Jangan Perlekeh Kaedah Rawatan Tradisional

Assalamualaikum.. Terima kasih kalau penulisan ini disiarkan. Aku tak reti nak mukadimah panjang. Aku guna ayat yang mudah untuk bagi readers faham tentang apa yang aku nak sampaikan.

Macam gini. Zaman sekarang aku tengok ramai orang sudah mula berfikir cara moden dalam segala aspek. Tapi aspek yang aku nk tekankan ni aspek rawatan. Ramai orang memilih untuk bergantung dengan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional.

Aku tak salahkan dorang untuk memilih rawatan apa yang dorang nak, itu hak dorang. Cuma aku sedikit kesal bila ada segelintir individu yang memperlekehkan kaedah tradisional.

Pada aku, moden atau tradisional, dua2 tu ilmu dan ilmu itu milik tuhan. Kalau tuhan izinkan sembuh, maka sembuhlah.

Kenapa aku kesal? Kenapa aku terasa?

Sebab bapak aku salah sorang pengamal perubatan melalui kaedah tradisional. Aku explain skit kaedah bapak aku.

Bapak aku punya 2 kaedah rawatan, 1 kaedah rawatan sakit biasa2 (sakit yang selalu orang rujuk hospital) dan 1 lagi kaedah sakit mistik (yang kaitan dengan gangguan makhluk halus).

Ohh… Lupa nak cakap. Biase kita dengar orang cakap, “Jangan jumpa bomoh. Jumpa ustaz.”

Tagline ni pun aku tak berapa setuju, sebab tak semestinya bomoh tu syirik, dan tak semestinya perawat tu haruslah ada title ustaz. Sebab apa? Sebab bapak aku ade orang gelarkan dia bomoh.

Mungkin sebab dia ada kebolehan untuk rawatan mistik. Tak kurang jugak ade yang panggil bapak aku Ustaz, sebab bapak aku pegi mana2 tak pernah tinggal kupiah putihnya. Maghrib dan isyaknya sentiasa di masjid.

Macam 1 kejadian ni, ada satu orang ni datang rumah aku untuk rawatan, boleh pulak dia panggil bapak aku tok bomoh.

Laju bapak aku pancung cakap dia, “Eh, saya bukan bomoh..” Terkebil2 orang tu bila bapak aku cakap gitu. “Habis tu pakcik ni Ustaz ke?” Orang tu duk tanya lagi.

“Ustaz pun bukan sebab saya tak pernah mengajar mana2 kelas mengaji atau bagi ceramah kat mana2 masjid. Saya cuma orang biasa yang diamanahkan untuk tolong orang. Jadi, panggil Pakcik je”

Gitu la lebih kurang ayat bapak aku. Tapi tetap ada orang gelar bapak aku bomoh. Bapak aku tak kisah pun asalkan tak fitnah bapak aku bukan-bukan dan bapak aku tau rawatan dia tak bercanggah dengan agama.

Ohh.. ye.. bapak aku gunakan seratus peratus ayat Al-Quran dalam setiap rawatan dia.

Balik pada topik asal, bapak aku walaupun cuma orang kampung yang menoreh getah, hidup zaman jepun, sekolah pun takat darjah 6 je tapi berilmu dalam bidang perubatan.

Sebab apa? Sebab rawatan dia merangkumi sakit2 yang kita biasa dengar kat hospital macam sakit jantung, angin ahmar, asma, sakit batu karang, gastrik, apendiks, kanser usus dan macam2 lagi laaa… Korang pun tau kan sekarang ni penyakitnya macam2.

Macam mana bapak aku boleh tau details penyakit tu aku pun tak pasti sebab bapak aku tak cerita macam mana dia tau.

Tapi setiap kali pesakit datang, dia akan boleh explain sistem tubuh badan macam doktor medic. Kalau dalam tv tu, ala2 explain macam doktor Emelda. Details sangat. Hahaha.

Tapi bapak aku tak da la guna terms dalam sains yang susah nak sebut tu. Bapak aku just explain biasa asalkan pesakit tu faham masalah penyakit dia dan kemungkinan2 yang bakal dihadapi kalau tak dirawat dengan cepat.

So far, Alhmdulillah, ramai orang datang untuk rawatan dan ramai jugak yang sembuh. Salah sorangnya aku la sebab aku asma kronik. Main sekejap dah semput. Pastu duduk la hospital seminggu. Hahaha.

Adik lelaki aku pulak ada G6PD, tak boleh makan kacang parang, tak boleh bau asap ubat nyamuk.

Kami duk kampung, kandang kambing belakang rumah. Kalau tak pasang ubat nyamuk, memang kena kenduri la 1 badan. Tapi entah apa yang bapak baca kat segelas air, adik aku bebas G6PD.

Seingat aku masa disahkan G6PD umur dia setahun tak silap. Sekarang adik aku dah kawen dah pun dan dia takde sebarang alahan.

Aku pun ade sejarah melecur muka. Puncanya aku goreng kopok lekor. Entah apa masalah kopok lekor ni, tiba2 dia meletup. Dah rasa kena simbah minyak panas muka dan leher aku ni.

Pedih tak tau nak cakap. Nak bukak mata pun tak boleh sebab kelopak mata pun kena. Mak aku kelam kabut nak hntar hospital, bapak aku cakap tak yah.

Dibacanya sesuatu kat tapak tangan dia dan dia lalu kan tapak tangan depan muka aku, esoknya kesan minyak panas tu tak mengelembung langsung. Pedih pun tak. Just kulit muka jadi tompok2 hitam kesan simbahan minyak panas tu.

Tapi muka serupa zombie la sebab bersopak tompok2 hitam. Besar pulak tu. Lepas 2 minggu kulit yang hitam tu kering dan lama2 mengelupas. Maka pulih la muka aku tanpa sebarang parut.

Sama jugak macam kes orang kampung aku. Pakcik ni leka menebas kebun, tiba2 terpacak ular tedung selar depan dia. Tiba2 ular tu sembur bisa, kena mata pakcik tu.

Anak dia bawak pergi hospital, doktor sahkan mata tak dapat diselamatkan dan bakal buta seumur hidup.

Doktor dah decide tarikh untuk operate buang mata, tapi anak2 tak sampai hati nak tengok bapak dia jadi buta. So, anak dia datang jumpa bapak aku mintak air penawar untuk tawar bisa.

Alhmdulillah. Mata pakcik tu ada perubahan, dan doktor cancel operate buang mata. Pakcik tu dah nampak sepenuhnya sekarang ni. Cermin mata pun tak pakai walaupun dah 80 tahun.

Bukan aku nk puji bapak aku, cuma bapak rasa kesian bila orang sakit kena tebuk sana, tebuk sini, operate sana, operate sni. Sebab ramai yang terima rawatan bapak aku terselamat daripada tebuk dan operate.

Bak kata bapak aku, tak salah nak operate, tapi lepas operate tu bukan senang kita nak jaga luka. Sayang badan sebab badan nak pakai lama. Kalau ada kaedah yang boleh tanpa operate, baik ikhtiar tanpa operate dulu.

Aku bukan nk puji bapak aku tinggi melangit, aku cuma kecewa bila orang perlekehkan rawatan tradisonal.

Ni semua sebab ada sorang hamba Allah ni, dia sakit angin ahmar. Bila bapak aku terangkan kaedahnya, dia bidas bapak aku kaw2 seolah2 tak percaya dengan kaedah gitu boleh merawat sakit dia.

Oh ye, kaedah bapak aku guna teknik mengurut. So setiap kali bapak aku explain kaedah urutan yang dimaksudkan, dia akan cantas cakap bapak aku. Dia pertikaikan setiap apa yang bapak aku cakap.

Tak sempat bapak aku habis cakap, dia persoalkan kenapa mcm tu, kenapa tak macam ni. Pastu dia keluarkan pulak hujah2 dia pulak.

Aku nampak raut muka bapak aku terkilan sebab dia diperlekehkan depan2 dengan orang tu dan aku sebagai saksi kat tempat kejadian turut terkilan sama.

Last2 bapak aku cakap, “saya tak paksa kamu untuk percaya. Terpulang pada kamu. Saya cuma nak tolong.”

Bapak aku terus ke dapur, mak aku je yang sembang2 dengan tetamu tu. Moody bapak aku 2 hari. Terkilan sangat. Ye lah, kau yang datang rumah, kau pulak dah macam cari gaduh.

Kenapa la ada orang macam ni. Sedangkan setiap kali bapak aku terima pesakit, bapak aku tak pernah kenakan apa2 bayaran. 1 sen pn bapak aku tak nak. Sebab bapak aku cakap,

“Setiap rawatan abah pinjam ayat² Allah (ayat2 Al-Quran). Tak kan abah nak letak harga kat ayat2 ni. Layak ke abah nak cas sedangkan abah pun pinjam je.

Abah cuma baca kat air je, pastu urut sikit mana yang patut. Lagipun orang tu sakit, banyak dah duit dia habis untuk sihat, tak tergamak la abah nk letak harga.”

Ayat ni la yang buat aku terkesima. Betul jugak cakap bapak aku. Orang sakit ni ikut mana pun, ada yang sanggup gadai harta benda untuk dapatkan nikmat sihat. Ada yang sanggup ikat perut dan tak kurang jugak ada yang sanggup berhutang demi untuk sihat.

Kita pun sama jugak. Mana la kita sanggup tengok orang yang kita sayang duk sakit sana, sakit sini. Operate sana, operate sini. Terlantar pulak lepas tu. Tak dak sapa yang sanggup.

Bapak aku pun tak pernah iklankan diri dia sebagai ‘perawat’ sebab bapak aku tak nak diri dia diwar2kan. Bukan apa, takut nt orang nampak seolah-olah riak dan nampak seolah-olah dia orang hebat. Sedangkan sembuh atau tak, itu tuhan yang tentukan.

Orang yang datang untuk rawatan kebanyakannya dapat maklumat dari mulut ke mulut sebab setiap kali ada yang datang bapak aku akan tanya, macam mana boleh tahu kat sini ada rawatan?

So orang tu akan explain la macam ni, “Anak Usop Kambing bagitau kat Pak Man Lembu yang Haji Leman cakap pakcik reti ubat2 tradisional ni.” Haaaa.. lebih kurang gitu laa..

Dah la.. ni pun dah pnjang dah aku tulis. Aku cuma nk pesan, setiap rawatan itu perlu ilmu dan ilmu tu milik Allah. Selagi mana ilmu tu tak bercanggah dengan agama Islam, janganlah perlekehkan. Sekian.

– -Anak Bapak- (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *