Jangan Pernah Ambil Mudah Tentang Perkahwinan

Assalamualaikum semua. Boleh panggil aku Sky. Aku belum pun berkahwin namun aku ada sedikit confession yang menurut aku, sangat penting untuk anak-anak muda sekarang yang berduyun-duyun untuk berkahwin pada usia setahun jagung.

Disclaimer: Mungkin korang akan bitter sikit dengan aku sebab hanya pentingkan duit, duit dan duit. Namun, inilah kenyataan kehidupan dalam ‘perkahwinan’ ini. Yang menghadapi situasi tentang masalah duit ni, mesti korang akan faham apa yang aku cuba sampaikan.

Kahwin!

Otak aku tiba-tiba come out with this topic sebab two days ago, cousin aku engaged. Ya. Cousin sebaya aku, kami sama umur dah bertunang 2 days ago.

Disclaimer, aku ni muda lagi. Muda yang belum sampai usia untuk orang-orang sebaya aku berkahwin. Bukan umur wajib laa orang kata.

Aku? Aku kat sini tenang tenang dulu even ramai big family (pakcik, makcik, cousin) pakat-pakat dok tanya aku ada boyfriend ke tak, aku bila nak bertunang pulak and macam-macam.

Aku boleh katakan, most of my batch (cousin yang lebih kurang umur macam aku; range 20 to 26 years old), dorang ni dah ada ‘kawan lelaki’.

Aku? Aku tenang tenang dulu tengok semua kdrama yang aku tak sempat tengok zaman asrama dulu hehe (aku tengah tengok Descendant of the Sun sekarang wkwkwkw).

Bagi aku, kahwin ni benda besar. As we know, kahwin ni bukan nak hidup sehari dua dengan orang yang sama. Nak hidup dengan dia tu sampai akhir hayat (sampai mati laa senang cerita). So benda ni susah untuk aku. Aku ada high expectations dalam sebuah perkahwinan.

Aku boleh katakan, aku akan bayangkan dalam perkahwinan ni, hampir semua benda perfect. Perfect in my definition bermaksud kedua-dua individu tersebut (lelaki dan perempuan) ready in terms of financial, behaviour and few things lagi.

Kalau aku (kalau aku laa), aku target untuk kahwin agak lewat (25 above) sebab aku nak build my career first.

Aku nak ada kereta sendiri, rumah sendiri, boleh spent untuk apa sahaja yang aku nak in this world, kasi semua benda yang parents aku wish baru laa aku nak fikir pasal kahwin.

Benda tu amik masa mat. Nak bayar loan kereta. Nak kumpul duit beli kereta, rumah. Dah beli kereta, kena amik tahu maintenance dia lagi. Rumah tu. Dah beli rumah, takkan kau nak bersila kat lantai je? Macam-macam nak kena beli.

Start dengan ruang tamu. Sofa, tv, jam dinding, hiasan dalaman, rak buku, aircond dsb. Masuk dapur pulak. Peti ais, stove, water heater, pinggan mangkuk cawan gelas sudu garfu dsb. Masuk dalam peti ais. Barang basah, barang kering dsb. Kat dapur, mesti nak ada kabinet.

Kat bilik tidur, mesti nak ada aircond satu, katil lagi, cadar katil lagi, hiasan apa benda yang kau nak. Tandas. Clorox, sabun cuci baju, sabun mandi, syampoo, conditioner, berus gigi, ubat gigi, listerine dsb. Tu baru satu bilik.

Kalau rumah kau ada 3 bilik (tolak 1 bilik sebab tu bilik kau), lagi 2 bilik tu takkan nak biar kosong? Paling-paling katil kena ada. Kalau bilik tu ada tandas, barang mandi kat sana kena lengkap. Banyak benda yang kita nampak macam tu kehendak kita tapi sebenarnya tu keperluan.

Washing machine. Rak kasut. Banyak. Banyak sangat benda untuk kau invest once dah ada rumah. Untuk kau invest, kau kena ada duit.

Mana nak dapat duit? Kena kerja la u. Tak masuk lagi eh monthly bills. Bil telefon, bil air, bil elektrik.

Aku tak suka and kalau boleh memang taknak untuk husband aku sahaja yang kerja dalam rumah tu. Kau tau sebab apa? Kalau husband kau jenis kasi duit belanja rumah asing, duit untuk belanja anak-anak asing, duit untuk diri kau sendiri asing, then kau boleh lepak goyang kaki kat rumah.

Tapi, kalau dia jenis kasi 3 benda yang aku sebut tadi lump sum, percayalah cakap aku, kau akan makan hati. Aku yakin 200 percent, duit tu takkan cukup untuk keperluan diri kau.

Kita pulak perempuan en. Mesti la nak lengkapkan apa yang patut kat rumah tu. Laki balik, nak kena masak untuk makan dia. Ye laa mat, dah kau tak kerja. Apa lagi kerja kau selain jaga rumah tu kan?

For me, tak salah untuk dua-dua kerja and cari masa untuk jaga rumah tu sama-sama. Cari masa untuk lipat baju sama-sama. Cari masa untuk masak sama-sama. Always ada kata sepakat. Kalau malas nak lipat baju, then malas sama-sama.

Aku memang dah set dalam otak aku, kahwin ni always dua benda, dua kepala, dua badan, dua otak, dua jantina yang akan duduk dalam satu hubungan yang sama, satu rumah yang sama. Weh, fikir logik eh.

Even nak dapat anak pun, dua individu kena ‘kerjasama’ untuk bentuk satu individu baru dalam life dorang.

Meaning that, semua benda dalam perkahwinan berkaitan dengan dua perkara yang membentuk menjadi satu. Duit rumah kena bahagi dua. Bil telefon kau bayar, laki kau bayar bil rumah.

Kau bayar bil elektrik, laki kau belikan barang-barang rumah. Sebelum kahwin kena clear siap-siap, tahu financial masing-masing.

At least kalau kau kerja, kalau kau tak sempat masak ataupun dah sampai rumah tu letih, then treat your husband. Belanja McD ke, belanja apa-apa yang dia nak makan.

Kalau dia dah bosan asyik makan luar, and nak kau masak, then ask him nak makan apa, beli barang and masak. Simple as that.

Ya, memang betul duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit. Kau rasa, kau boleh ke nak happy-happy dengan suami kau tanpa duit? Kau rasa kau boleh ke nak celebrate birthday dia tanpa duit?

Iya, bahagia tu sederhana tapi macam mana kalau kalau dah sampai sekali sekala nak belanja suami barang mewah pun tak mampu?

Aku bukan laa nak kata yang bila kita kahwin ni, takde ujian langsung yang Allah bagi kat kita but at least, kesusahan tu bukan datang dari masalah kewangan.

Kewangan pun satu masalah dalam kahwin. Nak makan tapi takde duit. Nak beli itu, nak beli ini tapi takde duit. Ini baru bercakap pasal kau ngan laki kau ya. Belum lagi part ada anak.

Anak pun satu masalah. Bukan laa satu masalah yang melecehkan. Maksud aku, untuk ada anak tu pun, perlukan duit. Basic needs dia macam baju, pampers, susu dsb tu perlukan duit right? Manusia weh memang laa.

Itu tak kira lagi ‘nafsu’ kita as mak bapak yang nak belikan dia baju cantik-cantik, mainan best-best untuk rangsang pengetahuan dia, nak bawak dia pergi main kat tempat best-best macam Kidzania ke, Petrosains ke.

Nanti dah besar sikit, umur dah boleh masuk tadika, nak kena beli uniform sekolah dia lagi, nak bayar yuran sekolah lagi.

Memang laa kau boleh kata sekolah kerajaan tapi kau lupa ke setiap tahun mak bapak kita kena bayar yuran PIBG kat sekolah tu? Tak masuk lagi nak kasi duit belanja untuk makan kat sekolah.

Tak masuk lagi nyah nak kena beli buku itu, buku ini. Memang laa buku teks tu pinjaman tak perlu bayar tapi kau lupa ke cikgu cikgu mostly guna buku luar yang mak bapak kena beli?

Tak mudah ya untuk husband tanggung semua benda sorang-sorang. Mana nak bayar bil rumah lagi, nak beli barang rumah lagi, nak kasi nafkah kat kau lagi.

Banyak benda dia nak fikir, lama-lama mampus member tu. Kau boleh untuk tak kerja hanya kalau laki kau gaji RM15,000 sebulan.

Itupun kalau komitmen korang tak banyak. Kalau banyak, habis duit pusing-pusing kat situ je lah tiap-tiap bulan. Fikir rasional, please untuk yang perempuan ni.

Kau nak beli baju kau suka pun, kau akan segan bila terpaksa mintak semua ngan suami kau. Kalau kau pernah bekerja, kau akan rindu your ability to spend your money for your own desire. Percayalah cakap aku.

Itu basic needs ya anak-anak. Basic needs. Belum lagi tiba-tiba emergency. Accident ke, kau / your husband tiba-tiba sakit ke. Sakit biasa-biasa pergi klinik pun dah beratus, apatah lagi sakit yang lebih teruk.

Tiba-tiba pulak masa tu kereta buat hal tak boleh nak start. There’s a lot of sudden yang boleh jadi dalam hidup ni and kita kena bersiap sedia. At least, kalau husband and wife bekerja, korang ada 2 simpanan which is really really good other than 1 simpanan sahaja.

Barang-barang sekarang semua mahal-mahal dik. Kau jangan fikir seronok kahwin je. Berapa ramai yang harini bercerai sebab tak cukup duit? Ramai sangat.

Ouh ya, satu lagi benda yang paaaaaling penting duit boleh buat untuk perempuan is bila cerai nanti. Lawyer tak murah dik and belum tentu lagi lepas kau cerai, laki kau akan continuously kasi nafkah kat kau. Kadang dia bagi tak sampai pun amount yang mahkamah dah tetapkan.

Nak buat aduan pun, kau ingat mahkamah layan kau on the spot ke? After one year pun belum tentu mahkamah akan pandang kes kau ni sebab ramai lagi manusia yang bercerai and ada masalah yang lebih besar dan teruk nak banding dengan masalah kau ni.

Ya, betul lepas kahwin ada rezeki masing-masing tapi tolong jangan lupa juga tentang ujian yang Allah sebutkan. Kahwin ni bukan tentang bahagia semata-mata. Ada yang diuji sampai terpaksa bercerai.

Itu baru dari segi duit. Tak masuk lagi dengan perangai kita dan pasangan.

Kalau ramai yang menanti, aku akan kupas topik perangai dengan pasangan ni pula nanti. Apa-apapun, ini hanyalah pandangan aku sebagai seorang perempuan yang melihat betapa banyaknya berlaku keganasan dan kemiskinan yang berlaku dalam perkahwinan.

Akhir kata dari aku, perempuan kena (mesti) ada saving sendiri untuk masa depan. Walaupun kau dah berkahwin, sentiasalah bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku termasuklah kemungkinan yang kau akan diceraikan atau dicurangi.

Bukan hendak mendoakan yang tidak baik pada korang semua, tapi fikirlah dengan waras tentang segala kemungkinan tersebut. Suami kita juga manusia. Punya hati, punya perasaan. Baik macam mana pun mereka, mungkin depan korang sahaja yang macamtu. Belakang korang?

Renung-renungkan ya…

– Sky (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *