Jangan Pandang Lekeh Pada Peniaga

Hai Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana sudi approvekan confession ini.

Lately ni kecoh betul eh pasal nasi lemak anak dara. Hehe. Bukan itu yang ingin dibincangkan tapi sikap rakyat malaysia terhadap peniaga apabila pergi ke kedai makan. Ceritanya begini.

Aku seorang lulusan degree kelas pertama dr uitm dlm bidang professional. Aku memilih untuk berniaga. Berniaga sememangnya mendatangkan hasil yg banyak. Aku berniaga simple je. Mee calong tulang. Dekat beserah,kuantan sememangnya terkenal dengan mee calong. Masalah sekarang ini adalah pandangan sesetengah org terhadap peniaga. Aku hanya mempunyai warung kayu yang kecil tidak hipster pun. Sehari pendapatan bolehlah mencecah 4 angka dengan menjual 3 menu sahaja. Rezeki Allah yg bagi.

Sesetengah customer yg dtg makan amat memandang rendah terhadap peniaga. Mereka kerap mempunyai persepsi terhadap aku. Mereka sering pandang rendah seolah aku ni manusia yg tak berpelajaran. Di warung itu aku lah boss aku lah kuli. Aku akan buat semua benda. Memang ada pekerja tapi aku jugak akan ambil order. Bersihkan meja serta basuh pinggan mangkuk. Malahan kadang kadang mereka anggap aku hanyalah pekerja saja disitu.

Mereka makan dahlah kotor. Dengan tulang ayam buang atas meja walaupun piring sudah disediakan belum lagi dengan anak yang buat tumpah abc, air jagung. Huh. Memang mencabar iman betul. Satu lagi. Bila lambat serve sikit terus kena marah. Eh kalau korang makan dekat restaurant korg sanggup tunggukan. Mentang mentanglah korang dtg makan dekat kedai kampung, warung. Then nak tunjuk korang dh kaya sangat lah? Shame on you lah people.

Aku serious. Memang dah lama aku nak luahkan. Koranglah terutama melayu memang suka pandang rendah dekat org kan. Memang suka nak jatuhkan melayu. Entahlah. Mungkin korang ingat org yang kerja warung ni miskin kot. Korang yg ada degree kerja dgn gaji rm1000 dah kaya sangatkan. Sebab tu dtg makan dan buat org mcm hamba kan. Takde common sense langsung. Melayu melayu. Okay lah maafkan aku jika terkasar bicara. Assalamualaikum. Moga sentiasa dirahmati Allah. Salam sayang.

Peniaga kental.

– Peniaga kental

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit