Jangan Menghukum

Assalamualaikum. Sebelum saya bercerita, saya ingin berterima kasih kepada admin yang sudi post cerita saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada anda yang membaca cerita budak 14 tahun yang tak kenal erti matang ni lagi. Saya harap yang membaca cerita saya ni bolehlah lah kurangkan membawang/judge orng dan sebagainya, yang boleh memalukan dan membuka aib orang lain.

“Lidah lebih tajam dari pedang”. Ini antara ayat ( or whatever yang boleh dipanggil) yang aku selalu jumpa setiap kali aku scroll insta ataupun twitter. Seriously, aku rasa aku faham ape itu maksud ayat tu, tapi aku baru sedar yang aku tak faham maksud dia sehinggalah suatu perkara berlaku kepada kawan aku. Ya, aku memang suka kutuk dan bukak aib orang. But itu dulu. Aku tak buat dah benda camtu.

Aku ni seorang yang tak peramah mana. Kalau nak cakap dengan aku, korang mesti tegur aku dulu. Setelah, 2 tahun jadi budak sekolah menengah(ya aku baru 14 tahun tapi dah nak masuk 15 ok) aku pun end up berkawan rapat dengan 6 orang ja iaitu Ina, Aqila, Fatin, Lina, isya dan Ati. (Bukan nama sebenar). Diorang ni memang jenis gila-gila dan masuk air. Satu sekolah kenal kiteorang. Sorang class clown, sorang kaki nari kpop, sorang kaki bising , dua orang lagi popular sebab rupa diorang. Tapi kat sekolah jelah. . hahaha. Then, aku pulak jenis ikut je apa diorang buat. Dan sebab diorang, aku sekarang dah jadi lebih yakin dan positif.

So cerita ni about Aqila. Aqila ni lawa orangnya. Jadi, ramailah laki yang suka dan minat dekat dia, nak ajak couple lah apelah haih. Tapi, Aqila tak pernah layan diorang ni, sebab taste dia tinggi hahahah. But one day, dia suddenly bagitau kiteorang yang dia dah couple. Biaselah, bila dah couple si lelaki mestilah nak jalan sesama lah, balik sesama lah, gi sekolah sesamalah. (Tapi taknak pula berjaya sesama cehh).

Bila si Aqila dok ikut je pemintaan lelaki tu, mulalah nama dia jadi buruk. Orang dok cakap dia gatal dan bermacam lagi. So dia jadi sedih dan emosi dia terganggu. Tapi aku pun kekadang rasa kecewa dengan perangai dia sejak dia couple dengan bf die tu. Ada suatu hari, aku kena pergi jalan sendiri ke sesuatu tempat (sorry malas nak bagi detail) sebab dia nak duduk ngan bf dia. Dan aku mula rasa dia ni dah melebih. Aku pun, start lah cerita pasal apa yang dia buat kat aku tu dekat 5 orang lagi kawan aku.

*Selepas 3 minggu*

Kiteorang start menjauhkan diri dari dia dan kutuk belakang dia. Kiteorang start anti orang yang ada pakwe ni. (ya kiteorang tak matang). Tapi, dia start nak berubah dan kami pun mula berbaik dengan dia. Tapi lepas apa yang dia buat, (sebenarnya banyak yang dibuat bukan yang aku cerita tu je) kiteorang still kutuk belakang dia. Sampai dia menangis, tapi kiteorang still tak kesah.

Tapi, ini baru permulaan. Aku mula sedar lepas kejadian seterusnya berlaku…. Masa tu satu kelas tengah belajar ASK (asas sains komputer). Aqila nak pergi solat sebab waktu rehat dah nak dekat. So lepas mintak kebenaran cikgu, dia pun pergi. Dan dia dengan tak sengajanya terkunci pintu makmal, dan pergi.

Ya, macamtu je dia pergi. Cikgu pun bengang dengan dia. Tapi kiteorang pulak yang kena ceramah dan kena marah sebab dia. Cikgu start lah cakap, korang ni cuba lah bertanggungjawab sikit. Fikir betul-betul setiap tindakan yang korang nk buat dan bla bla bla. Kiteorang bengang gila sebab dia kiteorang kena denda, kena bebel dan ketuk ketampi sebab rehat lambat.

Nampak kecik je kan salah dia?. Tapi kitaorang ngada dan gedik sangat nak benci lama- lama dan kutuk dia. Kitaorang pun palau dia, kutuk dia depan-depan dan sebagainya. Walaupun dia nangis-nangis minta maaf. Tiga hari berlalu….

Aku dapat mesej yang mengejutkan dari Aqila. Mesej tu tentang dia NAK BUNUH DIRI!!. Dia cakap dia dah tak tahan dengan semuanya. Tapi kiteorang still judge dia masa tu melalui mesej. Cakap yang dia lemah semangat sangat lah, gedik lah, drama queen lah. Tapi dia tak tau lah sebab group whatsapp lain kiteorang mesej. Group whatsapp yang takda dia. Bila terkenang balik, ya allah, rasa berdosa sangat. Dahlah dia nak tamat kan riwayat hidup dia, but aku still kutuk dia.

Tapi ajal ditangan tuhankan? Dia tak jadi bunuh diri sebab mak dia halang. Bila dapat tahu je pasal tu, rasa lega dia allah je tahu. Happy sangat time tu. Aku sanggup tak tido sampai 6 pagi walaupun esoknya sekolah sebab nak tau berita pasal dia. Tapi dia tak dapat datang sekolah selama 5 hari sebab nak berehat katanya.

Tapi, rasa bersalah aku tu membuak-buak bila aku dapat tau yang dia tu sebenarnya kena gangguan jin dari darjah 4/5 camtu. Jadi bila emosi terusik sikit mulalah dia fikir nak bunub dirilah apelah sebab jin dalam kepala dia tu asyik hasut dan control dia. Jadi ayat macam “ei gediklah kau ni” betul-betul melukakan dia. Kalau tu je kiteorang cakap takpa lagi, tapi pelbagai ejekanyang kiteorang lemparkan kepada dia.

Lepas aku tahu kisah dia, aku mula sedar perkataan kesat tu mungkin ringan je kita ludahkan, tapi berat untuk orang lain telan. Sebab tu lidah lagi tajam dari pedang. Tapi sekarang ni, kiteorang dah berbaik. Dia pun sekarang alim sangat-sangat dan banyak mengajar aku tentang agama.

So, apa yang aku nk sampai kan ialah, kalau korang ada kenal someone yang buruk dimata korang sebab salah diorang yang kecil, takpayah lah kot nak kena kutuk dan aibkan dia depan semua. Just a simple teguran yang sopan pun aku rasa dah cukup untuk buat dia sedar dengan salah dia sendiri. Sebab kita tak tau mungkin kata kata kesat seperti “bodohlah kau ni” or “tu pun tak tau” boleh memberi impak yang besar kepada dia sehingga dia nak buat perkara-perkara yang tak betul kepada diri dia.

Jadi jagalah kata-kata, inshaa Allah kita semua gembira. Sekian, assalamualaikum.

– Alea

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *