Jangan Mendesak

Assalamualaikum semua pembaca setia. Semoga semua sihat dan dipermudahkan urusan.

Kali ni aku menulis untuk meluah perasaan dan meminta pendapat pembaca semua. Aku cuma seorang seller online. Kebanyakan barang aku menjadi dropship sahaja.

Pendapatan aku cukup memandang kan aku tidak berkahwin lagi walaupun aku sudah mencecah 30 tahun. Jadi aku menggunakan sosial media sebagai tempat pengiklanan produk yang aku jual.

Dan semua media sosial aku ni aku buat yang baru dan tidak akan mengganggu personal account aku. Jadi aku ada 3-4 account termasuk account personal.

Jadi kebanyakan pelanggan aku adalah dari seluruh Malaysia yang aku pun tak kenal. Tapi alhamdulillah rezeki sentiasa ada walaupun kadang2 penah jugak sikit saja untung komisen aku ni.

Bayangkan sampai kawan2 ada tanye ‘ko kerja ape sekarang’? ‘Tak penah tengok kau advertise ape2 pun’, ‘Bila kau berniaga!?’ ‘Ko jual ape?’ ‘Kenapa tak promote dekat kawan?’

Begitu lah soalan yang di tanya. Lepas tu minta Instagram account sebab nak tengok produk2 aku jual dan tanya macam2.

Walaupun kawan tapi bila di tanya pelbagai soalan aku akan menjawab sebaik mungkin seperti aku menjawab soalan customer aku. Tapi akhirnya kawan2 aku ni tak beli pun ape aku jual.

Dia kata baju aku jual mahal, design terlalu moden tak kena dengan taste dia orang. Tapi aku tak kisah sebab rezeki Allah tu luas. Masih ramai pelanggan aku.

Dah bertahun berlalu kawan2 aku tanya lagi tentang pekerjaan aku. Aku masih memberi jawapan sama. Kali ni ditanya pulak untung aku berapa.

Aku jawab jujur walaupun dah bertahun tapi untung aku masing dalam lingkungan 1k-2k sahaja tidak pernah lebih. Malah pernah sejak pkp ni aku dpt 750 saja untung.

Tapi tak apa aku masih bersyukur sekurang2 masih boleh bantu keluarga beli barang basah untuk keluarga makan.

Jadi kebelakangan ni aku lihat ramai kawan2 aku memulakan perniagaan online juga memandangkan mereka semua sudah berkeluarga dan anak semakin membesar.

Jadi aku cuma berfikir yang mungkin dia orang nak cari side income baguslah untuk dia orang. Semoga maju la perniagaan mereka.

Tapi yang buat aku makin tak selesa ialah dia orang masing2 akan hubungi aku dan asyik ajak aku join ahli bawah mereka.

Aku dah tolak cara baik dan memberita aku tidak berminat untuk menjadi ahli. Jadi harapnya mereka faham la. Rupanye tidak.

Bila aku update status Whatsapp or status instagram account personal aku kawan2 aku ni akan respond dan selepas 2-3 kali membalas mereka akan terus ajak join bawah dia.

Benda ni berterusan sampai aku dah rasa stress sebab aku dh lebih 8 kali bagitau aku tak berminat jadi ahli. Kemudian suruh aku jadi dropship beberapa produk dia.

Aku setuju dan aku cakap aku try. Nanti klu ada customer aku akan inform dia.

Kawan yang lain pulak tak habis2 setiap satu perbualan akan dikaitkan dengan produk jualan dia.

Pendek kata dia nak aku makan supplement A***y dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sampai aku rasa aku taknak dah borak apa2 dengan dia.

Hakikatnya aku dan keluarga memang makan supplement ni dan kami pernah jadi ahli dengan tujuan dapat la harga murah sahaja bukan untuk aktif menjual.

Selain tu, ada yang kawan rapat yang baru join business mcm ni dan ada kawan sekolah lama yang tiba2 contact.

Aku tak kisah pun dia orang promote. Tapi masalah bagi aku bila mereka masih tak faham dan buat aku rasa dia orang mendesak aku.

Kedua produk ni sama ja sebab ada join seminar yang bincang pelbagai topik kesihatan dan strategy perniagaan mereka.

Berapa banyak kali aku tolak dengan memberitahu aku tidak berminat dengan seminar. Tapi lain kali bila ada lagi mereka masih hubungi aku dan suruh aku join seminar tu.

Bayangkan bukan sorang kawan aku yang jual 2 produk ni. Hampir 4-5 orang. Dan setiap sorang akan mesej aku untuk join ahli dan join talk company dia orang. Kadang2 rasa letih sangat nak jawab.

Bila aku biarkan bluetick saja dia orang akan mesej cakap seolah2 memang aku dah setuju nak join. Ya Allah stress pulak rasanye.

Aku cuma nak hidup aku tenang tanpa kawan2 yang mendesak aku join itu dan ini. Salah kah kalau aku mengimipikan itu?

Perlukan aku reply cakap “lepas ni tolong jangan ajak aku join lagi sebab aku tak berminat”.

Bila fikir balik rasa macam aku tak pernah desak kawan2 aku beli produk aku jual. Kenapa dia orang beramai2 mendesak aku. Bukanla aku nak dekata teknik menjual ni betul sebab aku pun tak kaya mana.

Tapi kalau tengok dia orang kongsi team dia orang dapat 2-3k komisen ke untung ntah.

Tapi aku harap untung dia orang yang banyak dari aku ni janganlah pulak nanti jadi alasan untuk dia orang paksa aku lagi dengan alasan nanti dah join duit aku akan lagi banyak dari jualan dropship aku sekarang ni.

Aku ni cuma dropship baju untuk kaum wanita je. Ada rezeki customer beli adalah rezeki aku. Kalau customer tak buat payment aku doa semoga customer lain pulak yang beli. Tidak mendesak dan tiada paksaan.

Kepada pembaca sekalian normal kah perasaan rimas dan rasa didesak aku ni? Ada cadangan tak ape perlu aku buat. Tolong komen ye…

– Miss jee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *