Jangan Nak Cepat Hukum Dayus

Assalaamualaikum. Aku nak cerita pengalaman aku bersalin dua orang anak. Ye la kan, sekarang ni viral pasal so called ustaz dan ustazah kata suami dayus membiarkan isteri disambut kelahiran anak mereka dengan doktor lelaki.

Aku jenis rendah. Tak tinggi. Tinggi aku 142cm saja. Ketika aku mengandung anak pertama, aku dapat rawatan di Hospital A. Hospital A ni aku rasa dekat sikit la dari rumah aku dan walaupun hospital tu lama.. selesa sebab dengar kata Pakar O&G kat situ adalah perempuan.

Masa mengandung anak pertama, diusia kandungan 7 bulan, aku kena jumpa pakar untuk pakar check laluan baby… sesuai/boleh tak aku diberi peluang untuk bersalin normal. Ye la, aku tinggi 142cm, suami pula tinggi..takut baby besar kot kan?

Ya, ketika pemeriksaan aku diseluk dan perut aku discan. Alhamdulillah, doktor yang mengendalikan adalah perempuan Islam.

Soal dia seluk? Aku takde masalah, sebab bukan bidang dan ilmu aku untuk aku menidak atau melarang mereka untuk check laluan sama ada aku ada peluang tak untuk bersalin normal.

Kalau korang perasan, dalam buku pink kita tu adakan letak “jika si ibu berketinggian bawah 145cm…..”, ni ingat² lupa la dia tulis apa.

Okay, so.. alhamdulillah, doktor kata aku boleh bersalin normal. Maka bila dah tiba saat itu, aku pun bersalin normal di hospital A dengan dikelilingi wanita muslimah sahaja.

Bila waktu aku dah mula nak teran keluarkan baby, masa tu suami aku dipanggil untuk lihat kepala baby yang dah terlihat di bawah aku.

Sengaja doktor nak suami tengok. Ye la, dari awal tadi suami dok di sisi je seram sejuk, doktor suruh tolak aku ke depan pun dia tak buat.. kaku katanya.

Okay, lepas tu masa mengandung anak kedua. Ketika usia kandungan 7 bulan, doktor pakar O&G nak check laluan lagi untuk tengok aku boleh tak bersalin normal sebab ikut rekod baby kedua ni lebih besar dari baby pertama.

Nak dijadikan cerita, hospital A dah takde pakar O&G, sebarang kes akan dihantar di hospital B. Maka ketika pemeriksaan laluan untuk kandungan kedua ni, aku buat di hospital B. Alhamdulillah, masih dapat doktor perempuan untuk scan dan seluk laluan.

Alhamdulillah juga, doktor dapati insya Allah aku boleh bersalin normal dengan syarat aku kena bersalin di hospital B sebab pakar² O&G ada di hospital B. Jika baby kedua aku bersaiz kecil dari baby pertama..

doktor kata takde masalah aku nak bersalin di hospital A sebab saiz begitu confirm aku lepas. Tetapi memandangkan baby kedua aku saiznya lebih besar, maka ketika aku bersalin perlu ada doktor pakar O&G.

Okay, bila dah sampai waktu.. telah keluar tanda bersalin (lendir bersama darah) aku dan suami terus ke hospital B.

Suasana di sana? KATIL PENUH. Ada ramai juga yang datang bersekali dengan aku kerana dah ada tanda² bersalin. Masing² kena check laluan dah buka berapa cm. Seriously masa tu aku rasa silap haribulan doktor suruh aku balik rumah sebab takde katil.

Lama aku tunggu turn aku untuk check laluan. Masa check laluan, ya.. doktor lelaki yang buat ditemani dengan nurse perempuan. Okay dah buka 2 cm. Ya aku speechless, ada rasa malu.

Tapi aku bukan berdua-duaan, benda tu berlaku sepantas kilat. Dewan bersalin pun silih bergantin orang nak bersalin. Aku masih berdoa semoga biar sekali ni sajalah doktor lelaki yang aku jumpa.

Aku ditahan ward, mungkin sebab dah 2 cm dan ini anak kedua. Biasa anak kedua dan ke atas insya Allah mudah dari anak pertama. Lepas tu ada waktu diperiksa lagi laluan aku dah berapa cm, masa tu dah 3cm.

Bukan 1 kali seluk tapi 2 kali sebab kali kedua tu doktor pelatih perempuan check, niatnya nak belajar siap minta izin aku. Mereka kata kalau sakit lagi bagitau sebab 4cm baru akan masuk dewan bersalin.

Sampai la 1 ketika keesokkan harinya, aku nak berberak, sakit tapi rasa nak berak. Aku panggil nurse, nurse perempuan teman aku berak dalam tandas.. ya, dia kena teman dalam tandas.

Sambil berak sambil sakit perut menahan contraction. Lepas berak, aku minta nurse untuk check laluan aku sebab aku rasa sakit sangat.

Nurse pergi ambil wheelchair, bawak ke 1 bilik untuk check laluan.. masa ni aku tak ingat doktor lelaki atau perempuan yang check laluan aku… tapi semua dah kelam kabut sebab laluan aku dah 6 cm.

Terus aku di angkat ke atas katil, dorang tolak aku masuk dewan bersalin. Aku sempat waksap suami keadaan aku dan dia dah standby diluar dewan bersalin.

Ketika semua nurse bersiapkan kedudukan dan keselesaan aku… tiba² ada doktor lelaki melayu yang periksa laluan aku. Sebenarnya dia bukan periksa sangat laluan.. tapi dia periksa sarung air ketuban aku (sarung baby yang ada air ketuban tu), dia kata bulging…

Dia cubit (aku tak tau dia cubit atau cucuk.. aku main cakap je), terus air ketuban melimpah keluar panas… terus doktor lelaki tersebut keluar, suami masuk, semua nurse mengelilingi aku untuk bagi kata² semangat untuk aku push.. alhamdulillah, mudah.. cepat, tak sangka.

Tapi aku sangat penat.

Di ward, takde bogel, masih pakai tudung.. didatangi oleh doktor pakar lelaki bersama doktor2 muda.. ada lelaki dan perempuan. Mereka takde usik apa², mereka cuma tanya kronologi aku, apa yang aku rasa, ada sakit2, ada masalah atau sebagainya.. aku cerita semuanya.

So, korang… dari pengalaman aku, ya, betul.. aku tak nafikan, malu bila diurus bahagian bawah oleh doktor lelaki. Malu sebab aku masih ada iman. Masih aku tahu batas dan maruah.

Cumanya aku tidak bersangka-sangka buruk.. kerana aku faham kepakaran doktor tak sama, keberadaan doktor2 ketika itu tidak semua perempuan, keadaan yang ketika itu takde ruang mereka berehat sebab lepas sorang, sorang bersalin.

Aku tawakkal, semoga semuanya dipermudahkan dan selamat.

Untuk pengetahuan semua juga, suami aku ada meminta supaya diutamakan doktor perempuan untuk menyambut/ mengendalikan aku ketika bersalin. Tetapi dia juga faham, jika tiada tidak mengapa. Kami minta secara baik. Nak ke swasta?

Nak kumpul duit simpanan RM1k pun tak sempat, dah ditarah dengan emergency yang lain… nak kumpul RM1k pun amek masa setahun… macam mana nak pergi ke swasta?

So called ustaz tu kata, “pergi la meminjam,berhutang sebab hutang untuk benda lain boleh!” Dah 1 keje plak beban dengan hutang, tak dapat bayar nanty jadi kes hukum hakam lain pulak..

Buat so called Ustazah dan suaminya, ada yang saya setuju dengan anda… tapi tak banyak. Anda bercakap lebih pada ikut logik akal anda, ikut pada emosi anda. Anda tidak hormat pandangan ustaz, ustazah lain malah mufti sekali pun.

Ketahuilah, ‘jika syaitan tidak berjaya membuat kita jadi jahat, maka syaitan akan buatkan kita merasa diri kita terpaling baik dan terpaling betul’. Hati2 la ya ustaz dan ustazah.

Kenali, ketahui, memahami suasana di hospital.. kepakaran doktor².. etika² doktor dan sbgnya. Fahami juga kami yang tidak berkemampuan dan berpeluang.

Jangan terus hukum suami kami dayus, jangan kata kami takde maruah, jangan kata kami sambil lewa tak takut hukum Allah.. sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui.. bukan kalian.

Terima kasih..

– Dak Nor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *