Assalamualaikum Wbt. Terima kasih pada admin. Semoga Allah merahmati.
Terus pada isi, jangan jadikan ibu bapa seperti orang gaji untuk menjaga anak kita. Ya, walaupun diriku belum lagi berumahtangga, tapi diriku sebagai anak yang setiap hari melihat kepenatan, perit payah menjaga cucunya terpanggil untuk berkongsi hal seperti ini kepada semua. Malah jika para ibu bapa di luar sana yang sudah lama mendirikan rumahtangga dan sudah banyak pengalaman, jika ada cadangan atau tunjuk ajar kepada diriku khususnya dan kepada para pasangan di luar sana amnya dalam mencari penyelesaian masalah seperti ini.
Diriku sebelum ini memang sudah bekerja, kerja dalam institusi agama. Bidang yang ku minati tetapi ku memilih untuk berhenti kerja kerana sangat kasihani ibu ku yang penat menjaga anak saudaraku. Ya benar, memanglah jika kita ajukan kepada ibu kita untuk menjaga anak kita, sudah pastinya ibu bapa kita tidak akan menolak. Kerana sudah fitrah sifat seorang ibu yang lembut dan mempunyai empati yang tinggi pada anak2 nya. Tambahan pula pada cucu kesayangan. Di mulut seorang ibu secara zahirnya, pasti sukarela ingin menjaga cucunya. Tetapi sedarkah kita bahawa rungutan daripada hati kecil ibu kita mula tumbuh saat dirinya kepenatan.
Jujurnya diriku sangat sedih dan terkilan melihat situasi di akhir zaman ini. Seperti sabda Baginda Nabi Saw, di akhir zaman ini akan terjadinya seorang ibu melahirkan tuan. Ya Allah ampunkanlah kami jika kami ini sudah tergolong dalam golongan yang seolah menjadikan ibu bapa kami seperti orang bawahan kami. Ya benar wahai dirimu, memang benar seorang ibu itu menerima dengan sukarela untuk menjaga anakmu, tetapi janganlah dirimu merasa selesa atas penerimaan itu. Malah jauhkan pula dirimu untuk mengambil kesempatan di atas penerimaan ibumu itu.
Wahai dirimu insan yang mulia. Balaslah harga budi ibu mu semampu dan sedaya upayanya dirimu. Walaupun tidak akan pernah terbalas segala jasa pengorbanan ibu kepada dirimu. Ingatlah wahai anak, keluh kesah di hati kecil ibu sudah cukup membuat hidupmu tidak diredhai Allah. Maka apa lagi ketenangan yang akan engkau cari jika redha ibu tidak engkau temui
Wahai dirimu, balaslah segala kepenatan ibu mu dengan senyuman, akhlaq yang tinggi dan hargailah ibumu dengan hadiah. Memang benar ibumu tidak akan meminta bayaran, tetapi berpada padalah engkau wahai anak yang waras. Bukan nilai yang ibumu minta, tapi belikanlah apa sahaja hadiah atau belikanlah barang dapur untuk rumah ibumu.
Memang benar, mungkin ku tidak layak untuk bicara hal ini dihadapan kalian yang membaca kerana mungkin kalian lebih banyak lagi pengalaman dalam kehidupan. Tetapi dari hati kecilku sebagai anak yang sering menjadi tempat ibu ku meluahkan perasaan, ku menulis juga sebagai renungan dan pengajaran di masa hadapanku kelak. Ku akan lakukan apa sahaja buat ibu bapa ku untuk meringankan beban kepenatan ibu ku.
Wahai sekalian para pembaca berhati mulia, jika hari ini dirimu masih di tahap anak yang belum lagi menyenagkan hati ibu bapa mu, maka pulanglah dan mohon ampun kerana di situlah pintu permulaan ketenangan hidupmu. Jika hari ini dirimu masih lagi melawan kata kata ibumu, sedarlah masih belum terlambat. Jika hari ini dirimu masih lagi sibuk melayani teman wanita atau teman lelakimu lebih dari engkau berkhidmat berbakti pada ibu bapamu, maka berjaga jagalah kerana celaka sedang menunggu di pintu rumahmu.
Janganlah dirimu berasa selesa dengan kebiadapan dirimu kepada ibumu. Jadikan azam tahun baru ini untuk berubah selagi masih ada sisa waktu. Maafkan diriku jika ada salah silap dalam penulisanku yang murah ini. Namun semoga ianya mahal di sisi Allah.
Doakan kebaikan bersama. Senyum.
– Anak yang faqir
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit