Jangan Kahwin Dengan Lelaki Arab Kalau Tak Boleh Buat Ni

Salam Semua, Nama saya Dian,

Sekadar perkongsian kepada mereka yang nak kahwin dengan lelaki Arab.

Ini pengalaman aku selama 5 bulan bercinta dan setahun tiga bulan berkahwin.

TAK BOLEH BERKAWAN DENGAN LELAKI

– Dari pengalaman aku berkahwin dengan lelaki arab dan berkawan dengan isteri kawan-kawannya yang majoriti adalah orang arab juga, mereka ni pantang kalau isterinya berkawan dengan lelaki.

Maksud aku kalau sebagai rakan kerja pun, jangan keluar makan bersama, walaupun ada kawan perempuan lain bersama, naik satu kereta lelaki dan perempuan walaupun bukan berdua. Bergurau dengan lelaki di ofis.

Aku sebelum kahwin aku memang biasa je berlawak jenaka dengan member-member lelaki di office. Tapi dah kahwin ni rasa takut pulak nak berlebih-lebih ketawa, takut husband tahu, pitam mak.

TAK DIBENARKAN MAKE UP BERLEBIHAN

– Alhamdulillah, aku ni bukan kategori yang make up tebal tu, cukup pakai foundation, bedak, eyebrow sikit (sebab tak de kening) dan lipstick..

Tapi… bila berkahwin dengan Arab, tak boleh pakai lipstick, kalau nak pakai kena pakai lipgloss sahaja. Pernah kami dah bersiap, dia suruh aku pergi sapu balik makeup yang aku pakai. Padahal make up biasa-biasa je. Terpakai lipstick je pun.

TAK BOLEH PAKAI TSHIRT, JEANS.

– Aku sebelum kahwin, ini lah pakaian aku harian. Punya seksa sejak kenal dia, Aku terpaksa ulang pakai baju yang sama, masa belum kahwin dulu, bila nak keluar je, dia minta selfie dulu, tengok lulus ke tak baju aku pakai.

Kadang-kadang siang hari panas lit lit aku pakai jubah dan tudung labuh keluar jumpa dia. Tapi dah sayang punya pasal, masa tu ikut je. Dah kahwin ni, banyak la sikit jubah dan skirt aku, seluar-seluar semua terperuk dalam box tak keluar2 sejak pindah rumah dulu.

Haa.. lagi satu, dia pernah cubit lengan aku sampai lebam, sebab tak pakai handsocks. Pastu angkat-angkat tangan, kebetulan blouse aku pakai tu, tangan besar. memang time tu jugak kena cubit.

TAK BOLEH TINGGI SUARA

– Yang ni cakap dengan dia memang kena cakap perlahan. Suara tersalah tinggi sikit dah kena tegur. Kalau nak marah pun, kena cakap dengan nada rendah.

Kalau dekat luar pun tersalah ketawa besar sikit walaupun masa tu berdua dengan dia je pun tak boleh. Dekat rumah nak gelak kuat tak jadi masalah.

MAKAN MAKANAN ARAB

– Yang ni memang aku dah boleh hafal nama-nama makanan arab. Kalau keluar memang dia akan cari kedai arab nak makan. Tapi kalau teringin makan melayu dia ikut je.

Dekat rumah kalau makanan melayu biasa banyak goreng-goreng, minyak kan, tapi sejak kahwin, minyak satu botol kecik tu, 2 bulan baru habis. Dia tak suka makanan berminyak.

So aku dah bagitahu siap-siap. Aku cuma pandai masakan melayu, kalau nak makanan arab dia kena masak. So Alhamdulillah, weekend memang mostly dia masak.

SUKA DUDUK RUMAH

– Ini mungkin husband aku je kot, Tak suka sangat keluar lepak shopping mall hujung minggu. Dia akan duduk rumah. Kadang-kadang bosan la jugak, sebab kita biasa suka keluar jalan-jalan. Ni tetiba kena terperuk dekat rumah.

TAK SUKA HUTANG

– Ini aku tak pasti semua Arab ke atau husband aku sahaja. Tapi untuk dia, tak ada duit jangan beli.

Macam sebelum kahwin, aku ada hutang personal loan dengan bank. Dia paksa aku bayar sampai habis. Jual emas aku, korek saving aku, duit gaji aku 80% aku bayar hutang. Lagi 20% je buat makan, janji hutang settle. Tapi kalau tak cukup boleh minta dengan dia.

Memang rasa stress time tu nak settle hutang. Tapi sebenarnya bila tak ada hutang ni lega sangat-sangat. Kereta pun dia beli second hand cash.

Ni rumah, nak beli cash tak mampu, tengah berkira-kira nak buat loan. Dia punyak kiraan tu, 7 hari 7 malam tak settle lagi..

So, korang kalau ada Arab suka dekat korang, tapi rasa tak mampu nak buat semua dekat atas tu, jangan terjebak awal-awal. Untuk saya okay je. Tapi nya slowly kau akan hilang kawan, sebab banyak sangat “No” dari “Yes”.

Sekian..

– Dian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Apa yang sis bagitau tu almost 100% betul. I grew up in an arab-malay household. Byk No dari Yes. You akan rasa kena kongkong especially the wife. Pesan i, fikir betul betul kalau nk kahwin dgn lelaki arab. Pls fikir betul betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *