Assalamualaikum warga iiumc.
Terima kasih admin bagi lepas cerita ni. Aku tergerak hati nak menulis selepas baca satu confession iiumc yang tentang tinder tu.
Latarbelakang aku, seorang gadis berusia lewat 20 an dengan pakej lengkap cuma belum jumpa jodoh lagi. Dari aku awal 20an hingga sekarang aku selalu diasak dengan soalan, “bila nak kahwin” dan soalan lain yang seumpama dengannya. Aku bukan tak pernah ramai peminat, bukan jual mahal lagi kuat memilih mahupun tak pernah usaha. Segalanya aku usaha dgn konsisten.
Aku sebenarnya tertarik dengan kenyataan confessor tentang tinder mengenai “ramai lelaki fuckboy” dalam masyarakat kita. Adik-adik universiti sekalian, aku nak bagitahu benda ni betul. Lelaki ni, dia test je mengayat, bila dapat rezeki free jangan ditolak, kalau tak dapat cari yang lain. Mungkin niat certain guys nak test dirty word pada perempuan sekadar suka-suka tapi tak sangka jadi serious thing kan. Aku cuba nak acah-acah memahami dengan elemen sarkastik. Kadang-kadang mereka mengayat sekadar nak menilai keperibadian dan tahap keimanan kita. Mereka ada label untuk perempuan. Perempuan stok wife material, perempuan stok geli-geli (18sx) dan stok cuci mata. Sila buat pilihan kita nak jadi perempuan jenis apa.
Sepanjang diusia 20an ni, syukur aku juga direzekikan untuk berkenalan dengan ramai jejaka yang baik-baik. Entah kenapa dalam baik-baik mereka ni, dorang pemalu, penakut dan acah-acah mengorat, orang kata test market sahaja. Sebagai perempuan yang menjaga diri, aku rasa terhina bila sesetengah lelaki yang beri harapan hilang macam biskut. Sampai aku serik nak bercerita dengan mak aku. Mak ni bila bahagia, berita tak pasti tersebar sepantas kilat. Akhirnya akulah malu sendiri.
Aku pernah aktif masa universiti. Aku pernah jadi pergi mencari timba. Aku pernah masuk baitulmuslim 3 tahun guys. Aku pernah doa dekat depan Kaabah. Solat Dhuha. Surah alWaqiah. Yasin. Aku konsisten upgrade skill surirumah. Aku improve keanggunan aku ke tahap yang lebih tinggi lagi. Coppp. Aku nak bagitahu aku berusaha, bukan untuk meriak. Aku cuma tak pernah buat benda kotor serta sailang menyailang lelaki orang je.
Kerana aku telah banyak berusaha namun masih lagi belum berjaya, semestinya aku manusia berhati nurani seorang perempuan sekali sekala akan terasa bila jadi bahan cerita untuk topik ni. Jadi tolong jangan asak desak kami. Jodoh bukan ditangan kami.
Makcik & pakcik bawang diluar sana sekelian, aku seru agar kurangkan mengupas dilemma kami dan tingkatkan kualiti bakal suami kami. Aku mohon, kalau betul kalian kisah dengan kami, cuma doa yang tulus kami mohon. Itu lebih afdhal dari mengata kami. Tak perlu kasihani dan perli kami. Kita semua ada hati.
Lelaki-lelaki baik lagi bujang teruna diluar sana, carilah kami sampai jumpa. Tak kasihankah pada kami diasak makcik pakcikbawang untuk jadi perigi mencari timba? Kami ini wujud ibarat emas didalam tanah, kalau tidak digali tidaklah dijumpai.
Any guys, pakcik & makcik bawang or sesiapa yang terasa, aku minta maaf. Aku harap masyarakat semakin lebih memahami dilemma, cabaran dan realiti pencarian jodoh dalam masyarakat kita.
– Ixia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit