Jangan Pandang Orang Sebelah Mata

Assalamualaikum semua. Ni cerita aku dengan suami aku. Bukan masalah rumah tangga. Harap admin dapat siarkan.

Nama aku Dyana, umur aku 35 tahun. Laki aku nama Mat, tua setahun dari aku. Aku nak cerita kisah lebih 10 tahun yang lepas. Masa tu aku mula-mula kerja. Mat pun kerja. Latar belakang kami lebih kurang sama, bidang kejuruteraan. Bezanya, aku sempat habiskan degree aku tapi husband aku tak habis lagi masa tu. Biasa lah, orang laki ni kalau dia tak nak buat memang tak jadinya. Masa aku nak menghabiskan degree aku tu, punyalah susah. Aku ditakdirkan tak dapat biasiswa. PTPTN pulak aku dah reject since diploma sebab aku dapat biasiswa masa diploma tu. Sistem masa tu kalau kau reject offer dia sampai sudah tak boleh mohon lagi. So berhempas pulas la mak ayah aku nak menaja aku belajar degree pulak. Senasib la aku dengan Mat tak dapat PTPTN. Cuma nasib aku lebih baik dari Mat. Dia dah tak ada ayah. Mak je ada. Mak dia pulak tak kerja. Dah berumur. So, harap abang kakak dia je lah nak bayar semua yuran dengan duit belanja. Tu pun tak seberapa. Masing-masing ada family kan. Kadang-kadang tu, tak dapat duit langsung sebab tak ada siapa nak bagi. Kesian aku tengok Mat masa tu.

Dalam kepayahan mendapatkan duit nak bayar yuran, Allah tolong. Mat dapat lah mohon bantuan masjid universiti. Pengurusan masjid ni akan tolong orang-orang tak berkemampuan supaya dapat bayar yuran. Kalau tak bayar yuran, tak boleh masuk final exam. Seterusnya tak boleh register subject untuk sem depan. Alhamduliillah, settle nak bayar yuran. Tapi duit poket pulak tak cukup. Nak kena print itu ini. Nota sana sini, Beli buku lagi. Masa tu Mat macam dah tak ada semangat. Aku sebagai kawan baik (masa tu kawan baik) cadangkan pada dia buat bisnes kecil-kecilan. Memandangkan budak hostel biasanya lapar je memanjang, dia pun mula bisnes menjual makanan. Bermodalkan RM15, dapatlah menjana RM40-50 untung bersih sehari. Memadai untuk dia mencukupkan keperluan nak belajar. Tapi biasalah, bisnes mesti ada pasang surut. Kadang-kadang budak ambik makanan tak bayar. Siapa pernah duk hostel mesti tau sistem jual makanan letak depan blok, lepastu sedia tabung. Dengan harapan budak hostel jujur. Kebiasaannya hostel perempuan tak banyak la kes macam ni. Aku bantu Mat letak makanan depan blok, kutip duit bagi pada dia. Ada harinya makanan langsung tak berusik. Terpaksa lah kitorang menghabiskan makanan tu semua dan bagi percuma dekat masjid.

Lama berkeadaan macam tu. Jual beli macam dah jadi rutin harian bagi Mat. Kekadang aku lepak dengan Mat kira hasil jualan sambil study dekat library. Sampailah satu ketika tu, Mat cakap dia penat dan kelam kabut nak dekat final exam. Aku pun cakap kat Mat, stop jelah jual makanan untuk sementara. Masa tengah stop jual tu, penjualan makanan tumbuh bagai cendawan kat hostel kami. So bila nak mula balik, persaingan sangatlah tinggi. Silap haribulan pizza, spaghetti pun boleh dapat, sedangkan Mat jual nugget, sosej, fishball macam tu je. Sedih. Aku dengan Mat bincang punya bincang, last-last Mat buat keputusan untuk tangguh pengajian, kerja dulu sementara. Ye lah, kalau tak boleh focus belajar lepas tu asyik kena repeat. Susah jugak. Last2 dia pun kerja. Mula dari bawah. Gaji RM1000. Hantar kat kampong RM200-300. Lebih belanja. Kata Mat, bagi sagu hati pada maknya. Kurang sikit kena leter. Hehehe…

Aku pulak habiskan study macam biasa dengan bantuan ‘pama’ walaupun kekadang tak cukup. Dapat kerja sebaik aku habiskan final exam. So sem terakhir tu aku kata pada mak ayah aku nak bayar sendiri. Aku anak sulung, rasa bertanggungjawab tu tebal…. Hehe.. Ok balik pada cerita Mat. Mat ni punya rajin kerja, dia naik sikit demi sikit. Kesilapan dia, buat pinjaman pada usia muda. So, ada pulak komitmen nak kena tanggung tiap bulan. Tak sambung lagi belajar. Dia buat pinjaman mulanya nak pinjam sikit je, motor problem. Tetiba dapat RM25k. Kena ambil jugak sebab tak dapat reduce. Tak tau sistem bank tu mcmam mana. Nak jadi cerita, terpaksa lah dia bayar bulanan benda tu. Dengan duit tu jugak dia buat belanja nak meminang aku. Oh harunya… Tapi sebab dah lama kawan dan aku dah tersayang kat Mat, aku setuju je.

Selama kami kahwin, banyak mulut-mulut yang mengata Mat ni, tak habis belajar la. Pemalas la. Sindir kasar, halus semua ada. Aku geram tak terkata. Tapi Mat stay cool je. Sabar sentiasa. Aku sampai heran manusia jenis apa dia ni penyabar sangat. Bela jin sabar ke apa. Paling aku tak boleh terima, adik beradik dia pun sama menyindir (masa tu aku geram, sekarang dah ok). Memang la diorang tak ada niat nak menjatuhkan, tapi sedih jugak kena bahan. Hidup kami tak senang mana tapi cukup lah nak menampung hidup kami.

Anak aku masuk 2 masa umur aku 30 tahun. Masa kehidupan dah stabil sikit ni, Mat sambung belajar. Aku kerja part time business and jaga anak-anak. Aku tak bagi Mat kerja malam, kesian dia. Mana nak belajar lagi. Nanti anak-anak pun tak kenal bapak. So, dia selesai belajar umur dia 32 tahun. Memandangkan dia memang dah ada kenal ramai orang masa dia kerja. Lepas je habis belajar, Allah bukakan dia jalan. Ada kawan ajak mulakan bisnes. Tanpa sesen pun dia perlu keluarkan modal. Sebab kawan dia bagi modal, dia handle. Sekarang dah msuk 4 tahun. Alhamdulillah. Allah makin murahkan rezeki kami. Satu hari, Mat teringat nak bagi sumbangan dekat masjid university. Mungkin dapat tolong budak yang dapat nasib yang sama. Takdir Allah, balik je dari masjid university, dapat satu panggilan, dia ditawarkan projek yang bagi kami nilainya cukup nak menampung kehidupan kami 5-6 tahun akan datang dan tolong keluarga yang memerlukan. Aku pun dah tak kerja sekarang. Jaga anak full time.
So, apa yang aku nak kongsikan kat sini:

1. Janganlah pmemandang rendah akan kedudukan orang lain. Kita tak tahu nanti kita duduk kat atas atau kat bawah. Macam aku, habis degree awal tapi sekarang Mat lebih berjaya. Kalau aku kerja pun, pendapatan aku takkan sama dengan apa yang Mat dapat sekarang.
2. Ingatlah pada mereka yang pernah membantu kita ketika susah. Jangan bila dah senang lupa dunia, lupa semua. Bila kita tolong orang, Allah akan tolong kita. Yakin dan percaya.
3. Kesabaran adalah kunci utama kejayaan. Bila kita sabar menghadapi satu pintu rezeki yang tertutup, InshaAllah pintu-pintu rezeki yang lain akan dibuka pada kita.
4. Jaga hubungan dengan semua, macam Mat. Walaupun family sendiri, kawan sendiri menyindir. Dia tak pernah simpan dalam hati. Masa dulu aku memang teruk, semua aku nak jadi tukang marah bagi pihak Mat, padahal dia relax je.
Sekian.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit