Kita boleh ada masalah, kita boleh diuji, kita boleh seronok, kita boleh sedih, kita boleh macam-macam.
Tapi, kita tidak boleh jadi toksik, kita tidak boleh tunjuk aib sebenar kita dekat orang lain, kita tidak boleh katakan yang kita benar dan orang lain salah sebab kita sudah tunjukkan sifat marah dan dendam yang lama dipendam.
Bukan orang lain munafik dan kita jujur dek kerana kita tidak sabar, tetapi sabarnya orang lain kerana iman dan sifat baik dalam diri mereka dan tidak sabar kita kerana ikutkan hasutan iblis.
Selesai dengan cara baik, doa minta yang baik-baik dan jangan gunakan orang lain untuk lepaskan “tinja.” Dah 2025 masih nak berfikiran kolot? “Aku toksik bukan kau yang masalah.”
Tapi masalahnya toksik kita itu jahanamkan hidup orang lain, dan akan bagi kesan kepada hidup kita juga. Hati tidak tenang, terkenang salah silap kita dekat orang lain.
Berubahlah jadi manusia yang memanusiakan manusia.
Jangan jadi Iblis yang cuma tahu melepaskan dendam, marah dan khianat kepada orang lain. Jangan cuma tahu dengan mendabik dada dan riak muka bengis boleh tundukkan semua makhluk.
Kadang wajah yang tenang dan hati bersih boleh buat orang sayang, bukan semata-mata tunduk dan takut.
– Nahrin Alyashu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit