Jangan Ingatkan Aku Tentang Tuhan III

Assalammualaikum. Hi, ni aku Ahli Neraka. Aku tahu ramai kat bahagian komen marah sebab aku guna nama Ahli Neraka tu. Aku masa tu tengah stress, fed up semua ada. Aku rasa macam tak ada harapan sebab tu aku tulis nama aku macam tu.

Kalau mana yang baru first time baca confession aku ni. Kat bawah ni aku letakkan link..

Untuk part I, (https://iiumc.com/jangan-ingatkan-aku-tentang-tuhan/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/jangan-ingatkan-aku-tentang-tuhan-ii/).

Aku tahu, patutnya confession aku takde sambungan dah. Tapi ni lah dia nak cerita ni. Ada sambungan..yang aku tak duga.

Aku ingat kami dah betul-betul putus. Tapi berbulan-bulan ni, putus sambung, putus sambung. Dia pujuk aku macam taknak hilang aku. Lepastu aku asyik bagi peluang lagi dan lagi.

Bodoh kan aku ni? Aku tahu. Tapi orang tua-tua ada kata, “Kalau orang dah dilamun cinta ni dia memang bodoh lain macam sikit. Dah putus baru sedar. Selalunya macam tu lah.”

Tapi itulah, kali ni putus dia dah tak cari aku dah. Last dia cakap kat aku, dia ‘dilamar’ oleh seorang pakcik kat kampung dia untuk anak saudara dia. Kata pakcik tu, anak dia serba elok tak bebas macam orang lain. Cukup agama. Pandai jaga diri.

So, dia nak terima lamaran Pakcik tu. Dia kata hubungan ni dah takde harapan. Dia nak fokus pada kerjaya dan hidup. Aku tahu ayat gini kalau orang laki dah guna.. Tunggu masa jela aku dengar dia dah nikah dengan orang lain.

Aku geram dua hal. Satu, pasal dia dah dapat macam-macam dari aku lepastu nak tinggal aku. Dua, kesian kat perempuan tu. Susah payah jaga diri dapat jantan yang dah buat macam-macam kat perempuan lain.

Betul lah kata orang, masa silam ni elok tak payah cerita la kat boyfriend ke bakal suami ke suami. Kalau tak, diambil kesempatan macam ni lah. Last-last ambil perempuan yang ‘suci murni’ jadi isteri.

Lepastu ayat yang paling femes.. Aku dah jadi baik. Aku dah bertaubat.. Jadi semuanya dah zero.

Senang hidup.

Fuhhhh.. dunia ni betul-betul tak adil..

Memang orang yang aniaya hidup orang ni Tuhan bagi diorang bahagia ke?

Kenapa aku kena lalui semua sengsara ni? Ada cara tak nak jadi baik tapi tak naif? Aku blank sekarang ni.

Aku tahu aku buat silap. Aku bodoh. Aku buat semua tu sebab aku ‘percaya’. Aku percaya dia takkan buat aku macam tu. Aku percaya yang dia masih boleh berubah.

Dia memang dah berubah banyak. Tapi bila datang orang lagi baik dari aku. Dia tinggalkan aku. Sedangkan masa dia teruk. Masa perangai dia teruk gila. Aku stay. Aku bertahan. Aku nak dia jadi baik untuk orang sekeliling dia..dan baik untuk aku jugak.

Dia dah janji nak ambil aku jadi isteri. Malah dia tanya semua impian aku dan macam mana aku nak bentuk keluarga nanti. Ex-ex aku pun tak pernah tanya soalan macam ni.

Aku ingat he is THE ONE. Sebab dia tanya semua soalan yang biasanya orang yang betul-betul serius dalam hubungan je akan tanya.

Nampaknya aku silap. Soalan serius pun akhirnya aku ditinggalkan jugak. Aku tertipu.

Bertambah sedih. Dia buat aku macam ni sehari sebelum tarikh 5 bulan kami kenal. Aku nak celebrate dengan dia happy-happy. Bukan dengan airmata.

Aku nangis weh. Gigil tangan aku bila aku dapat Whatsapp dari dia macamtu. Sampai hati. Dia pilih tarikh tu. Memang nak suruh aku ingat sampai mati agaknya. Dah la dua hari lepastu tarikh ulangtahun kematian ayah aku. Bertambah sedih weh.

Aku berharap sangat kalau arwah ayah ada. Aku takkan jumpa lelaki kejam macam ni. Sebab arwah ayah aku akan ajar aku, lindungi aku dari lelaki bodoh macam ni. Tapi arwah ayah dah takde. Aku kena belajar semuanya sendiri. Belajar jadi bodoh dulu. Sakit.

Paling sakit, keluarga aku duk usik-usik aku dengan dia macam merestui pulak. Lepastu pesan kat aku macam-macam.

Diaorang tak tahu kami dah putus weh. Tetiba semua orang happy di kala aku sedih. Aku nak bagitahu pun tak tergamak. Takut kena marah sebab salah pilih lelaki lagi. Nanti bertahun-tahun kena ejek. Bertambah stress aku jadinya.

Jadi, sekarang tengah fasa sedih, sakit hati, denial. Macam tak percaya pun ada. Tapi ada lah satu part dalam diri aku dah lega banyak.

Dua hari sebelum berpisah tu, aku ada solat lepastu aku berdoa kalau dia ni betul jodoh aku permudahkanlah urusan. Kalau bukan pisahkan kami dengan sebaiknya dalam keadaan rahmat.

Aku berdoa tu sebab aku rasa tak sedap hati. Perangai dia dah pelik sikit demi sikit. Mesej pun dah ringkas sangat. Tiba-tiba dah tak cari aku. Kalau tak, dia punya nak perhatian aku tu sampai aku rimas lah.

Aku ada tanya dia kenapa dia perangai pelik ni. Dia kata dia sibuk sikit. Sebab nak kenduri adik dia kahwin. Jadi aku tutup mata jela. Tapi hati aku tetap rasa ada benda tak kena.

Tuptup 2 hari kemudian, tadaaa~ surprise dari Tuhan.. Dia dah ada orang lain. Tak kisah la dia dilamar ke memang melamar ke. Kadang orang laki ni reka cerita je nak nampakkan kononnya dia terpaksa buat pilihan tu padahal hati dia memang dah ada orang lain atau dia memang dah ada backup plan.

Sumpah.. Aku terasa macam perempuan simpanan je selama ni. Eh tak, macam pelacur online. Jadi bahan pemuas nafsu lelaki je. Darjat aku dah serupa atas tanah kena tenyeh lagi sampai lumat.

Arghhhh~ pokoknya aku bodoh la.

Aku nangis weh satu malam. Tapi kan malam tu jugak la aku jumpa satu ayat Al Quran ni, Surah Al-An’am ayat ke-59. Tak silap ayat tu untuk melindungi dari sihir. Ada orang kongsi kat Facebook. Surah-surah yang dibaca untuk keadaan-keadaan tertentu.

Tapi somehow bila aku baca maknanya. Hati aku jadi sedikit terubatlah. Taklah tenteram sepenuhnya. Sakit hati pun tak hilang sepenuhnya. Cuma makna ayat tu buat aku macam okay sikit.

Ayat-ayat Al-Quran yang lain katanya sesuai untuk tenteramkan hati tak buat aku rasa tenteram pun kecuali Surah Al-An’am ayat ke-59 tu.

Petikan daripada Al-Quran: Al-An’aam (6:59)

۞ وَعِندَهُۥ مَفَاتِحُ ٱلْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَآ إِلَّا هُوَ ۚ وَيَعْلَمُ مَا فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ ۚ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِى ظُلُمَٰتِ ٱلْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِى كِتَٰبٍ مُّبِينٍ

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya,

Dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

Ayat tu seolah-olah memberitahu. Allah tahu apa yang aku lalui ni. Apa yang aku lalui ni memang dah tertulis pun kat sana.

Aku memang ditakdirkan bertemu dan berpisah dengan dia ni. Cuma jalan ceritanya aku dan dia kena corak sendiri. Beginning dengan ending memang takdir yang dah ditentukan.

Isi cerita tu aku kena tulis sendiri. Tindakan-tindakan aku, pilihan-pilihan hidup aku bila buat keputusan semuanya itu yang mencorakkan.

Tiba-tiba lah jadi okay sikit. Oh, baru nampak logiknya kenapa nanti kat akhirat kena hukum dan diberi ganjaran. Kena hukum dan diberi ganjaran berdasarkan pilihan-pilihan hidup dan tindakan-tindakan kita sebenarnya.

Aku sebelum ni stress pasal takdir. Kenapalah Tuhan pertemukan aku dengan dia ni dan sebagainya. Kenapa tu, kenapa ni, macam kalau boleh persoalkan segalanya. Lepastu lancar protes dalam diam kat Tuhan. Kononnya, aku tak kisah lah nak jadi apa pun jadilah.

Sebab aku rasa Tuhan tak tengok aku, benci aku. Aku jauh hati dengan Allah. Full package merajuk dengan Pencipta Semesta Alam ni.

Tapi kan..kan.. Bila terbaca ayat ke-59 Surah Al-An’am tu, aku jadi macam happy sangat. Hatta, daun pun Tuhan tahu bila jatuh, gugur, kering semua. Inikan pulak aku yang lagi besar dari daun tu. Ada akal lagi.

Tuhan tengok aku la. Kalau Tuhan tak tengok aku, macam mana ditakdirkan aku akan skrol newsfeed FB dan ditakdirkan ada orang nak share pasal kumpulan surah-surah tu. Ditakdirkan jugak aku tergerak hati nak check maksud surah tu semua.

Tuhan tahu aku sedih. Aku merajuk. Aku marah. Aku kecewa. Aku berdoa aku dibantu untuk dipermudahkan hidup aku bila aku dalam kesulitan dan diberi jalan keluar bila buntu. Aku berdoa jugak sentiasa dipimpin dan tidak ditinggalkan bersendirian.

Terus terang cakap, aku dah baca banyak maksud surah-surah lain. Surah Al-An’am tu je buat aku rasa happy sangat-sangat.

Oh ya, dua tiga hari ni aku praktis baca doa yang Rasulullah s.a.w. wasiatkan kepada Saidina Muaz Bin Jabal sebelum dihantar pulang ke Yaman semula, kata Rasulullah s.a.w. doa tu diberi kepada Saidina Muaz bin Jabal sebagai tanda cinta dan sayang baginda kepada Saidina Muaz.

Doa ni pun aku dapat dari video Ustaz Syed Norhisyam yang keluar kat newsfeed IG aku secara tak sengaja. Dia play automatic lepastu aku macam hook up kat video tu tetiba. Aku tengok sampai habis pulak tu.

Aku ni kalau nak dengar orang ceramah ke apa aku tak berapa suka nak tengok sampai berejam sebab fokus aku cepat hilang dan aku mudah bosan. Tapi tak bermakna aku tak follow ustaz ustazah ni. Aku follow je. Baca je. Tapi sambil lewa jela lagi-lagi kalau video ala-ala nak menangis ni aku memang malas nak dengar. Aku skrol laju-laju.

Tapi video ustaz tu tak sampai 3 4 minit. Aku memang suka la. Lagipun cara dia pancing untuk dengar tu, suara pun ceria je. Buat aku teringin nak tahu apa yang nak disampaikan tu. Semoga penuh pahala ustaz tu sebab buat orang macam aku ni happy balik.

Oh ya hampir lupa nak share.. Doa apalah aku baca tu. Doa dia macam ni… *aku dah try tulis Arab.. entah macam mana jadi terbalik pulak susunan dia.*

Allahumma ai’inni a’la zikrika wasyukrika wahusni i’badatik.

Maknanya;

Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatimu dan mensyukurimu serta memperbaiki ibadahku.

Aku memang nak dibantu oleh Tuhan sebab aku ni manusia yang bersifat lemah. Rasa tak mampu nak hadap dunia ni. Aku memang jenis lupa diri dan kurang bersyukur. Ibadah aku memang tak payah cakap la. Teruk.

Ayat ni memang full package untuk semua masalah aku. Jadi surah Al-An’am dan doa Saidina Muaz bin Jabal ni memang buat aku rasa macam aku ada harapan nak reset balik hidup aku yang dah rosak ni.

Ada harapan nak balik. Aku belum mati lagi. Jadi aku masih ada peluang. Cerita aku belum habis lagi. Aku tak tahu apa aku nak kena bila aku masuk barzakh nanti. Aku taknak fikir. Nanti aku stress.

Apa yang aku tahu, aku nak all-out benda yang terbaik aku boleh buat untuk selamatkan diri aku kat sana nanti. Takde siapa boleh selamatkan aku melainkan aku je boleh selamatkan diri.

By the way untuk pengetahuan semua. 5 tahun dulu aku adalah seorang niqabis, pakai tudung labuh semua.

Lepas aku menoda diri aku dengan ex aku sebelum ex aku yang sekarang ni. Aku tanggal semua pakaian tu sebab aku rasa jijik dengan diri aku. Aku rasa tak layak nak pakai tu. Tapi aku tak buang. Aku simpan.

Aku berazam, bila aku dah jumpa turning point aku. Aku nak pakai balik. Aku sayang. Aku rindu. Aku suka pakaian aku tu. Pakaian yang memang panas tapi buat aku bahagia sangat-sangat satu masa dulu. Aku kesal dengan diri aku sebab tak tahan ujian.

Aku ingat aku nak pakai lepas kahwin. Sebab suami aku je yang boleh cakap ya atau tak. Ikut satu orang lagi mudah dari ikut banyak orang.

Bila aku tak kahwin lagi ni, banyak pulak orang yang aku kena dengar cakap. Kena ikut. Tak setuju. 3 tahun aku pakai aku hadap macam-macam kata perlian dan sindiran keluarga aku. Pedih.

Tapi aku dah mintak izin Mak aku dan abang aku sebagai wali aku, penjaga aku. Aku nak pakai balik. Diaorang happy untuk aku.

Ahli keluarga aku yang lain aku tak tahu lah lagi nak bagitahu macam mana. Eh, dah macam orang baru nak masuk Islam pulak dia punya takut nak bagitahu. Nervous dia macam ni kot agaknya. Apa lah reaksi diorang nanti. *overthinking*

Allah takdirkan aku jumpa dia tu, supaya buat aku sedar balik. Turning point aku yang aku nak sangat tu. Rasa jatuh terjelopok sesungguhnya ni. Memang kalau tak tahu sakit, tak tahu serik aku ni.

Dulu, aku fikir siapalah nak kahwin dengan aku lah dengan penuh masa silam ni. Aku nak berubah lepas kahwin kononnya. Nak usir insecure aku sebab dah ternoda. Datang lelaki yang konon boleh terima segalanya pasal aku pun bila datang yang lagi baik boleh tinggal aku. *Aku slow-slow nak maafkan dia.*

Jadi, bila dah jadi macam ni. Tak payah tunggu lelaki dan tak payah tunggu kahwin sebenarnya kalau nak berubah. Nak berubah, biar berubah sekarang. Mati tu pasti. Kahwin belum tentu. Kawan aku pun dah sorang demi sorang meninggal. Itu belum kahwin semua tu. Seram pulak aku.

Ala, takde siapa nak pun takpe. Kalau aku budak baik dengan sesungguhnya, Tuhan akan bagi aku jodoh yang terrrbaik kat syurga nanti. Mana tahu, jodoh aku salah seorang pemuda Al-Kahfi. *berangan* Boleh muda selamanya. Cantik selamanya. Bahagia selamanya.

Kata Abang aku, “Selangkah masuk ke syurga, kesengsaraan di dunia ibarat sebuah mimpi semata-mata.”

Bestnya kan kalau semua kesengsaraan ni jadi mimpi je nanti.. Tak syabarrrr nak jadi baik.. Weh korang, terima kasih tau doakan aku.. Doa siapalah yang termakbul ni.. Doa korang yang sesaat terdetik dalam hati untuk aku tu Allah terima weh..

Aku tak sabar nak jumpa korang nanti kalau aku masuk syurga… Doa paling baik adalah doa seorang mukmin kepada mukmin yang lain tanpa pengetahuannya.

Semoga Allah merahmati kalian… Oh ya, korang.. Kalau korang ada teknik untuk aku hafal Al-Quran bagitahu ye..serta pantang larang. Aku asyik lupa surah lazim la. Dah hafal pun tak lekat-lekat. Mujur 4 Qul, Ayatul Qursi dan AlFatihah masih melekat. Yang lain dah tak ingat. Tolong aku ek..

Apepun akhir kata, terima kasih banyak-banyak sekali lagi.. Aku sayang korang kerana Allah..

Sorry tau kalau ada yang nak berkawan ke apa tu saya tak sambut. Saya malu nak berkawan dengan korang. Nantilah kita jumpa kat syurga ek… Kalau aku takde kat sana, panggil je aku dari neraka k?

Semoga Allah merahmati kita semua. Terima kasih admin sebab sediakan platform macam ni. Aku antara ratusan manusia yang rasa dibantu secara diam-diam dengan platform ni..

Bye, jaga diri dari COVID dan jaga iman dari dirosakkan ye.. Dunia dah tak lama. Kasi pulun untuk jadi baik.. Kalau tak sekarang, bila lagi kan?

– Taknak Jadi Ahli Neraka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *