakai di tubuh seperti di dalam Al Quran, berkata… “…supaya dikenali sebagai perempuan yang baik-baik..”
Aku benci dengan diri aku. Aku mengotorkan kalimat suci itu pada diri aku dengan perbuatan terkutuk ini.
Aku ingin dinikahi oleh lelaki yang boleh menjaga aku dengan baik dan bebaskan aku dari ketagihan nafsu kerana fitrahku inginkan belaian manja seorang lelaki.
Kalian akan memarahi aku kerana kata-kata yang paling terkenal akan diucapkan… “Bernikahlah kerana sudah bersedia…bukan kerana nak elakkan maksiat..”
Pada yang berumahtangga, kalian pasti faham akan keinginan ke arah ‘itu’ bukan? Bukan boleh ditahan sewenangnya, lebih-lebih lagi yang sudah merasai nikmatnya. Syurga di atas syurga.
Itulah kesilapan aku, aku mengenali semua ‘rasa’ itu sebelum aku memasuki ke alam perkahwinan dan aku terjebak lagi dan lagi.
Aku betul-betul stress dengan apa yang berlaku dan tiada siapa mampu aku ceritakan hal ini. Dia bukan tak baik. Dia baik dalam segala hal malah dia lebih baik dari kekasih-kekasih aku yang dahulu mengabaikan aku sepanjang masa.
Dia tak segan silu mewartakan aku pada dunia siapa aku. Sedangkan kekasih-kekasih aku yang dahulu? Menyimpan aku di dalam kegelapan. Tahu-tahu sahaja aku dicurangi.
Aku cuba untuk mencuranginya dengan harapan dia akan meninggalkan aku tetapi tidak berjaya kerana segala bukti yang ada pada tangannya dan juga hati aku yang seakan tidak mahu meninggalkannya. Pendek kata, aku tak boleh meninnggalkannya.
Apapun, aku mohon kalian doakan aku dan dia cepat disatukan. Aku tak kisah kalau nanti berakhir kepada sebuah perpisahan. Memegang gelaran janda lebih baik dari menjadi perawan ternoda.
Lagipun sejarah keluarga aku yang panjang, perkahwinan pertama tidak pernah kekal. Termasuk adik beradikku. Maka, aku juga tidak akan terkecuali. Kebarangkalian itu tinggi.
Kalau ini takdirnya. Aku terima. Doakan aku dan dia juga supaya ada sesuatu yang boleh menghentikan aku dan dia dari meneruskan perbuatan terkutuk ini dan benar-benar kembali bertaubat dan kemudian disatukan dalam sebaik-sebaik masa, keadaan dan tempat.
Aku juga tak mahu terus menerus berlari jauh dari Tuhan begini.. Sakit.. Tidak tertanggung…
Mahu menggapai Tuhan tapi dengan dosa yang tak putus..aku tak terdaya dan paling sakit, aku sedar dan tahu hukumnya.. Aku rasa dibvnvh dengan kebaikan Tuhan kepada aku sedikit demi sedikit..
Doakan aku.. doakan aku dan dia kembali kepadaNya dengan taubat! Bantu aku! Bantu kami wahai mukminin dan mukminah yang dikasihi Allah dan didengari doanya.. Bantulah kami dengan doa kalian!
Sesungguhnya aku tak berdaya berdoa beseorangan begini.. Bantulah aku, saudaramu yang jatuh dalam lembah jahanam dunia ini.. Bantulah kami!
Semoga dengan bantuan kalian, mendatangkan rahmat dan pertolongan kepada kami untuk kembali bertaubat dan disatukan dengan sebaik-baiknya.
– Ahli Neraka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit