Jangan Main-main Dengan Doa Orang Teraniaya

Hi, asalamualaikum semua. Di sini aku hanya nak kongsikan 1 cerita sebenar yang terjadi dengan orang terdekat aku. Aku namakan dia Amy.

Amy ni lumpuh. Aku tak pernah tahu apa diagnose penyakit dia, tapi dia boleh bercakap dan berfikir normal, cuma kaki dan tangan dia tak develop dengan sempurna. So dia memerlukan jagaan dan bantuan untuk buat hampir kesemua daily tasknya.

Semasa bersekolah, aku pernah jaga Amy hampir 2 tahun. Berulang ke rumahnya tiap petang selepas sekolah, memandikan, masak serta membantu dia baring tidur di atas katil sebelum aku balik ke rumahku.

Amy ni anak tak sah taraf. Ibunya masih hidup, cuma bekerja dan menetap dia luar daerah dengan keluarga baru.

Ayah kandungnya, aku pun tak pernah jumpa, cuma dengar kata dari awal mak amy tahu dia mengandung ayahnya nak bertanggungjawab tapi mak amy tak mahu kerana taknak kahwin dengan orang tak berapa nak kaya.

So lepas mak Amy ni bersalin, dia jaga amy sampai umur 7 tahun lepas tu tinggal dia dengan nenek dan atoknya. Nenek dan atok Amy dah tua, sebab tu aku tolong jaga Amy dengan sedikit upah. Tapi niatku lebih kepada menolong.

Ketika menjaga Amy, terlalu banyak cerita yang dia luahkan kepadaku. Tentang bagaimana maknya menyiksa dia ketika dia kecil (dia dah boleh ingat).

Maknya pernah memasukkan dia ke dalam tong air, dan hanya memerhati Amy tenggelam. Dah macam nyawa-nyawa ikan barula maknya keluarkan dia dari tong air tu. Fuh seram.

Mak Amy juga kerap membawa amy berjumpa dengan rakan2 lelakinya sambil membuat benda2 tak senonoh depannya. Astaghfirullahaladzim. Mengucap panjang bila dengar.

Selepas dah tak tahan duduk terperap di kampung, mak Amy tanpa kebenaran neneknya pergi berhijrah ke daerah lain, mencari kerja katanya. Maka tinggallah Amy dengan nenek dan atoknya yang makin lama makin uzur.

Semasa bekerja, mak Amy merahsiakan statusnya kepada semua orang baru di sekelilingnya. Mengaku bujang sedangkan anak OKU ditinggal dengan mak bapaknya.

Akhirnya mak Amy nak settle down dengan 1 jejaka bujang ni. Berasal dari daerah jiran. Semasa pulang ke kampung untuk urusan bertunang sampailah berjaya dinikahkan, mak Amy berjaya menutup mulut semua orang dari memberitahu suaminya bahawa Amy tu sebenarnya adalah anaknya.

Suaminya (ayah tiri Amy) cuma maklum Amy ni adik kepada isterinya. Selepas berkahwin, mak Amy ni seolah olah nak lepas terus dari tanggungjawab menjaga amy.

Lebih teruk ketika sebelum berkahwin. Call dah tak nak angkat, balik kampung pun kalau boleh dielakkan dia akan elak. Duit keperluan Amy pun langsung tak diberi, apatah lagi bertanya khabar.

So Amy ni sampai 1 masa (lebih kurang setahun lepas mak dia kahwin) dia dah tak tahan, plus dia rasa bersalah bersekongkol menipu so dia dengan berani call ayah tirinya. Membuka segala rahsia maknya.

Terkejut beruk ayah tirinya ketika itu. Hampir bercerai, tetapi syukur jodoh masih panjang. Ayah tiri Amy ambil keputusan untuk memaafkan mak Amy.

Tapi mak Amy sangat marah gila2 dengan Amy. Sanggup pulang ke kampung hanya untuk melunaskan rasa marah kepada Amy. Disumpah serana amy dengan perkataan cacat, tak tahu untung, baik dibunuh masa kecik dan macam2 lagi.

Amy yang selama ni banyak berdiam pun hilang sabar,maka keluarlah ayatnya yang berbunyi, ”aku sumpah, seumur hidup mak.. Anak yang cacat ni la satu-satunya anak mak di dunia ni”

Di sinilah isi sebenar confession ni. Kata2 Amy tu benar2 menjadi kenyataan. Sepanjang maknya berkahwin dengan ayah tirinya, maknya pernah mengandung 9 kali. 9 kali guys.

Semua gugur tak lekat2, Dah try berubat macam2, kandungannya memang semuanya jatuh. Sampailah mak Amy ni menopos dan ayah tirinya dah pun meninggal sekarang. Maka jadilah Amy anak satu2nya di dunia.

Sebab pengalaman Amy ni lah, aku sangat2 takut kot2 ada teraniaya orang secara sengaja ke tak sengaja. Sebab aku dah pernah tengok macamana berbisanya doa orang yang teraniaya ni.

Sebenarnya kalau nak cerita penderitaan yang Amy lalui kerana maknya ada banyak sangat. Tapi tak mampu aku nak taip banyak2. Cukuplah sampai di sini sahaja, asalkan kita sama2 dapat mengambil iktibar.

Terima kasih kerana membaca.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *