Jangan Perlekehkan Anak-anak

Hai, lama dah aku nak tulis perihal ini. Bukan lah sejenis confession cuma peringatan buat diri sendiri dan semua ibu bapa dekat luar sana.

First thing first, aku cerita sikit background aku. Aku anak ketiga dari tujuh adik beradik. Dari kecil kami cuma tinggal dengan ummi. Ummi kerja keras nak besarkan kami. Oleh sebab ummi sangat terbiasa buat kerja dengan cepat sebab ummi banyak kerja dan dia single parent, jadi kami adik beradik, ketika masih budak memang tak didedahkan dengan kerja-kerja rumah.

Kalau kami cuba mahu memasak, ummi akan bising kalau dapur bersepah (biasalah budak-budak nak belajar masak) jadi ummi end up buat semua. Aku tak pernah salahkan ummi. Mungkin dia penat sangat bekerja cari nafkah dan dia tak ada masa nak buat extra kerja dengan mengemas dapur hasil kami main “masak-masak”.

Kami terbiasa ummi buatkan semua sampai lah meningkat remaja. Ada juga aku atau kakak cuba-cuba masak. Tapi sebab jarang jarang ke dapur, hasil masakan kami tak sedap, atau tak boleh makan lansung (masa itu tak ada google ya utk google resipi haha) Sama juga kerja kerja rumah yang lain. Memang susah nak ikut SOP ummi.

Ketika umur remaja begini, mula lah episod ummi kerap menceritakan keletihan dia pada orang. Dia selalu cerita pada jiran, dia anak ramai tapi sorang pun tak dapat tolong dia. Ummi cerita juga tentang aku yang dah berusia belasan tahun tapi masak pun tak pandai. Aku masih tak salahkan ummi. Memang kami patut tahu, tapi cuma kami tak tahu nak buat macam mana. Kalau tanya ummi, nanti ummi akan marah dan membebel (fikiran aku pada waktu itu).

Tindakan ummi begitu memang ada kesan pada jiwa aku sehingga sekarang. Aku sekarang sudah berkahwin, aku sangat suka memasak selepas berkahwin. Aku ada dapur sendiri jadi aku memang kerap masak utk suami dan anak anak. Masalah aku sekarang, aku sangat sangat insecure. Aku selalu masak untuk suami dan anak anak sahaja.

Aku takut masakan aku tak sedap, takut aku salah masak sampai orang yang makan sakit perut, aku selalu rasa diri aku seorang isteri dan ibu yang tak sempurna. Aku sangat takut bila ada ketika rumah bersepah sebab aku ada tiga orang anak, aku tak sempat masak, atau rumah tak sentiasa dalam keadaan tip top. Aku akan buat dan buat semua sebab aku sangat takut apa yang ummi selalu label kan pada aku suatu ketika dulu itu benar benar jadi.

Jadi, aku nasihatkan ibu bapa especially ibu-ibu, tolong lah jaga lisan kita perihal anak-anak. Walaupun dia masih bayi tolong la jangan perlekehkan dia. Selalu aku dengar, rungutan dari kawan-kawan pasal anak dorang, anak depan mata tapi cerita perihal buruk anak contohnya “anak aku ni tak habis habis meragam. Tak tidur aku semalam..” Dengar macam biasa kan? Tapi saat kawan aku ckp mcm tu, anak dia yang 4 tahun tu terkebil kebil pandang ibunya. Seolah olah dia itu satu bebanan. Kesian.

Ada juga rakan FB aku yang setiap hari tunjuk aksi lasak anak dia dan tulis caption “buas sungguh” dan ada jugak yang update status cerita pasal anak dia buat itu, buat ini (yang tak appropriate) jadi tatapan orang ramai. Walaupun cerita macam lawak tapi percaya lah ada mata mata yang terdetik dalam hati yang akan judge anak kita. Tak baik kalau kita buat orang fikir anak kita buas atau nakal. Bukan kah fikiran itu pun suatu doa?

Hormati anak-anak kita. Cakap lah perkara yang baik-baik tentang anak kita. Kalau tak mahu puji anak sendiri depan orang pun tak apa, yang penting buruk dan aib kita tutup rapat. Perit jerih membesarkan anak, biar lah kita simpan dalam hati dan Allah kembalikan dalam bentuk pahala dan anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kita bila kita dah tiada nanti. InshaaAllah.

P/s : aku tak pernah salahkan ummi dalam situasi aku sekarang. Mungkin ummi adalah lorong yang Allah hantarkan untuk aku belajar menjadi ibu yang positif perihal anak-anak. Sayang ummi selalu <3

– Aifa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *