Assalamualaikum…
Nama saya Husna. Confession nie pendek je. Pasal poligami. Husna mintak sangat2 pada kaum lelaki. Jangan nak kahwin dua untuk seronok. Untuk nak bangga diri. Untuk nak upload pada fb. Untuk nak tunjuk hebatnya diri.Untuk nak tunjuk solehahnya isteri pertama bagi kahwin lagi. Tolong jangan.
Bila dah kahwin dua, tanggungjawab jadi 2 bahagian. Bukan untuk suka2 ambil anak orang jadi isteri kedua. Tapi taknak ada tanggungjawab. Manusia jenis apa yang perangai begitu.
Tak kiralah yang nak berkahwin dua nie seorang imam masjid ke, pengerusi masjid ke, pengerusi taman ke, ustaz JQAF ke. Ataupun hanya seorang lelaki biasa. Carilah ilmu dulu untuk kahwin dua. Bukan ilmu nak mengorat@mengayat anak dara orang. Bukan ilmu macam mana nak bermulut manis selalu.
Tetapi ilmu selepas kahwin dua untuk menjadi suami yang adil dan saksama. Tidak berat sebelah. Tidak hanya nampak kebaikan isteri pertama sahaja. Tidak mementingkan hanya kebajikan isteri pertama sahaja. Tolonglah jangan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri dengan perangai ego setinggi Gunung Kinabalu. Carilah ilmu, belajar dulu bagaimana untuk menjadi adil. Key point Husna disini adalah cari ilmu, belajar dgn orang yang alim.
Berkahwin dua bukan untuk nak menunjuk2 tetapi menjadi pemimpin, memberi ilmu dan didikan dengan berhemah kepada 2 keluarganya. Bukan melepaskan tanggungjawab begitu sahaja. Dunia hanya sementara, tempat pinjaman jer pon. Kehidupan di akhirat yang kita cari. Itu sahaja. Harap berbekas di hati. Wallahu’alam.
– Husna
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit