Jangan Percaya Saliva Test 100%

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab siarkan luahan hati saya.

Nama saya Dr K. Saya seorang doktor perempuan. Saya bekerja sebagai doktor perubatan di klinik swasta.

Apa yang saya nak share ni adalah apa yang terbuku dalam hati saya, tapi syaa nak luahkan kuat2. Sakit hati pulak pendam sendiri.

Mula2 nak post kat FB sendiri saja tapi kalau post kat FB sendiri tak tercapai matlamat saya, saya nak seramai yang mungkin baca perkongsian saya ni. Almaklumlah, saya buka doktor FB famous, IG famous atau TikTok famous hehe.

Sejak bermula tahun ni, ramai sangat kanak-kanak yang positive Covid.

Sebagai seorang doktor yang dah selalu tengok pesakit kanak-kanak, saya perasan kebanyakan mereka ni akan datang dengan simptom demam panas secara tiba-tiba, kadang2 cirit-birit atau muntah, dan jarang sekali selesema atau batuk.

Kalau dulu-dulu, bila budak datang dengan demam tinggi, bila check tekak mesti tekak merah, tonsil bengkak atau bernanah.

Tapi dalam kes Covid ni selalunya demam tinggi tapi check tekak, ok saja tak merah pun, tonsil takbengkak pun, bernanah jauh sekali. Bila dapat kes macam ni selalunya saya akan terus buat RTK Ag swab test, turn out mostly memang positive.

Tapi masalahnya kebanyakan parents bila kita mintak buat RTK Ag, mesti refuse dengan alasan dah buat Saliva Test kat rumah negative.

Wahai ibu-ibu bapa-bapa, ketahuilah bahawa kebanyakan yang Saliva Test negative kat rumah tu bila buat RTK Ag confirm positive, untuk kanak-kanak sebenarnya tak effective langsung kalau ambik Saliva Test.

Sampel air liur kanak2 ni kadang2 bukan dari tekak pun, sebab tu lah tak berapa tepat pun kalau buat. Bukan saja kanak-kanak, orang dewasa pun sama.

Banyak sangat kisah disebalik Saliva Test negative tapi RTK Ag Covid 19 positive ni, tapi saya kan share 2 kisah supaya menjadi pengajaran buat semua.

Kisah pertama, pernah satu hari tu,ada pasangan suami isteri datang klinik, simptom dia memang tipikal simptom Covid 19. Demam tiba2, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak. Isteri dia pregnant.

Bila staff inform kat saya simptom ni (klinik kami buat saringan awal di kaunter), saya cakap kena buat RTK Ag dulu sebelum jumpa doktor.

Entah kenapa tiba-tiba si suami macam marah, tak jadi jumpa doktor.

Beberapa jam selepas tu, pasangan ni datang balik bagitahu diorang dah balik buat Saliva Test sendiri kat rumah dan result negative. Terus berkeras nak jumpa doktor. Saya pun apa lagi, ok panggil saja ke bilik doktor.

Dalam hati memang aku nak sound dah ni. Masuk saja kat pintu saya pun berkeras “Minta maaf ya, simptom awak ni tipikal Covid 19 tau.. jom kita buat RTK Ag sekarang”.

Bila saya bertegas baru mereka setuju, tapi itu pun suami buat muka, isteri pasrah saja la sebab dia yang paling sakit. Maka kami pun ke booth RTK Ag di depan klinik, saya pakai PPE lengkap macam biasa.

Saya kata jom kita buat pada isteri dulu sebab isteri pregnant. Suami tetap berdegil ulang2 bagitahu saya “kami dah buat Saliva Test tadi negative, lagipun kami dah booster”.

Saya pekakkan telinga, mengikut firasat, perasaan dan pengalaman saya, diorang ni memang Covid 19 lah.

Lepas swab,saya terus buat test depan diorang, sekejap saja 2 line naik terang. BINGO! Dalam hati saya. Suami buat2 terkejut “Eh, Saliva Test tadi tak betul ke?”.

Saya pun terus suruh suami buat juga walaupun simptom dia hanya sakit tekak dan sedikit selesema sehari.

Dan bila test, sememangnya 2 line juga (positive Covid 19). Saya bagitahu suami, saya bukan saja2 nak buat, simptom sangat tipikal dan isterinya mengandung kot. Dia ingat saya saja2 nak buat sebab nak buat duit saja ke!

Kisah kedua, satu hari ada seorang mak bawa anak dia demam panas tiba2. Bila check suhu 38.1’c. Ada sedikit batuk, takde selesema.

Saya tanya ada ke sesiapa dalam keluarga yang demam. Tiba-tiba maknya kata “saya demam semalam tapi sebab kena hujan saja ni tapi harini demam dah baik ada batuk sikit saja”.

Saya cakap yeke sebab kena hujan? Saya takut Covid 19 saja ni. Mak kata dah biuat Saliva Test kat rumah negative. Hmm suspicious1 Saya terus mintak anak buat ujian RTK Ag. Nasib baik mak setuju tanpa drama.

Bila buat RTK Ag kat anak resultnya memang 2 line (positive). Saya terus mintak mak buat,dan jeng jeng jenggg…positive ye Tuan2 & Puan2.

Maknya dengan selamba “Oh positive Covid ke doktor, saya ingat sebab hujan” Tepuk dahi saya dibuatnya (T_T)

Tuan2 dan Puan2, itu hanyalah 2 cerita dari beribu cerita pengalaman saya.

Dah lebih 2 tahun kita hidup dengan Covid 19 ni, Tuan2 & Puan2 kenalah tahu, bila sesiapa dalam rumah demam, sakit tekak, selesema, batuk, sakit badan atau cirit, penyakit pertama yang perlu anda rule out adalah Covid 19!

Lebih2 lagi bila lebih dari seorang ada simptom yang sama.

Jika simptom sangat obvious macam Covid 19 punya simptom, tapi Saliva Test negative, silalah ke klinik untuk ujian RTK Ag atau PCR. RTK Ag atau PCR negative, hah barulah confirm negative ye!

Orang dewasa yang dah 2 doses vaksin atau lengkap booster dose kebiasaanya simptom adalah ringan jadi kita tak perasan pun kita telah bawa virus menjangkiti anak kita.

Kanak2 kebanyakan meraka tidak menerima vaksin lagi, jadi akan datang dengan demam yang tinggi secara mendadak.

Jadi bila anak demam tinggi tiba2 tolonglah fikirkan jangkitan Covid 19, terus buat RTK Ag, bukan Saliva Test.

Kebanyakan kes Covid 19 yang biasa2 atau teruk berkomplikasi sekarang adalah dikalangan kanak2 kerana mereka tidak divaksin.

Jadi jika ada peluang, tolonglah vaksin anak anda lebih2 lagi musim persekolahan akan bermula seperti biasa selepas ini.

Please don’t be ignorant. Ingat pesan saya, jangan percaya Saliva Test 100%!

Take care everyone, #kitajagakita

– Dr K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *