Salam semua.
Terima kasih sekiranya admin menyiarkan confession ni. Kepada manusia sejagat mohon sangat jangan jadi orang yang demand dan menyusahkan orang lain. Contohnya :
1) Request minta belanja tempat mahal/tidak mengikut kemampuan dekat kawan sebab nak sambut birthday kau je. Sedangkan kawan kau tak pun minta apa-apa time birthday dia. Terima jelah seikhlas mungkin apa jua pemberian yang kawan kau bagi. Jangan demand. Kau hanya akan buat dia terasa sebab kau seperti tak menghargai pemberian “seadanya” itu.
2) Tidak semestinya orang yang bekerja tu sentiasa mempunyai RM1Million dalam akaun dia. Tak perlu lah setiap kali jumpa suruh belanja sebab dia gaji RM1 lebih dari kau. Setiap orang ada komitmen masing-masing. Jangan suka semaikan perangai meminta-minta ini. Hormati pendapatan orang lain.
3) Kalau orang lain pergi bercuti, tak semestinya dia wajib belikan something untuk kau. Dia simpan duit untuk travel bukan nak penuhi tuntutan souvenirs kau. Kalau dia bagi, Alhamdulillah. Kalau dia tak cakap apa-apa, jangan nak buat perangai sentap.
4) Kalau kawan kau kahwin dan dia tinggal jauh dari tempat kau sekarang. Jangan demand minta sediakan tiket kapal terbang/pengangkutan/homestay. Dia dah cukup banyak keluar duit untuk kahwin. Adalah lebih baik sekiranya kawan mengurangkan beban bakal pengantin tersebut. Kalau tak dapat datang, cukup lah doakan yang baik-baik. Hantar hadiah sekiranya berkemampuan.
Banyak lagi sebenarnya kes-kes suka demand dan meminta-minta ini. Walaupun dia kawan kau, jangan lah anggap dia tu sentiasa berduit/kena penuhi kehendak kau. Apa yang diberi, terima seikhlas hati. Zaman sekarang ni zaman semua benda mahal. Jangan expect nak orang lain tanggung kita. Jangan biasakan diri kita dan keturunan kita ni meminta-minta. Nak souvenir, pergi travel sendiri. Nak makan best, pergi belanja diri sendiri makan tempat mahal.
Sekian itu sahaja.
– Ms.Amira
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit