Jangan Pukul Rata

Beberapa hari lepas kami sekeluarga menonton TV bersama-sama, buka sahaja TV ada sebuah rancangan Drama melayu di siaran TV (tidak perlu disebutkan), biasanya ibu akan minta kami buka rancangan Agama, entah mengapa kami semua terpaku menonton drama tersebut.

Drama tersebut menceritakan dendam seorg wanita terhadap bekas suaminya yang dikatakan tidak berlaku baik padanya. Dendam tersebut telah meracuni mindanya hingga membenci semua lelaki, baginya semua lelaki sama. Sehingga ibunya sendiri menasihatinya supaya tidak berterusan berfikiran begitu.

Kesimpulan yang saya dapat rungkaikan disini buat kaum wanita. Jika ada lelaki/suami kamu tidak berbuat baik pada kamu, itu merupakan ujian dari Allah. Ada juga isteri yang tidak berbuat baik pada suaminya seperti meninggikan suara… etc. Kita kene ingat setiap dari kita tidak akan lari dari melakukan kekhilafan walau sekecil-kecil kesilapan kepada manusia. “Hanya kerana Allah tidak membuka ‘aib kita dihadapan manusia” telah membuatkan kita rasa suci dan bersih dari dosa-dosa dan kita merasa berhak membenci sesuatu itu selama-lamanya.

Sering kali saya perasan ada sahaja komentar dari wanita seperti;
1. Lelaki semuanya sama je.
2. Lelaki memang macam tu semuanya sama je.
3. Lelaki semuanya tak boleh dipercayai.
4. Lelaki memang tak guna.
5. Lelaki gila seks.
6. Lelaki jahat.
Kadang-kadang, ada betulnya kata orang-orang tua , wanita ini pendek akalnya, kalau cakap tu terus lepas je.

Wahai wanita yang dikasihi, disaat kamu mengaitkan semua lelaki itu sama. Ingatlah !
1. Semua Nabi dan Rasul adalah LELAKI.
2. Majoriti Sahabat, Ulama dan umara dlm kalangan LELAKI.
3. Tenaga buruh yg berpanas sejuk membina rumah kamu supaya kamu dpt berteduh didalamnya dgn aman itu ialah LELAKI.
4. Tenaga buruh yg pasang kereta kamu di kilang tu majoritinya LELAKI.
5. Tenaga buruh yg sanggup berpanas turap jalan raya supaya kamu mudah melaluinya itu ialah LELAKI.
6. Tenaga buruh membuat/membetulkan longkang dan loji supaya kamu mudah menggunakannya ialah LELAKI.
7. Ayah kamu ialah seorang LELAKI.
8. Majoriti pemimpin-pemimpin utama dunia ialah LELAKI.
9. Pilot pesawat yg menerbangkan kamu kesana kemari majoritinnya LELAKI.
10. Wanita dijadikan dari tulang rusuk LELAKI.
11. ‘Bakal penggali kubur kamu juga adalah LELAKI’.
12. Yang iqomahkahkan kamu slps kamu lahir adalah ayahmu iaitu seorg LELAKI.
13. Wali dan saksi pernikahan kamu adalah LELAKI.
14. Anggota Tentera, Bomba, Polis, Pertahanan Awam dll yg bertarung nyawa (hampir setiap hari kita dgr ada sahaja yg terkorban) demi berbuat kebajikan kpd masyarakat majoritinya ialah LELAKI.
15. Pekerja yg bertukang di rumah, bangunan, panjat bangunan sana sini majoritinya dlm kalangan LELAKI
16. kuliah Agama yg bertajuk ‘Fiqh Wanita’ pun Ustaz yg jadi penceramahnya.
17. Pekerja di Lombong yg terdedah kpd bahaya tanah runtuh majoritinya LELAKI.
dan lain-lain.

Kesimpulannya, terimalah teguran ini dengan hati terbuka. Jangan ‘Pukul rata semua lelaki sama’ …. sebelum berkata-kata atau menulis sesuatu itu bertindaklah mengikut Iman, Ilmu, dan akal fikiran yang waras, atau bawa mengucap banyak-banyak sebelum meluahkan sesuatu itu. Memang kamu boleh berkata kamu ‘tidak memaksudkannya’ , tapi beringatlah pembaca datang dari pelbagai background dan punyai pemahaman yang berbeza. Teguran ini juga applicable utk kaum lelaki yang ada sifat seperti itu.

“Kita ulangi dosa yg sama berulang-kali, Allah masih memaafkan kita walaupun Allah berhak menimpakan keburukan keatas kita” Allah Maha Pemaaf, dan Allah sukakan hambanya yang pemaaf.

“Hanya kerana Allah menutup ‘aib kita dihadapan manusia, kita rasa suci dan bersih dari dosa-dosa, bagaimana kalau Allah buka ‘aib kita dihadapan manusia?”

“Terlajak perahu masih boleh diundur kembali, tapi terlajak kata buruk padahnya”

Wallahu’alam.

– Muhd

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit