Jangan Pandang Rendah Pada Orang Lain

Assalamualaikum. Kalau admin siarkan confession ni alhamdulillah kalau tak siarkan pon okay je. Saya dah grad 3 tahun. Engineering. Ambil course Communication.

Confession ni sebenarnya nak cerita pasal pengalaman kerja saya. Waktu last sem di UIA saya dah mula cari kerja. Masa ni simpanan saya kosong, transport pon takde. So saya fokus cari kerja berdekatan rumah je sebab nak pergi iv pon saya takde transport .

Rezeki dapat kerja kontrak juruteknik komputer sambilan 3 bulan di sekolah berdekatan rumah saya. Masa ni terima je tawaran ni sebab masa tu susah nak cari kerja then orang pon dok pong pang cakap jangan memilih kerja. So saya accept. Masa kerja kat sekolah tu bila diorang tahu saya student UIA semua hormat saya as student UIA. Semua di sekolah tu kenal saya daripada tukang kebun sampai ke guru besar.

Tak sampai 3 bulan saya dapat tawaran kerja supervisor di kilang berdekatan rumah saya. Kilang ni kilang international. Bayaran gaji untuk supervisor 2.4k. Masa ni saya accept je walaupon bukan kerja engineer. Niat nak kerja sekejap je semntara.

Waktu kerja kat kilang ni, bila diorang tahu saya student UIA macam biasa lah..diorang hormatlah kita as student UIA. Masa ni rasa macam orang luar betul pandang tinggi student UIA. Saya pon jadi kesayangan boss maybe sebab saya sorang ada degree then UIA kan selalu speaking. So saya agak fluent lah speaking dengan dia. Boss saya ajar saya macam2 then dia selalu bagitahu supaya rapat dengan superior. Apa decision ke nak discuss selalu consult dia. Boss saya chineese. Dari segi gaji pon saya bersyukur sangat sebab tak sampai setahun kerja saya dah 2 kali naik gaji. Hampir 10%.

So kisah dia bermula bila saya dah setahun kerja as supervisor. Kat kilang tu semua tahu saya ada degree engineering. So supervisor2 and makcik operator kat situ semua selalu nasihat saya cari kerja Engineer. Saya baik dengan semua kat kilang tu sebab saya boleh masuk dengan semua. Engineer, operator, supervisor. Semua okay. Maybe sebab dah terbiasa kat UIA we treat each other equally.

So saya berhenti kerja supervisor dan cari kerja Engineer. Masa ni pon dah ada transport dan simpanan sendiri. Saya minat software walaupon ambil Communication. Rezeki saya apply dapat Software Engineer di satu kilang ni jauh sikit dari rumah saya dalam 1 jam perjalanan. Saya pon tak sangka boleh dapat sebab saya zero knowledge software.

Tempat kerja baru saya ada sorang je perempuan Melayu termasuk saya 2 orang perempuan Melayu. Dan ada sorang lelaki Melayu. Dua2 Melayu ni fresh grad. Maksudnya lebih muda dari saya dalam 2-3 tahun. Saya namakan perempuan Melayu tu as T dan lelaki Melayu tu as D. Yang lain semua Chineese.

First day masuk kerja waktu perkenal kan diri ofcourse diorang tanya dari U mana. So bila diorang tahu saya dari UIA yang perempuan tu mencemek. Then saya dengar dia cakap dengan D, “student UIA..tak nampak macam student UIA pon..eleh student UIA pon bukan baik sangat.”

Agak terkejut lah kali pertama saya dengar respon macam tu. Selama 2 kali pengalaman kerja saya sebelum ni tak pernah lagi ada yang cakap macam tu pada saya. Dan fyi, perempuan Melayu tu bertudung labuh bidang 50. Yelah memang saya tak bertudung labuh tapi saya yakin saya takkan merendahkan orang lain macam tu. Berbeza dengan Chineese2 kat situ. Diorang layan saya sangat baik dan bila chineese kat situ tanya saya dari u mana, diorang tak tahu pon UIA tu u apa..tapi still diorang layan baik sangat.

Saya first perempuan Melayu yang dapat permanent kerja situ. Sebelum2 ni diorang jarang hire perempuan. Setahu saya baru 3 orang perempuan pernah kerja situ dan semua nya Chineese. T pekerja contract. Masa saya masuk tu dia buat kerja lebih kepada documentation macam tu walau pon dia ada degree computer science.

Being IIUM graduates advantage dia ofcourse lah English and communication skill. Then sekali lagi boss saya kali ni layan saya lebih baik daripda yang 2 orang Melayu tu. Saya pon tak pasti sebab apa, maybe sebab pengalaman kerja saya sebelum ni or skill saya present masa IV ke apa. Sekali lagi rasa bersyukur sebab semua ni saya belajar waktu kat UIA kalau ikutkan result saya biasa2 je.

Sekali lagi T ni tak puas hati bila dia dapat tahu sebelum ni saya bekerja as supervisor dan course saya ambil masa U takde kaitan dengan kerja sekarang. Lebih2 lagi saya dapat permanent. Dia pertikai kan macam mana saya dapat kerja ni then kenapa tak cari kerja bidang saya dan kenapa saya berhenti kerja. Berbeza dengan tempat kerja lama saya, akak2 and makcik kat tempat kerja lama semua galakkan saya cari kerja yang lebih baik :( makcik2 dan kakak tu semua tu takde high education level pon tapi lagi tinggi akhlak daripada T yang bertudung labuh tapi pandang rendah pada saya yang tak macam ‘student uia’. Lebih2 lagi saya lebih tua daripada T, 3 tahun.

Sepanjang saya training T ikut sama tapi tidak pernah buat latihan diberikan. Dia selalu minta saya jawapan dan tanya saya soalan berulang2 walaupon dah banyak kali saya terangkan. Bila saya tanya kenapa tak buat latihan tu dia bagi alasan dia kerja buat documentation je tak perlu tahu coding. Saya biarkan je sebab bukan saya yang rugi.

Bila kontrak dia dah habis, boss cuma diamkan diri takde tanda2 nak sambung kontrak dia. Saya pon rasa lega masa tu sebab saya pon tak berapa baik dengan dia. Saya lebih baik dengan chineese dekat situ. Tapi dia datang lagi hari dia dah habis kontrak tu dan boss saya bagi tahu dia hr tak berminat nak sambung jawatan dia sekarang tapi dia berkeras nak apply jawatan macam saya. Boss saya ni sangat baik then dia pon terima. Dia arrange untuk iv dan diterima kerja. Mimpi buruk nya bermula bila saya ditugaskan untuk ajar dia. Sebelum ni dia ada join training dengan saya tapi takde buat latihan. So dia dah skip training coding lepas tu nak saya terus ajar dia buat kerja.

Sebelum saya ditugaskan ajar dia, saya ada ajar 2 orang fresh grad sebelum tu dan semua takde masalah. Mula2 saya ikhlas nak ajar T tapi setiap kali nak ajar saya nampak dia macam tak berminat nak belajar. Takde ambil notes. Bila saya ajar pon komputer dan badan menghala ke tempat lain. Tak dinafikan saya ni pon ada ego nya jadi berlaku salah paham antara saya dan dia. Dia mengadu ke beberapa orang dalam office tu yang saya tak mahu ajar dia. Bila jadi macam tu saya terus jadi tak ikhlas dan betul2 tak nak ajar dia. Keadaan dalam ofis jadi tegang waktu tu. Semua officemate pandang serong pada saya.

Tapi saya buat tak tahu je sebab bila boss saya suruh saya ajar T saya terima dengan sukarela tak harap balasan apa pon and memang nak ajar T tapi dia yang tak nak. So saya teruskan buat kerja saya tanpa pedulikan sekeliling. Selama saya tak ajar dia.. Dia diajar oleh M, L, boss saya malah fresh grad yang masuk selepas T tapi apa yang saya observe sampai sekarang T masih lagi tak boleh buat kerja dia. Sekarang dah hampir lebih setahun saya kerja, kejadian tu pon dah lama berlalu. Saya boleh lah berborak macam biasa dengan T tapi nak baik sangat tu takde lah. Dan T ada cari saya hal berkaitan kerja.

Ikutkan saya memang dah tak nak ajar dia. Memang banyak kali saya cuba elak sebab saya dah tak nak ada apa kaitan dengan kerja dia. Tapi kadang2 saya tolong juga atas rasa belas ikhsan. T ada mengadu pada saya boss saya suruh T buat kerja waktu dia kontrak. Itu pon T tak dapat tangkap lagi hint boss saya nak bagitahu dia tak boleh nak buat kerja yang sekarang. Saya dengar je apa dia cerita tanpa respons apa2 sebab T ni kaki ngadu. Silap2 kalau saya salah respon T mengadu lagi pasal saya.

Sekarang kalau ada masalah berkaitan kerja T ada cari saya. Ikut mood kalau saya okay saya jawab ikhlas. Kalau ikutkan apa dia dah buat rasa malas saya nak layan T tu. Tahu pula dia waktu susah cari saya. Sebelum tu, masa dia sebarkan cerita pasal saya bukan main lagi tak nak saya ajar. Konon ada orang lain boleh ajar dia. Sekarang tahu pula cari saya. Dulu selalu pertikaikan course saya, kerja saya sebelum ni sekarang ada masalah cari saya juga.

Moral of the story adik2 nak masuk bidang kerja. Jangan sombong. Siapa pon rakan sekerja walaupon daripada bidang apa pon atau universiti apa pon sekalipon jangan pernah pandang rendah pada orang lain. Siapa pon orang sekeliling kita selalu ada benda yang kita boleh belajar daripada mereka :)

– Job hunter

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *