Assalamualaikum,
Saya baru selesai baca sisi kelam seorang suri hati suami dan komen-komen di bawahnya. Banyak komen yang memperlekehkan masalah confessor.
-Alah benda kecik.
-Alah bosannya hidup kau.
-Housewife .
-Itu pun nak depressed.
Saya juga ada cerita remeh, tentang perkataan kecil dan biasa yang lama-lama memakan jiwa saya.
Saya berusia 39 tahun. Telah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Saya seorang professional dan begitu juga suami saya. Secara keseluruhannya hidup saya bahagia je. Sebab saya menerima kehidupan saya seadanya.
Sepanjang ingatan saya, saya seorang yang ceria, happy-go-lucky sejak zaman remaja lagi. Sehingga saya mula masuk usia 30an, ada masanya saya ditimpa masalah (sama ada kerja atau peribadi), jadi kadang-kadang saya akan bersedih atau marah2.
Orang-orang sekeliling tidak boleh menerima kenyataan bahawa seorang manusia ceria seperti saya juga ada perasaan sedih dan marah. Jika saya dalam keadaan tiada mood, mereka akan berkata; “eh apa ni marah2 (atau sedih2) awak kan happy go lucky.”
Setiap kali saya menunjukkan perasaan selain gembira dan ketawa, saya akan terima kata2 tersebut, sehingga saya terfikir “aku ni takde hak ke nak rasa marah atau sedih?”.
Perasaan bergumpal dalam diri. Sehingga menarik keluar perwatakan ceria saya. Saya kemudiannya dikenali sebagai seorang yang garang, tak friendly dan sering marah.
Kadang2 saya dalam mood biasa2 sahaja, tiba2 ada manusia datang dan cakap, “eh apa awak ni marah2, rilekslah”.
AKU TAK MARAH AKU MEMANG TENGAH RILEKS NI LAH!!!!
Mungkin masa tu saya sedang berfikir sesuatu. Jadi saya terletak barang sedikit kuat, dan wajah saya serius. Tapi saya bukan sedang marah pun.
Benda kecil yang orang cakap dekat saya setiap masa, memberi kesan kepada minda saya.
Yup, saya juga mengalami minor depresi. Saya selalu menangis seorang diri. Secara tiba-tiba. Kepala saya kadang2 diasak dengan pelbagai kata-kata dan senario yang tak berlaku pun, dan memberi penat sehingga saya tidak mampu tersenyum. Sehingga saya berfikir baik mati sajalah.
Alhamdulillah saya ada suami yang sangat supportive. Jadi setiap kali saya bejiwa lara, saya tahu kemana hendak saya tuju dan suami tahu bagaimana hendak handle saya ketika saya sedang fragile.
Jadi, jangan lah kita selalu melihat masalah orang itu remeh. Jika kita rasa ia remeh sekalipun, janganlah kita buka mulut (atau sibuk menaip) meremeh-remehkan mereka. Kerana kata-kata kecil kita, mungkin mampu buat seseorang rebah.
Kita tidak tahu apa yang dia sedang hadapi dalam hidup, wajahnya mungkin senyum. Hatinya, siapalah yang tahu.
Terima kasih kerana sudi baca sampai habis. Doakan saya dapat zuriat ya.
– Asha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit