Assalamualaikum w.b.t. Nama aku Saiful.. orang panggil Epul. Aku pun tak pasti kenapa pilih nama ni yang pasti bukan nama sebenar lah, dah yang ni ja terlintas dalam kepala aku.
Aku anak tunggal. Selalu dan biasanya orang cakap anak tunggal ni anak MAK. Yaa memang aku anak mak sebab semua tugas dan tanggungjawab atas bahu aku. Tapi sebagai manusia aku ada juga hobi seperti memancing, hiking dan lain lain.
Setiap kali hujung minggu sabtu atau ahad aku akan pulang ke kampung untuk jenguk mak ayah aku sebab kami tinggal berasingan. Dah jadi kewajipan aku hujung minggu untuk jenguk orang tua sebab aku tak ada adik beradik lain.
Sampai satu masa, tiba lah masa aku berkahwin. Mak aku layan isteri dengan baik hingga sampai hari ini walau dah bertahun kami kahwin tak pernah sekalipun mak aku sebut dan komplen tentang kekurangan isteri aku.
Tak pernah merungut atau mengadu hal yang buruk pasal isteri aku. Mungkin juga sebab dia lah satu satunya menantu mak aku.
Family mertua aku juga semua baik baik. Kalau ada yang kurang dan perkara yang aku tak suka, cukup aku lihat dan dengar saja tanpa menyebar cerita kepada sesiapa. Tapi lain pula isteri aku.
Ada satu hari aku dapat tahu yang isteri aku ada mengumpat dan cerita buruk pasal mak aku. Sedangkan mak aku tak pernah cakap apa-apa pasal isteri aku. Layan dia lebih daripada anak sendiri.
Aku sebagai anak tunggal kadang kadang tersepit antara mak ayah dan juga isteri. Tapi aku dah cuba jalankan tanggungjawab aku dengan baik.
Cuma kadang kadang aku rasa bersalah bila terpaksa menolak permintaan mak aku. Sebab isteri aku tak suka bila kerap balik ke kampung. Bila balik kg, makan dan lain lain mak aku atau aku yang sediakan. Kadang kadang makan diluar. Aku balik kg cuma nak ziarah mak ayah aku saja.
Dulu aku kerap pulang ke kampung. Sekarang terpaksa aku selang seli kerana nak jaga hati isteri aku. Aku pernah cakap pada mak.. Satu hari nanti nak pindah kerja di kampung. Tapi mak aku suruh aku pindah ke kampung mertua.
Disebabkan isteri aku penah cakap dekat aku yang aku ni “anak mak” jadi aku memang tak kan dengar cakap mak aku.
Kami pernah bergaduh hanya sebab aku ajak balik kampung aku. Aku pun tak tahu dimana kurang dan silapnya. Tapi aku cuba berlaku adil,bila cuti aku akan ajak balik kampung aku dan kampung mertua.
Satu hari aku betul betul nak marah dan rasa susah terima bila dapat tahu isteri aku mengumpat dan cerita buruk pasal mak aku dengan orang lain. Sedangkan mak aku layan isteri aku lebih pada anak dia sendiri.
Aku tak tahu la apa yang isteri aku tak suka dan marahkan mak aku sampai macam tu sekali.
Mungkin sebab aku ni “anak mak” selalu dengar cakap mak. Layan karenah mak aku. Sebab tu isteri aku buat macam tu pada mak aku
.Cuma aku sedih sikit la sebab aku tak pernah mengumpat, mengata family mertua terutama mak dan ayah mertua aku.
Kepada wanita yang masih belum berkahwin tu, fikir fikir lah sama ada sanggup berkahwin dengan “anak mak” atau cari suami yang ramai adik beradik.
Dan kepada “anak lelaki tunggal mak” fikir fikirkan lah sama ada nak terus membujang jaga mak ayah atau bina rumah tangga.
Kalau bakal isteri sanggup terima anak tunggal ada tanggungjawab yang besar, berkahwinlah, jika tidak membujanglah sampai tua. Hehe..
Yang masih bujang moga cepat bertemu jodoh, jodoh yang baik-baik.
Doakan rumah tangga aku yang setahun jagung ni bahagia sampai syurga.
Moga Allah ampunkan dosa aku jika ada yang terkurang pada isteri dan mak ayah aku. Aamiin..
– Saiful (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Komunikasi dik.
Lelaki jd lah qawwam dan pemimpin yg baik dlm rumah tangga.Kena pandai pimpin isteri tu utk jgn bersikap selfish dan berperangai huduh gitu.
Dengan erti kata lain, wpon ko anak tunggal, tak leh lah kan 100% ikut ckp mak. Sebab tu nk jd pemimpin bkn senang. Akk doakan urusanmu dipermudah.
dah kahwin balik rumah mak ayah sebulan sekali pun dah okay dah. tak payah la setiap weekend nak balik.
itulaa tu kekadang si isteri nk jugak rehat privasi.. walaupun ko ckp mkn minum semua mak ko yg sediakan tk kn la bini ko tu nk mengangkang ja tngk tv kn?
Cuba selami perasaan isteri kenapa dia ada masalah nak balik kampung mertua dia tiap weekend. Akk sendiri pernah cakap kat suami tak nak balik kampung belah dia tiap weekend. Walaupun perjalanan ke kampung mertua dari rumah kami dulu hanya 2 jam je. Antara sebab-sebabnya:
Weekend la kaum isteri ni (kalau dia bekerjaya) dia nak settle hal-hal rumah tangga. Macam akk sendiri dik, akk ni kerja yang sangat busy. Kadang pukul 2-3 pagi bangun buat kerja. Jadi weekend tu kalau boleh nak settle kain baju, stok makanan, buat makanan baby, kemas rumah dan sebagainya. Belum cerita nak qada’ waktu tidur lagi. Kalau boleh pagi ahad tu nak golek-golek atas katil je. Kalau tiap weekend balik kampung, sampai ke sudah kerja-kerja rumah tak settle. Perempuan ni dia akan stress bila rumah bersepah baju tak berlipat. Pernah masa bulan Ramadhan kami dok balik tiap weekend rumah mak ayah husband akk, baju tak berlipat berbakul-bakul. Rumah macam tongkang pecah. Dan akk letih gila-gila sampai setiap masa nak melenting. Kalau isteri awak sampai tahap mengumpat tu, mungkin ada la yang trigger dia. Dia terlalu stress atau letih. Cuba berbincang dan selami hati dia apa masalah dia dengan situasi balik kampung mertua tiap weekend ni.