Jangan Mudah Judge

Sekarang mudah kan org nak nilai org.

Ibarat diri tu ‘sempurna’ sangat…

Yes, aku tahu ada kritikan tu betul ,,, tapi lebih nya nk tunjuk diri tu baik sangat..

Tak yah ambik jauh jauh lah ambik dalam family aku sudah…

Aku anak tunggal and then, ada masalah sikit fizikal sikit. So 95% hidup aku, just dgn mak ayah aku…

Mak aku nie garang nak mampus, yelah dulu masa umur 5 tahun aku x nak share aiskrim dengan dia pun, aku kene bedal separuh mati, hahaha. Tak cukup tu di baling cawan plastik warna kuning kat muka aku sampai darah huhuhu..

Tapi bila aku besar mak aku dah jadi macam kawan… Sampai ayah aku ckp ‘nie lah gaye nye 24 jam berkepit ngn mak je suka membebel’.

So, its normal ada masa aku panggil mak aku singa, aku tepuk peha dia kuat kuat, aku panggil dia makcik lah apa lah.

Ayah aku pulak aku panggil bangla, hahaha. Ayah aku x kisah pun.

Tapi mak sedare aku tgk dia kata kat anak dia aku kurang ajar weh, mane aku tahu? Sepupu aku sendiri bagi tau..

Aku rasa semua family aku tahu mak aku kalau dia nk marah situ juga dia naik angin, xde nak simpan simpan pastu membawang..

So, macam tulah aku gurau weh,, tu cara kita org ye kita org x de nk sweet likee sayang mak byk byk. Wekk xde makne.

Gurau gurau jugak time mak aku tegas, like solat lambat dia ckp ko nk tunggu malaikat maut dulu baru nak solat?

Ayah aku x basuh pinggan kene sound. Haa yelah awak tu bukan nak basuh semua nak suruh saya buat esok sila tapau. Hakikat dia masak jugak esok, haha.

Ayah aku pulak kalau pergi kenduri ke mane ke dia suka pakai biasa je.. Means xde nak smart smart tapi org kata ayah aku x hormat majlis, ek.. Tu kata majlis g bandar pakai biasa biasa pun ada org bunyi.

But lucky ayah aku nie spesis kalau bende yang org tu ckp x penting so chill.. Anggap je diorg gurau.

Dan aku, aku boleh kata x berape cerdik lah, dulu masa aku kecik pok sedare selalu train aku suh baik lah masalah fizikal aku nie.. Dah masa tu aku 11 tahun yang aku tahu cuma kalau buat bende tu sakit so x nk lh kn.. Sampai sekarang umur aku 21 pun dia still ckp tu lah dulu ‘bebal x nk ikut ckp pak cik’… Kalau x sekarang dah baik..

Serius aku rasa nk menyumpah..tapi mak ayah aku cakap let it be,,, sekurang kurang awak anggota semua cukup lengkap, bersyukur jangan kufur nikmat….

Yes pernah time raya haji, 2 tahun lepas sebab mak mak sedare aku perli, aku cakap kat mak aku nak marah diorg boleh?

Mak aku kata jangan jadi kurang ajar, biar org cakap kita, kita jangan jadi kurang ajar, biar orang nk kata apa allah tu ada…

Jangan mudah menghukum, awak tgk bende 2, 3 minit awak judge macam 2, 3 tahun bende tu depan awak.

– Anz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *