Assalamualaikum, first thing first aku nak ucap terima kasih sebab sudi keluarkan confession ni.
Aku seorang lelaki dalam lingkungan awal 20-an. Aku tertarik nak bercerita tentang mentaliti masyarakat terhadap “kebahagian”, sebab kebelakangan ni makin kerap aku baca nukilan seumpama ni.
Dalam range umur-umur macam ni, kawan-kawan dah start bertunang silap-silap dah ada yang ada anak, makcik-makcik akan start tanya bila nak kahwin, bila nak ada someone special, dan seangkatan dengannya.
To be honest bila dengan soalan macam ni, darah confirm mengelegak. Tapi try to be cool and calm, tengok dari sudut positive. Mungkin mereka-mereka nak bergaul, but in their way lah (lol).
Personally, bagi aku range umur awal 20-an ni terlalu awal untuk bina mahligai impian korang. Iya, aku yakin rezeki orang yang berkahwin ni sentiasa ada, rezeki anak2, etc.
Tapi kalau korang setakat yakin tapi efforts seciput, thinga will never be worth. Aku bukan juga nak cakap, korang kene pulun kaw-kaw keje apa semua. Maksud aku, dirikan rumah tangga biar dalam keadaan bersedia.
Kadar purata dalam setiap jam akan ada penceraian. Memang tak dinafikan, penceraian nie boleh berlaku sebabkan banyak benda. Tapi bagi aku, once you are already to get marry, insyaAllah everything will be alright.
Sebuah perkahwinan tu bukan melibat kan dua insan, tapi ia melibatkan dua buah keluarga. Iya, penyatuan dua buah keluarga. Kalau kau nak terima pasangan kau, kau kena terima seluruh ahli keluarga dia. Macam tu juga dengan pasangan korang.
Ok berbalik dengan apa yang mention awal-awal tadi. Membina mahligai perlu dalam keadaan bersedia. Maksud aku, bersedia dalam semua aspek. Takkan kau baru dapat kerja, pengurusan diri/kewangan tunggang langgang, kau nak start sara anak orang.
Bersedia ni juga, korang kena stand by untuk terima baik buruk pasangan dan keluarga. Kalau boleh, dah dirikan rumah tangga tu better cari rumah sendiri, tak kisah lah walaupun rumah sewa. Sebab manusia rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Sifat iri dalam adik beradik mesti ada.
Untuk pasangan korang juga, mungkin waktu bercinta semuanya indah belaka, hakikatnya selepas nikah. Tiada orang lain yang tahun luar dalam seseorang selain pasangan mereka.
Setiap perkahwinan, mesti letakkan harapan tinggi untuk ada zuriat sendiri. Bersedia untuk jadi seorang ayah atau ibu. Korang bayangkan balik-balik kerja, korang perlu layan kerenah anak yang nak bermanja dengan korang lepas sehari anak dekat jagaan pengasuh.
Dengan badan penat, nak urus rumah, nak layan anak. Thats why, be prepared mentally and physically. Jangan sampai pengasuh lebih “kenal” anak kita berbanding ibu ayah sendiri.
Sediakan simpanan untuk alam perkahwinan ni, jangan korang nak idamkan jadi raja sehari yang gah level weeding of the year, tapi hakikat nya penuh hutang/loan sana sini.
Sediakan simpanan tu sebaik mungkin, persiapan jangka masa panjang. Bersederhana adalah lebih baik. Tapi hakikatnya zaman sekarang, berbahagia untuk sehari tapi berduka untuk puluhan tahun.
Aku suka dengan quotes ni, “If you are keep waiting things happen to be happy, bila kawen baru happy, bile sambung degree baru happy, mentaliti macam tu sampai bile-bile takkan happy. Try to be happy right now. Happiness start with you.”
Aku harap korang dapat lah sedikit sebanyak dari penulisan aku ni. Aku tak berapa pandai nak express dalam penulisan tapi dah cuba habis baik. Semoga kalian sentiasa dalam lindungan-Nya. Di lain kesempatan dan peluang. Sekian.
– Ezzy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit